Wafatnya Sayyidatina Ruqayyah

526 55 3
                                    

🌹 MANAQIB SAYYIDATUNA FATHIMAH AZ-ZAHRA AL-BATUUL 🌹

🌸 Wafatnya Sayyidatuna Ruqoyyah 🌸

Ketika Allah سبحانه وتعالى memberikan pertolongan dalam perang Badar kepada Rasulullah ﷺ dan kaum muslimin, maka Rasulullah ﷺ dan para sahabat kembali menuju Madinah dalam keadaan penuh kegembiraan. Akan tetapi, Subhanallah, dunia ini bukanlah tempat tinggal Nabi Muhammad ﷺ ataupun keluarga Nabi Muhammad, yang mana Ruqoyyah, isteri Sayyidina Utsman dalam keadaan sakit tenat, bahkan Sayyidina Utsman tidak dapat menghadiri perang Badar kerana merawat Ruqoyyah bintu Nabi ﷺ.

Ketika pulang Rasulullah ﷺ dari Perang Badar yang penuh dengan pertolongan Allah سبحانه وتعالى, ternyata datang khabar yang sangat mengejutkan bahwa Ruqoyyah telah kembali ke Rahmatullah. Banyak para wanita menangis atas kepergian Ruqoyyah. Sampai sampai Sayyidina Umar bin Khattab berdiri dan berteriak mencegah para wanita agar tidak menangis, maka Rasulullah ﷺ berkata kepada Sayyidina Umar, "Biarkan mereka, selagi mereka menangis dengan tangisan yang tidak menyerupai tangisan Syaitan."

Jenazah Ruqoyyah telah dimasukkan ke dalam liang lahat, Rasulullah ﷺ berdiri di tepi liang lahat dan di sampingnya Fathimah sedang menangis. Rasulullah ﷺ mengambil tepi bajunya dan mengusap air mata sang puteri yang sangat sedih kerana di tinggal sang kakak, yang mana di tahun yang lalu di tinggal sang bonda dan sekarang kehilangan sesusuk kakak yang ia cintai dan setelah ini Fathimah akan kehilangan, kehilangan dan kehilangan. Walaupun terasa berat hati, melepas tapi Rasulullah ﷺ tetap sabar dan mengajarkan kepada Fathimah tentang erti sebuah kesabaran.

Setelah 6 bulan perginya Ruqoyyah, Rasulullah ﷺ menikahkan Sayyidina Utsman dengan Ummu Kultsum, yang mana Ummu Kultsum menggantikan peranan Ruqoyyah dan selalu terlintas di benaknya gambaran Ruqoyyah.

Rasulullah ﷺ sangat mencintai Sayyidina Utsman bahkan beliau ﷺ bersabda, "Jika aku memiliki puteri ketiga, maka aku akan nikahkan dengan Utsman." Ini semua kerana cintanya Nabi ﷺ kepada Sayyidina Utsman.

Kerana hal tersebut, Sayyidina Utsman memiliki dua cahaya, sebab Sayyidina Utsman menjadi suami dari dua puteri Nabi ﷺ. Kerana puteri beliau ﷺ adalah sebuah cahaya. Oleh kerana itu, Sayyidina Utsman dijuluki dengan Dzunnurain, si pemilik cahaya.

Beginilah keadaan dalam rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Sayyidatuna Fathimah penuh perjuangan dan ketabahan.

Manaqib Sayyidatina Fatimah Az ZahraWhere stories live. Discover now