Irina berlari keanak-anakan ke arah Mawar yang sedang tekun membaca buku Sejarah. Dia perlu meminta bantuan dari Mawar untuk menemaninya bertemu dengan Kimi dan... ya Nish. Baru seminggu tempoh perkenalannya dengan Nish. Dia selalu berbual dengan Kimi dan Nish. Nak di ajak Mawar berborak sekali dengan Kimi dan Nish? Sampai kiamat pun Mawar taknak. Mawar bukanlah jenis rapat dengan lelaki sangat tapi dia pelik, bagaimana Khai boleh mencuri hati Mawar dengan sekali pertemuan sahaja? Itu masih menjadi tanda tanya..
Irina: " Mawar.. mawar" *nafas tidak stabil*
Mawar: " Yeye pun, duduk la dulu. Macam tak cukup nafas I tengok" *menggeleng kepala perlahan lalu menyambung pembacaannya tadi sambil menulis nota*
Irina: " You kena tolong I.. please.." *buat muka comel*
Mawar: // Ada jugak aku lepuk kepala dia pasni // " Tolong apa ni? Penting sangat ke?"
Irina: " Penting la hehe you teman I jumpa Kimi dengan Nish boleh tak? I segan la kalau jumpa dorang sorang-sorang"
Mawar: " Hm aduh, leceh la kena jumpa laki bagai.. iyelah, I tolong tapi ingat eh.. kali ni je" *membulatkan mata tanda amaran*
Irina: " Hahaha comel la you buat muka mcm tu. Ye, kali ni je hehe" *menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih*
Mawar menggeleng kepala perlahan. Tangannya laju mengemas buku- bukunya lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya. Tanpa dia sedar, tingkah lakunya sedang diperhatikan oleh seseorang yang berada dalam sekumpulan lelaki. Mawar jalan menonong dari kantin menuju ke hadapan foyer. Mukanya diseriuskan. Irina memeluk lengan Mawar sambil tersenyum lebar. Langkah mereka terhenti di hadapan sekumpulan lelaki. Mawar berpaling ke arah lain, dia tidak mahu melihat muka Kimi. Ada sahaja idea Kimi untuk mengenakannya nanti. Dia penat sangat.
Kimi: " Eh Irina! Datang pun kau, lama aku tunggu! Tu ha Nish, kau pergi la berbual dengan dia kejap" *kata Kimi sambil jari telunjuknya menujuk ke seorang lelaki*
Irina melangkah perlahan ke arah lelaki itu, lelaki itu menghadiahkan senyuman yang cukup lebar ke Irina. Dalam sangkaan Mawar, lelaki itu lah yang dimaksudkan Nish itu. Dia mengeluh perlahan lalu duduk di atas pentas di hadapan foyer itu. Dia sekadar merenung Irina dengan Nish. Hatinya digigit sesuatu. // Kalau aku dengan Khai nanti, macam ni ke? Ke itu sekadar angan-angan aku je hm // Kimi dan Raja tersenyum memandang Irina dan Nish. Kimi memandang Mawar. Dia mula merancang sesuatu dengan Raja untuk mengenakan Mawar apabila mereka sudah mengetahui 'rahsia' Mawar. Raja pura-pura batuk.
Raja: " Uhuk uhuk.. Mana eh Abg Khai kita.. Kesian Mawar.. mesti tunggu Khai en.." *melirik ke arah Kimi; bagi hint la tu*
Kimi: " Haah la, kenapalah Khai pergi kantin, patutnya dia teman Mawar yg keseorangan ni kan, kesian dia.. alone gitu.." *memandang Raja*
Mereka mula bergelak ketawa sambil memandang Mawar. Entah kenapa, mukanya mula berbahang; malu mungkin. Ketawa mereka berdua menarik perhatian orang sekeliling tidak termasuk juga Irina dan Nish. Mereka berdua mula memandang Mawar seraya mereka tersenyum seakan ingin mengusik Mawar juga. Mawar mula berfikir // kenapa Kimi dan Raja macam tahu rahsia aku? Siapa yang bagitahu dorang? Irina ke?" Mawar lantas bangun seraya menarik tangan Irina, tiada senyuman terhias di mukanya lalu Mawar dan Irina melangkah laju meninggalkan mereka. Kimi dan Raja sudah terpinga- pinga. Mawar marah ke?
<<skip>>
Di kelas, Mawar langsung tidak berbual dengan Irina, Irina mula berasa bersalah terhadap Mawar. Ye, memang salahnya kerana membocorkan rahsia Mawar tetapi itu untuk kebaikan Mawar juga. Sampai bila dia mahu merahsiakan tentang perasaannya terhadap Khai. Irina memandang Mawar yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja.// Sakit kepala mungkin. Tapi eh, kenapa bahu Mawar terhinjut-hinjut seakan menangis? Alamak!// Irina mula memegang bahu Mawar. Dia memanggil Mawar perlahan
Irina: " Mawar... ooo Mawar..." *panggil Irina. Tangannya memegang bahu Mawar*
Tiada sahutan dari Mawar.. Dengan perlahan, Irina cuba membangunkan Mawar untuk duduk dengan tegak supaya dia dapat memandang muka Mawar. Dia terkejut apabila melihat muka Mawar. Mawar menangis? Disebabkannya? Sungguh, ini lah kali pertama dia melihat Mawar menitiskan air mata kerana Mawar bukan jenis yang kuat menangis. Irina mula berasa bersalah. Lantas bahu Mawar dipeluknya, tangan Mawar digenggam erat
Irina:" Mawar, I mintak maaf sangat-sangat sebab bocorkan rahsia you tapi ianya untuk kebaikan you.. sampai bila you nak sembunyikan perasaan you? You nak ke Khai bercinta dengan orang lain nanti? hm? *merenung mata Mawar*
Mawar:" You nak tahu sesuatu tak? Setahun yang lepas, ada seorang perempuan ni memberitahu lelaki ni yg dia suka kat lelaki tu. Lelaki tu bukan sahaja menolak cinta perempuan tu malah perempuan tu dihinanya and you want to know who is that girl?"
Irina sekadar mengangguk.
Mawar: " It's me..."
Irina terkejut dengan jawapan Mawar. Dia mula berasa simpati kepada sahabatnya yang satu itu. Direnungnya mata Mawar.
Mawar: " And because of that... I tak sukakan mana- mana lelaki malah kalau boleh I langsung taknak rapat dengan lelaki. But I bertuah sangat sebab... I hanya sukakan lelaki itu bukannya cintakan dia... bila dia hina I, automatik I benci dia sangat-sangat. Tapi ianya tak lama kan, hati I dicuri oleh Khai.. I nak bagitahu dia, Irina.. but I takut sejarah itu berulang..." *tunduk merenung ke luar tingkap*
Irina: " I'm so sorry, my dear. I tak tahu. I janji benda ni takkan berulang.. but if you want to know, masa Kimi bagitahu Khai yang you sukakan dia, Khai tersenyum lebar.. and I rasa dia pun sukakan you."
Mata Mawar membulat. Dia senyum? Apa maksudnya itu? Kata-kata Irina masih tergiang- giang di telinganya.
"Masa Kimi bagitahu Khai yang you sukakan dia, Khai tersenyum lebar...."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng jeng jeng haha.. HELLO READERS! AGAK- AGAK APA AGAKNYA YANG TERJADI SELEPAS KEJADIAN ITU EH? BETUL KE KHAI PUN SUKAKAN MAWAR OR... MAWAR SEKADAR BERTEPUK SEBELAH TANGAN? KALAU NAK TAHU, TUNGGU LAH SAMBUNGANNYA SELEPAS INI EH! LEPAS BACA, JANGAN LUPA VOTE TAU. THANKYOU AND ENJOY YOUR READING!
YOU ARE READING
143, Abg Senior #wattys2017
RandomMawar Alisya merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Abangnya bernama Ryan Haiqal. Mawar seorang gadis yang ceria namun kurang berinteraksi dengan lelaki. Tetapi dia pernah mempunyai rakan sepermainan ketika kecil namun terpaksa berpi...