Chap. 12

107 7 6
                                    

Coklat di genggaman tangan Khai direnung. Senyuman terukir. Coklat ini akan dihadiahkan kepada Mawar. Dia melangkah laju ke arah Mawar namun langkahnya terhenti apabila dia ternampak sahabatnya berbual rancak dengan Mawar. Entah kenapa, hatinya seakan sakit.

Kimi yang merenung mata Mawar, senyuman bahagia yang terukir di bibir Mawar benar-benar membuatkan hatinya sakit. Kimi ternampak sekujur tubuh yang sedang memerhatikannya bersama dengan Mawar. Khai? Dia sengaja membetulkan tudung Mawar untuk menerbitkan perasaan cemburu Khai. Kenapa? Dia tahu yang Khai suka akan Mawar dan dia pun suka Mawar.

Jadi? Dia akan buat Mawar suka dia juga. Walaupun Mawar tidak habis-habis menyebut nama Khai. Mawar mengelak apabila Kimi mahu menyentuh tudungnya. Senyuman hambar terukir di bibirnya.

Dia pelik dengan tindakan Kimi yang agak pelik tiba-tiba. Khai yang sedih melihat situasi itu, terus melangkah pergi. Sakit. Perit.

Irina memerhatikan situasi ktu dari jauh. Dia memandang Kimi sinis. ' Khai tu kawan kau, kimi. Kau tahu Khai sukakan Mawar. Kita berdua tahu yang Mawar tu sebenarnya cinta pertama Khai. Tapi kenapa kau tikam belakang dia? ' getus hatinya.

------------------------------

Mawar tersenyum apabila ternampak Khai di kantin. Laju dia melangkah ke arah Khai. "Abang! Dah lama tak jumpa" tegur Mawar. Tiada balasan dari Khai. Khai sekadar merenung mata Mawar. Mawar memandang Khai dengan pelik.

"Kenapa dengan abang ni? Ada masalah ke? Ke Mawar ganggu abang? " soal Mawar. Khai tersenyum hambar sambil menggelengkan kepalanya.

"Abang sakit ke? " soal Mawar lagi. Banyak perkara pelik yang berlaku sekarang dalam hidup Mawar. Kimi yang cuba rapat dengannya, Irina yang menasihatinya supaya menjauhkan diri dari Kimi, Khai yang cuba menjauhkan diri darinya. Dia buntu.

"Abang okay. Mawar dah makan ke? Kalau belum, abang belikan nasi goreng. Kita makan sama. " pelawa Khai. Mawar tersenyum hambar. "Mawar belum makan lagi. Lapar lah bang" balas Mawar. Dia menggosok perutnya perlahan seakan-akan dia tengah kelaparan. Khai tergelak kecil lalu bangun untuk membeli masi goreng buat mereka.

Mawar memandang Khai lalu pandangannya dialihkan kepada sebuah buku di sebelah beg Khai. Tangannya gatal untuk mengambil buku itu. Tidak banyak lukisan yang ada. Baru dia tahu yang Khai suka melukis. Tangannya berhenti menyelak di satu muka surat. Tangannya menggigil perlahan, matanya mula berair. Lukisan itu... Lukisan yang aku dengan Iz lukis bersama. Macam mana lukisan ni ada dekat....  Dia memandang Khai di hadapannya. Mata Khai terbeliak, dia terkejut. Mawar dah tahu?

"Look, mawar. I can explain" pujuk Khai. "Jadi, abang dah tahu benda ni lama dah? Why abang rahsiakan? " tanya Mawar. Tangannya mengelap air matanya dengan kasar.

"Iz nak tunggu masa yang sesuai. I'm sorry, lisya" jelas Khai perlahan. Tiada balasan dari Mawar. Dia merenung kosong muka Khai. "Lisya tunggu Iz lama... " balas Mawar perlahan. "Lisya fikir kita takkan jumpa lagi... " balasnya lagi. Muka Mawar sudah merah menahan tangis. "Terima kasih sebab muncul lagi... Iz tak mungkir janji, itu pun dah cukup dah bagi Lisya" kata Mawar. Senyuman dihadiakan kepada Khai. Khai membalas senyuman Mawar. 'Hai lah mata, pahal nak berair ni. Janganlah buat hal, jatuh imej nanti aduh' bisik hati kecil Khai. Tanpa disedari ada sepasang mata memandang benci terhadap mereka.

--------------------

Mawar tekun membuat latihan matematik yang diberikan oleh Cikgu Latifah di Taman Bunga di sekolah. Tak siap, mati lah kena denda. "Mana Iz ni, kata nk datang. Lambatnya.. " rungut Mawar.

Kimi ternampak Mawar di Taman Bunga. Laju dia melangkah ke arah Mawar. Dia duduk di bangku hadapan Mawar. Mawar melurut dadanya. "Kus semangat. Datang mengejut mamat ni. Nak aku mati ke? " marah Mawar. Kimi tergelak. "Alahai Mawar, comel kau buat muka macam tu. Nak je cubit-cubit pipi tu"

Mawar merengus perlahan. Dia menyambung buat latihan matematiknya. Kimi menarik nafas perlahan. "Mawar aku nak cakap satu benda ni" kata Kimi. "Cakap jelah" balas Mawar acuh tak acuh. "Aku suka kau" balas Kimi. Mawar memandang Kimi tajam. "Kau fikir kelakar ke? Kau fikir benda ni main-main? " marah Mawar namun hatinya mula tak senang.

" I didn't make any jokes here Mawar Alisya! " tegas Kimi. Mawar memandang Kimi tajam, dia mengambil nafas berat. "I'm sorry, i only can see you as my brother. That's it. I give you warning, if you want to stay be my friends, don't talk something like this again! I really hate it. " tegas Mawar. " Huh, sebab apa kau tak terima aku? Sebab si Khai tu? Hei dia tu tak pernah sayangkan kau pun! Dan kalau kau rasa dia masih ingat janji dia dengan kau dulu, of course dia tak ingat! " balas Kimi laju.

Mawar terdiam. ' Dia tak ingat? ' getusnya. Mawar mengemas barangnya lalu dia langkah laju meninggalkan Kimi.

'If i said i want you, i really mean it. Tak dapat cara baik, cara kotor pun boleh' bisik hati kecil Kimi.

---------------------------

Mawar menghempas buku di mejanya. Irina di sebelah memandang Mawar pelik. 'Dah kenapa minah ni, datang bulan ke? '

"kau kenapa ni? " tanya Irina. Mawar sekadar menggelengkan kepalanya. Dia mengipas-ngipaskan dirinya dengan menggunakan tangan. Panas sangat lagaknya. "Kau cakap betul-betul Mawar. Kau tak pernah semarah ni tau" desak Irina. Mawar mendengus. "Aku tak tahu apa yang Kimi merepek meraban dekat aku harini. Suka aku lah. Weh, harini april fool ke? " tanya Mawar dalam nada marah.

"Kau mimpi ke? Baru bulan mac, april fool datang mana? " Irina mengetuk perlahan kepala Mawar. Kang ketuk kuat-kuat, dia kejar aku dengan penyapu, tak ke naya buat acara marathon tengah tengah panas ni?

Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kimi... He's changed... did i only think that? " tanya Mawar. Irina diam. Baru dia hendak bercakap, tiba-tiba ada seorang pelajar mengetuk pintu kelas dengan cemas.

"Akak Mawar! Abang Khai dengan Abang Kimi bergaduh! "
jelas pelajar tersebut.

"WHAT?! "

Mawar memandang Khai dan Kimi bergilir-gilir dengan pandangan tajam.

"Kenapa gaduh? " tanya Irina. Nak harapkan Mawar tanya, memang haram lah. Dia tengah hangin tu. Kang mahu dua ekor ni kena belasah.

"Kimi yang tiba-tiba tolak aku masa main bola keranjang. " jelas Khai perlahan. Dia memandang Kimi dengan pandangan tidak puas hati. Kimi? Buat muka kena pijak je gamaknya.

"So, Kimi. Need to explain something? " tanya Mawar dengan nada tertahan.

"I think you know that answer Mawar. Just accept me and everything will be okay"

Kimi memandang Mawar dengan pandangan sinis. Dia bangun lalu pergi. Mawar memandang Kimi dengan pandangan benci manakala Khai dan Irina mmandang mereka berdua dengan pandangan penuh tanda tanya.

TBC
24/11 ; 1037 p/p

143, Abg Senior #wattys2017Where stories live. Discover now