Khai sekadar memandang kosong Mawar dan Kimi yang sedang bergelak ketawa. Terbit rasa cemburu di hatinya apabila melihat orang yang mula disayanginya bermesra dengan kawan baiknya sendiri. Perlahan dia beristigfar, dia sepatutnya kawal perasaan cemburunya; sedangkan dia dengan Mawar masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Dia mula berjalan ke arah mereka berdua. Tiba- tiba timbul satu idea nakal untuk mengenakan Kimi. Dia jalan berjingkit-jingkit; sengihannya makin melebar. Dengan pantas ditepuknya bahu kimi dengan kuat.
"Bahh" sergah Khai. "Oh mak kau buyung jual karipap!" Latah Kimi. Khai memandang Mawar, Mawar memandang Khai lantas mereka menghamburkan ketawa sambil mengetuk-ngetuk meja; muka masing- masing sudah merah akibat ketawa terlalu banyak. Kimi yang geram akibat disergah secara tiba- tiba lantas meluku perlahan kepala Khai.
"Sesedap ABC je kau sergah aku, nasib baik aku tak heart attack kalau tak sia- sia je masuk wad harini. Kau tahu tak.. Bla bla bla" bebel Kimi. Khai menarik perlahan bibir Kimi tanda suruh berhenti bebel. "Kau ni bebel mengalahkan orang pregnant" kata Khai selamba. Mawar sekadar menahan tawanya yang akan meletus pada bila- bila masa sahaja. "Elehh, kau mawar. Nak gelak tu gelak jelah, tahan- tahan pulak" kata Kimi dalam nada geram sambil memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.
"Takyah nak muncungkan mulut tu sangat lah. Macam itik aku tengok. Macam asam jawa pun ada jugak, kan Khai?" Kata Mawar. Khai menganggukkan kepalanya tanda setuju. Akibatnya, semakin muncung lah mulut Kimi tanda merajuk.
" Alolo, Kimi janganlah merajuk, tak comel lah. Nanti aku belanja kau Starbuck eh?" Pujuk khai. Kimi yang terdengar perkataan 'belanja' tu terus tersenyum. Kepalanya diangguk- anggukkan tanda setuju. Mawar sekadar mengangkat keningnya tanda pelik; mulalah dia memikirkan bukan- bukan.
" Kau kenapa Mawar pandang kitaorg macam tu?" Tanya Kimi pelik. " Korang ni gay ke?" Tanya Mawar selamba.
"Apa Mawar merepek ni?!!!! " jerit Kimi dan Khai.
----------------------
Mawar merenung Kimi dengan Irina yang sedang rancak berbual lalu dia mengambil keputusan untuk membaca novel. Dia langsung tidak menyedari bahawa dia telah diperhatikan lama oleh Khai. Khai berniat mahu menegur Mawar tetapi dia risau Mawar tidak selesa. Kimi yang terperasankan sahabatnya yang tidak senang duduk itu pantas berbisik perlahan di telinga Khai. 'Kau cuba lah tegur si Mawar tu. Ambik hati dia pelan- pelan. Mana tahu lekat kan?' Khai sekadar menggaru kepalanya. Irina dengan Kimi mengisyaratkan untuk menegur Mawar. Khai menarik nafas perlahan sebelum menegur Mawar.
"Err Mawar.. " panggil Khai perlahan. Mawar memandang Khai lalu tersenyum. Dia memberikan sepenuhnya perhatian ke Khai. " Ye, nak apa?" Balas Mawar lembut. "Mawar boleh tak teman abg pergi koperasi. Tiba- tiba rasa nak beli sandwich pulak" tanya Khai. Dia memikirkan ini sahajalah caranya untuk berdua- duaan dengan Mawar. Mawar ni memang sukar didekati jadi ini sahajalah caranya. Mawar terdiam sejenak lalu dia mengangguk manakala Khai sudah tersenyum lebar.
Mereka berjalan beriringan tetapi langsung tiada topik untuk berborak. Muka Mawar sudah keruh kerana dia teringatkan masalahnya; dia sering diganggu di Facebook dan lelaki yang tidak dikenali mesti akan meminta gambar yang bukan- bukan. Khai yang terperasankan muka Mawar itu mula menegur Mawar.
"Mawar ada masalah ke ni hm? Abg perati Mawar mcm ada masalah je. Cuba cerita dekat abg, mana tahu abg boleh tolong ke kan? " tanya Khai prihatin. Mawar memandang Khai sekilas lalu dia senyum dan mengelengkan kepala. Namun Khai tahu senyuman Mawar itu palsu. Dia sekadar ingin mengaburi mata org sahaja. Dia bukannya buta. 'She must hiding something!' Desisnya.
Selesai membeli sandwich, Khai mengajak Mawar duduk di bangku berhadapan pusat sumber sekolah. Dia ingin mengetahui masalah Mawar. Dia tidak mahu orang yang dia sayangi sedih. Jangan menangis sayang.. Acewahh (poyo lah kau Khai)
YOU ARE READING
143, Abg Senior #wattys2017
AcakMawar Alisya merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Abangnya bernama Ryan Haiqal. Mawar seorang gadis yang ceria namun kurang berinteraksi dengan lelaki. Tetapi dia pernah mempunyai rakan sepermainan ketika kecil namun terpaksa berpi...