Chap. 9

121 8 3
                                    

Mawar memandang Irina dengan tajam. Geram sungguh dengan Irina kerana lambat datang. Sekarang sudah pukul 1 sedangkan mereka berjanji berjumpa pada pukul 12. Satu jam menunggu, dia hampir saja jadi gila menunggu di Pavilion keseorangan. Irina memandang Mawar dengan rasa bersalah. 'Gunung berapi nak meletus ni, tamatlah riwayat aku. Mama!! Tolong Irina! ' getus hatinya.

"Sorry Mawar lambat. I terlelap la tadi. Sorry sangat-sangat. Jangan lah marah huhu" pujuk Irina. Takut weh kak yong marah ni. Mawar sekadar mendiamkan diri tanda merajuk. "Sorry babe, okay okay lepasni I janji tak buat lagi" pujuk Irina lagi. Mawar merenung tajam Irina. "You buat lagi, I siat-siat kulit you, cungkil-cungkil mata you, bagi anjing makan, nak?" Balas Mawar. Irina mengangguk-ngangguk. 'Eh, yang aku angguk dah kenapa? Nak kena bunuh dengan Mawar ke macam mana' desisnya. Mawar sekadar menggelengkan kepalanya. Irina tersenyum sumbing, matanya tertacap di pergelangan tangan Mawar. Dia merenung pelik gelang yang terukir 'IzLisya' itu. Apa maknanya itu? Tetapi dia tidak mahu bertanya; mungkin satu hari nanti dia akan temui jawapannya.

Irina memandang Mawar yang sedang meneguk Cappuccino Ice. Banyak rahsia yang Mawar selindungkan dari dia. Tetapi dia tidak memaksa Mawar. Irina memandang liar kawasan cafe itu. Matanya membulat setelah dia ternampak dua jejaka yang sedang berbual rancak. Guess what? Kimi dan Khai ada di cafe yang sana. 'Kuat betul jodoh Mawar dengan Khai ni' bisik hati kecil Irina. Irina tersenyum; dia berfikir kalau ramai lagi bagus. Meriah sikit. Dia mula menaip sesuatu dia telefon pintarnya.

Irina: Weh kau dengan Khai dekat mana?

Kimi yang sedang berbual rancak dengan Khai terhenti apabila terdengar notification di telefonnya. Keningnya dikerutkan apabila membaca message Irina. Dia membalas message itu dengan laju.

Kimi: Aku dengan Khai dekat salah satu cafe at Pavilion. Why?

Irina: Guess what? Aku dengan Mawar dekat cafe yang sama. Kau fikir apa yang aku fikir tak? 😋

Kimi tersenyum penuh makna. Matanya meliar mencari Irina di sekitar cafe itu. Dia ternampak Irina yang sedang melambai ke arahnya. Senyumannya makin melebar.

"Khai, jom join aku lepak dengan kawan aku sekali weh. Dia dekat cafe ni jugak" kata Kimi. "Siapa kawan kau tu? Aku kenal ke?" tanya Khai pelik. "Alarh, ikut je" balas Kimi lantas menarik tangan Khai. Khai dengan pantas mengambil Latte Ice nya sebelum mengikuti langkah Kimi. Dia ternampak dua gadis. Keningnya dikerutkan. 'Macam kenal' getusnya.

Kimi sudah duduk di sebelah Irina. Matanya dikelip-kelipkan memandang Khai. 'Aku sepak jugak Kimi ni. Dia sengaja suruh aku duduk sebelah Mawar' Khai memandang Mawar dengan rasa bersalah sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Mawar.

"Sorry Mawar. Abg terpaksa" bisik Khai. Mawar memandang Khai sekilas sebelum menganggukan kepalanya. Kimi sengaja mencari gaduh dengan Mawar. Memang itu pekerjaanya apabila berjumpa dengan Mawar. Muka Mawar yang kemerah-merahan menahan marah ditatap Khai. 'Comel' itu sahaja yang mampu dikatanya. Memang Mawar comel. Mukanya putih kemerahan, hidung mancung, bibir munggil. Jadi tidak hairanlah ramai menyukai Mawar. Matanya terhenti apabila dia ternampak gelang di pergelangan tangan Mawar.

'Macam pernah tengok gelang tu. Tapi kat mana eh' Khai memikirkan di mana dia pernah melihat gelang itu. 'Lisya!' Jerit hati kecil Khai. Matanya bulat merenung Mawar. Mawar yang terperasankan dirinya diperhatikan oleh Khai lantas dia memandang Khai. Dia mengangkat kening tanda 'kenapa'. Khai sekadar menggelengkan kepalanya.

'Lisya, Iz tak sangka kita boleh jumpa lagi. Iz akan tunaikan janji Iz dulu. Iz sayang Lisya..' Bisik kecil hati Khai.

TBC

143, Abg Senior #wattys2017Where stories live. Discover now