It ain't me nyanyian Salena Gomez dan Kygo memenuhi ruang Volkswagen Bettle merah aku. Pagi-pagi lagi kena hadap jammed. Memang nasib la kerja kat bandar ni. Aku kalau boleh tak nak kerja kat Putrajaya nak kerja kat kampung dekat dengan mama dengan babah tapi peluang kerja untuk aku kurang dekat sana.
Dari dulu lagi mama tak suka dengan minat aku. Mechanical Engineering. Ya, memang tak ramai perempuan yang menceburi bidang ni. Dalam kelas aku dulu pun boleh kira dengan jari berapa saja pelajar perempuan. Dan paling dasyat lagi pelajar perempuan dari Malaysia hanya aku dengan Ain sahaja. Tapi dah nak buat macam mana dah minat. Mama dari dulu pujuk aku suruh ambil medic dan jadi doktor katanya sesuai untuk perempuan dan senang nanti kalau dia sakit ke apa ada juga orang yang tahu pasal kesihatan ni. Tapi setelah buat isthikharah semua memang hati aku terarah untuk ambil Mechanical Engineering. Lagipun sekarang adik bongsu aku sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan. Sekurang-kurangnya hajat mama untuk ada anaknya menjadi doktor tercapai.
Iphone 7 merah milik aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam sopan. Sopan sebab nombor tak ada dalam contacts aku. Siapa lah yang call aku pepagi buta ni
"Waalaikummussalam!"
"Babe, it's me Ain!" tak beragak betul Ain ni memekik dalam fon nasib baik aku guna hands-free.
"Babe! Where are going. Aku call dua tiga menjak ni tak menjawab. Ni tukar nombor baru pula apa hal?"
"Ala weiii, sorry la. Aku kena rompak la wei. Semua fon aku, IC, kad bank semua lesap."
"What?! Wei sorry aku tak tahu. Kau macam mana? Ok tak? Macam mana boleh jadi macam tu?" Patutlah dua tiga hari ni aku call tak masuk, Whatsapp tak double tick pun, DM twitter pun sepi je.
"Alhamdulillah la aku ok.Aku banyak sangat nak story dengan kau ni. Apa kata nanti lunch aku ambik kau. Nanti baru best nak story."
"Ok ok. Nanti jumpa time lunch. Bye babe!"
Haish... seram juga aku dengan kes ragut ni.
Setelah sejam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akhirnya sampai juga aku ke pejabat. Sebenarnya kalau tak jammed dalam lima belas minit dah boleh sampai kut, rumah aku memang dekat dengan pejabat.
SEDANG aku khusyuk menghadap kertas kerja untuk projek baru yang baru sahaja bos aku serahkan semalam fon aku berbunyi.
"Ain! Oh my God! I'm dead." aku tengok jam di tangan 1.10 petang. Aku dah lambat sepuluh minit. Aduh tadah telinga saja la aku dalam kereta lepas ni. Cepat-cepat aku capai beg dan telefon dan bergegas turun.
"Yeah, I'm on my way." Terus aku letak panggilan.
Turun sahaja aku dah nampak Honda City putih di depan bangunan pejabat.
"Wei, sorry, sorry sorry! Sumpah aku tak perasan dah masuk lunch hour." Aku buat muka seposen depan Ain. Ain dah tarik muncung sedepa.
"Kau tahu tak aku punyalah excited nak keluar lunch dengan kau dari pukul 12.50 kereta aku dah terpacak depan office kau tahu. Pak guard tu dah semacam tengok aku. Dia ingat aku aku ni nak rompak office kau la kut. Lepas tu dah kematu punggung aku tunggu kau dalam kereta tau. Nasib baikla kau ni kawan baik aku kalau tak dah lama aku blah. Bla.. Bla.. Bla.."
"Hari ni aku belanja kau makan."
"Ha, tulah yang aku nak dengar dari tadi." terus senyum minah ni.
"Hari ni tekak aku nak makan makanan korea la wei. On tak?"
"Demi kawan kesayangan aku ni, semua aku onkan saja." Hummm... layankan sajalah Ain ni. Nasib baik kawan baik aku kalau tak dah lama dah.
YOU ARE READING
Evelyn Nur Qaisara
RomanceSelama ni kau crushkan orang. Tapi sekali bila orang crushkan kau dan masuk meminang terus kau rasa? EVELYN NUR QAISARA. Istilah couple tidak pernah wujud dalam hidupnya. Tapi siapa sangka Adam Haikal muncul dalam hidupnya tanpa diduga. ADAM HAIKAL...