BAB 13 💐 (PART 1)

2K 51 3
                                    

HEY GUYS! FALL FOR YOU IS BACK! I DON'T KNOW WHY BUT RASA TETIBA RAJIN NAK UPDATE MAYBE SEBAB WEEKEND AND I IZ SO MALAS NAK STUDY 😅

I HOPE YOU GUYS ENJOY!

AH, I MORE THINK I DAH SIAP EDIT THE NEXT PART BAB 14. BUT I AKAN POST THAT PART IF THIS CHAPTER DAPAT 15+ VOTE. FIFTEEN VOTE JE GUYS. COME ON, SHOW YOUR SUPPORT!

I WOULD LOVE TO KNOW IF YOU LOVE MY STORY SO DO COMMENT ALSO. MAYBE TODAY WE WILL HAVE DOUBLE UPDATE LIKE WHO KNOWS KAN 😉

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Pukul empat petang barulah mama dan babah sampai ke rumah. Aku dan Adam pula tengah bersiap nak pergi Aeon, Kota Bharu. Adam nak belanja Man Hattan kan! Hehee.

"Eve nak pergi mana ni bersiap cantik-cantik ni?" tanya mama.

"Eve kan dah memang cantik." saja aku melawak dengan mama.

"Ye, mama tahu Eve kan anak mama, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi." Mama pun sama aja perangai dengan aku.

"Kitorang nak keluar makan malam ni ma. Kesian mama kan letih, so Eve bagi mama rehat tak payah masak malam ni. Mama dengan babah kalau tak dinner lagi Eve call pizza nak?" Saja bagi alasan nak suruh mama rehat konon.

"Nak keluar date la tu." Mama sekarang pun makin pandai nak mengusik aku. Ni mesti belajar dengan Kak Long la ni. Aishh.

"Date dengan menantu kesayangan mama la."

"Kenapa menantu kesayangan mama bukan suami kesayang Eve?" Mama kenapa soalan macam tu pula nak ditanya. Tak ada soalan yang senang sikit ke. Soalan SPM yang HOTS (High Order Thinking Skill) tu rasanya lagi senang kot.

"Mama esok Eve tetiba rasa nak makan puding caramel yang mama buat la. Boleh kan?"

"Haa, tengok tu sengaja aja tukar topikkan." Muka mama tak puas hati.

"Alaaa, kalau mama tak nak buat tak apa la." Aku tarik muka. Gedik. Saja je nak acah merajuk dengan mama.

"Dah-dah tak payah nak muka merajuk macam tu. Nanti esok mama buatkan. Ha, kamu tu jangan lupa pula pergi rumah sedara kamu kat sini dulu sebelum balik KL tu. Pak Su, Pak Long, semua ajak pergi rumah kan."

"Nanti esok-esok Eve ajak Adam pergi rumah sedara semua. Lagipun Eve duduk sini dalam seminggu lagi sebelum balik sana." suis iron yang sudah siap digunakan aku tutup.

"Baiklah kalau macam tu. Mama nak masuk bilik dulu la." Aku dan mama melangkah masuk ke bilik masing-masing.

Masuk saja ke bilik Adam tengah spray perfume dia. Rasanya macam nak habis separuh botol la kut. But, why that scent is so dashing and luring. Ahaii...

Aku terus ke meja solek untuk belit tudung. Alhambra dUck in black aku lilit kemas di kepala. Tudung ni Adam yang bagi, masa tu kitorang keluar cari barang hantaran dekat Pavillion. Hari ini aku kenakan blouse putih dengan soft jean warna hitam.

"You look gorgeous sayang in black and white. Nahh, you just look great in all colours, cause you are always the most beauteous little girl for me." Adam mula melingkarkan tangannya dibahu aku. Mata kami bertebung di cermin.

Aku merungkai tangan Adam laju dan mula kalih ke belakang. Aku ketap bibir perlahan, mungkin rasa bersalah kerana aku selalu menolak bila dia ingin bermesra dengan aku.

"Adam, I don't know, I just... I just can't. Saya tak boleh bila awak..." aku tak tahu kenapa bila Adam nak rapat dengan aku, aku jadi tak suka. Aku rasa nak membentak.

"Bila saya apa Eve? Bila saya rapat dengan awak. Bila saya sentuh-sentuh awak? Macam tu?" Nada Adam dah mula berubah. Eve apa yang kau dah buat ni?

Evelyn Nur QaisaraWhere stories live. Discover now