Bab 10 💐

1.5K 49 1
                                    

"Aku terima nikahnya Evelyn Nur Qaisara bt Ahmad dengan mas kahwinnya lima puluh ribu tunai. " Akhirnya lafaz keramat itu keluar dari mulut Adam Haikal bin Dato' Mukhlis.

Aku yang tersimpuh ayu di atas kusyen putih empuk di ruang tamu rumah kami hanya mampu memandang ke lantai. Are this for real? If it is a dream please woke me up.

Tapi aku tahu ini bukan mimpi. Akhirnya setelah puas mama memujuk, aku jatuhkan kepala tanda setuju. Selama ini aku yang paling degil nak ikut cakap mama. Semua nak ikut kepala aku. Tapi entah kenapa, kali ini aku dengar cakap mama. Selepas malam aku bercakap dengan mama hati ke hati hari tu, entah kenapa aku jadi lembut hati dan terbuka untuk terima Adam sebagai suami.

Aku tak tahu kenapa. Mungkin itu petunjuk dari Allah untuk istikharah aku selama ini. Ye, seperti yang mama cakap petunjuk untuk istikharah bukan semestinya melalui mimpi, namun gerak hati adalah salah satu darinya.

Mungkin juga kuasa doa seorang ibu, yang membuat aku lembut hati. Aku pun pelik dengan jawapan yang aku beri. Tapi, betullah Allah yang pegang hati kita, sekejap sahaja, dalam kadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat dati itu pun dia dah mampu untuk balikkan hati kita.

Menyesal? Menyesalkah aku? Entah. Tapi aku sebagai umat Islam harus percaya kepada qada' dan qadar yang telah ditetepkan untukku. Allah dah aturkan takdir hambanya tu cukup indah. Sekarang aku dah jadi isteri Adam, aku hanya mampu berharap dan berdoa hati aku benar-benar terbuka untuk sayang dia. Untuk cinta? Entah mungkin susah sedikit. Nak mula kena perlahan dulu.

Usai mengaminkan doa aku dapat lihat Adam melangkah menuju ke arah aku. Tangan dihulur. Tangannya aku capai. Mulai detik ini aku berjanji untuk belajar menyayangi dia. Tangannya aku kucup perlahan.

Dia sentuh dagu aku dan angkat kepala aku sedikit. Matanya diarah tepat ke mataku. Orang kata kalau kita jatuh cinta kita akan rasa berdebar, tapi kenapa panahan mata Adam tak ada apa-apa kesan pada aku. Kosong. Sungguh aku tak rasa apa-apa.

Perlahan bibir merah miliknya mendarat lembut di ubun-ubun aku.

"Thanks Eve, for giving me a chance." Bisik dia. Cukup perlahan hanya untuk pendengaran kami berdua sahaja. Dan aku rasa dia senyum di sebalik ciumannya. Hati, kenapa tiada irama indah yang berlagu? Mungkin terlalu awal.

Akad nikah aku diadakan pada waktu malam atas permintaan aku. Selepas jamuan makan untuk tetamu yang hadir. Adam dan keluarga terdekat dia akan balik untuk bermalam di homestay abah. Esoknya pula resepsi kami di Renaisance Hotel, Kota Bharu.

Semasa Adam hendak pulang ke homestay aku dipaksa mama untuk hantar dia ke kereta.

Sampai sahaja di tepi kereta, tangan aku dia capai.

"You're mine now Eve. I'm eternally happy." Dia mengusap tangan aku lembut. Kalau ikutkan hati nak sahaja aku rentap tangan aku sekarang. Tapi aku berbisik pada hati, kau dah janji nak bagi dia peluang Eve.

"I'm sorry Adam but you know I terima you sebab mama. I still need time. Hope you understand."

"I've been waiting for you for ten years Eve. And now you're mine a little more of waiting wont hurt me that much."

"Dah, malam ni get enough rest. Tomorrow is going to be our big day. My bride should be gorgeous." Pipi aku dia tarik macam tengah uli doh dah gamaknya. Aku tahu lah pipi aku pipi pau, tapi tak payah lah geram macam tu sekali.

"Sakitlah." Aku gosok pipi aku yang telah dia lepaskan. Dah la tangan macam king kong besar.

"Alololo, dah merah your pipi. Sensitif sangat pipi ni." Dia masih boleh gelak pula. Sakitnya hati.

"Macam mana tak merah, you tarik kuat sangat. Nak tercabut kulit pipi ni tahu." Perit lagi rasanya pipi aku. Aku dah muncung, panas pula aku dengan dia ni.

"Meh dekat kejap."

"Hah?" Aku blur sekejap. Dengan pantas, lengan aku dia tarik, membuatkan badan aku hanya tepisah sinci dari badannya. Mukannya ditunduk dan dengan pantas bibirnya singgah di pipi aku.

Mata aku terus membulat. Aku terus tolak dia dari aku. Mana aci cium curi!

"Buat ubat." Dia sengih kemudian terus meloloskan diri ke pintu kereta. Aku pula tercengang dekat situ. Selepas kereta Audi TT Adam keluar dari perkarangan rumah barulah aku bagaikan tersedar dari mimpi. Pusing sahaja belakang aku tengok semua mama, babah Kak Long dengan Maira sekali tengah tengok aku.

Mak ai! Diorang tengok ke Adam kiss pipi aku. Malu! Aku rasa pipi aku yang sedia merah sebab Adam tadi bertambah merah. Aku hanya menunduk ketika lalu dihadapan keluarga aku. Malu! Malu! Malu!

"Kalau tak sabar sangat kenapa tak ajak saja Adam tu tidur sini." Kak Long ketawa mengejek.

Eeeee. Siap la kau Long, nanti kau kahwin aku bantai kau teruk-teruk.

"Haah kan Long, adik perasan Abang Adam tu tengok Kak Eve ni semacam je. Macam nak terkam." Dua beradik tu sama-sama gelakkan Aku. Amboi Maira kecik-kecik dah pandai nak kenakan orang tak padan dengan SPM pun tak lepas lagi.

Aku tengok diorang sambil buat jelingan maut, daripada layan diorang yang dah tak betul ni baik aku masuk ke daput tolong mama kemas apa yang patut.

"Eve, tinggalkan pinggan mangkuk tu dulu. Mari ikut mama. Ada benda mama nak cakap dengan Eve." Aku yang tengah leka membasuh pinggan dicuit oleh mama dari belakang.

"Ada apa ma?" Soal aku sambil membilas tangan yang bersabun. Tangan yang masih basah aku lap di seluar. Tak sempat nak cari kain lap. Bantai la seluar pun. Hehe.

"Ikut je lah mama." Mama dah tak menyempat terus lengan aku ditarik.

Mama tarik aku masuk ke dalam biliknya. Dia dudukkan aku di atas katil.

Mama juga turut melabuhkan duduk diatas katil di sebelah aku. Tangan mama mengusap pipi aku lembut.

"Mama tak sangka hari ni anak mama dah jadi isteri orang. Mama ingat lagi dulu masa Eve kecil. Tangan Eve kecik sangat, mama masih ingat mama gendong Eve. Rasa terlalu cepat masa berlalu." Aku tengok mata mama berkaca.

"Mama jangan la nangis, nanti Eve nangis juga tahu." Tangan aku naik ke pipi mama, menyapu mutiara jernih yang mula mengalir di pipinya.

"Mama menangis sebab mama gembira sayang, mama gembira akhirnya impian mama nak tengok Eve dengan Adam tercapai." Mama koyakkan senyuman.

"Mama doakan Eve dengan Adam ya mama." Doa ibu adalah doa yang paling mustajab. Semoga berkat doa mama aku akan bahagia dengan Adam. Aku selalu inginkan doa mama mengiringi setiap perjalanan hidup aku. Setiap apa sahaja yang aku lakukan aku akan meminta mama doakan. Dulu semasa belajar, setiap kali telefon mama aku akan minta mama doakan. Walaupun, berkali mama cakap yang mama selalu doakan semua anak-anak dia.

"Mama akan sentiasa doakan kebahagian anak-anak mama. Mama tahu hati Eve masih belumnya terbuka untuk Adamkan. Tapi mama yakin suatu hari nanti Eve pasti akan boleh terima Adam. Sekarang Eve dah jadi isteri orang jangan lupa Eve dah kena dahulukan suami dalam segala hal. Kalau nak keluar kena minta izin suami. Apa-apa sahaja yang Eve lakukan jangan belakangkan Adam. Eve dah berjaya jadi anak yang solehah buat mama, sekarang Eve perlu jadi isteri yang solehah pula untuk suami." Nasihat mama panjang lebar.

"Mama tak sangka pula Eve yang akan kahwin dulu, tapi dah jodoh siapa kita untuk halangkan." Mama kemudiannya menunduk dan membuka laci meja sebelah katil. Kotak baldu berwarna biru gelap dikeluarkan dari situ.

"Ni hadiah mama untuk Eve, sempena perkahwinan Eve dengan Adam." Mama hulurkan kotak baldu itu ke arahku.

Aku menyambut kotak dan membukanya perlahan. Rantai tangan berlian terletak indah di dalam kotak. Rantai yang aku berkenan semasa aku memilih cincin perkahwinan dulu.

"Mama..." Aku terharu sangat. Aku terus peluk mama.

"Terima kasih mama. Eve tak tahu nak cakap macam mana lagi, Eve sayang mama. Eve sayang sangat. Terima kasih sebab dah besarkan Eve, sebab bersabar selama ini dengan perangai Eve yang degil ni, terima kasih untuk semua mama."

"Mama pun sayangkan Eve sayang." Mama terus membelai rambut aku lembut.

Evelyn Nur QaisaraWhere stories live. Discover now