Yeah, because semalam saya tak upload, so hari ini saya upload dua part. Kalau dah terbuka part yang ni terus sila scroll untul baca chapter before this okay.
Happy reading!
And also not to forget to click the star down below. Love you.
🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼
"Mama dah terus-terang dengan Eve pasal Adam." Encik Ahmad memulakan bicara setelah dia, isterinya dan bakal menantu mereka Adam Haikal duduk di ruang tamu.
"Macam mana penerimaan Eve?"
"Eve dari semalam macam kurang bercakap dengan mama. Mungkin hal ni terlalu tiba-tiba untuk Eve. Kita bagi dia masa. In shaa Allah, mama yakin Eve boleh terima Adam."
"I really hope so ma."
"Jangan risau sangat Adam. Tahu lah mama nak pujuk macam mana anak mama sorang tu." Puan Masrita dapat menebak bahawa bakal menantunya itu risau jika lamarannya ditolak. Dari riak muka Adam pun dia dah boleh baca.
"Tapi tadi Adam perasan yang dia dah tak pakai cincin yang Adam bagi dulu."
"Eh, yeke? Tak perasan la pula mama. Tak apalah, dia tengah panas tu sekarang tunggu sehari dua lagi ok la."
Adam hanya senyum dan dan meneguk air kopi di atas meja. Saja nak hilangkan gemuruh.
Puan Masrita dan Encik Ahmad dah memang berkenan sangat dengan Adam untuk dibuat menantu. Kesungguhan yang Adam tunjukkan untuk mendapatkan Evelyn Nur Qaisara, salah serang puteri mereka sangat meyakinkan mereka bahawa Adam adalah calon yang terbaik untuk menjaga Eve kelak.
"AKHIRNYA balik pun, ingatkan tak reti nak balik." aku tutup langsir kasar. Dari tadi aku tunggu dia balik. Tapi bertunggu tangga kat rumah aku pula. Ni dah pukul dua belas baru reti nak balik. Mujur sahaja tak sambung makan tengah hari kat sini.
Semalam baru sahaja aku selesa dengan dia, tapi hari ini, ini pula yang jadi. Entah kenapa aku rasa tak suka mama menetapkan siapa suami aku. Mungkin sebab selama ini mama terlalu ikut kepala aku saja. Aku dah terbiasa hidup dengan pilihan aku sendiri.
Balik rumah ingatkan nak luangkan masa dengan mama dengan babah, tapi ada orang menyibuk pula. Haih, tak suka! Tak suka! Tak suka!
Beep! Beep!
Sama pula nak whatsapp masa cuti ni. Jangan aku serabut dengan Adam nak tambah lagi dengan masalah pejabat sudah.
-01483746473
I know this is so sudden for you. Take your time. You know I'll always be waiting for you.Take care.
Terus Iphone aku tutup. Please get out of my mind for just this two days. I want to enjoy my precious moment with my mom and dad. Aku terus turun ke bawah. Mama dan babah tengah tengok TV. Okay Eve, just forget about him when you still at home. Lepas balik Putrajaya nanti sambung balik.
Aku terus mencelah antara mama dan babah. Aku sengih macam kerang busuk. Buat macam tak ada apa-apa.
"Eve, petang nanti kita pergi sekolah Maira. Pergi picnic kat sana."
Aku menunjukkan isyarat 'okay' kepada mama. Dan selepas itu semua cerita kami buka. Lama punya pasal tak sembang dengan mama dan babah.
PEJAM celik, pejam celik, malam ni aku dah kena balik Putrajaya. Kalau laikutkan hati ni masih tak nak melangkah pergi. Namun apakah daya kat sana banyaklagi tanggungjawab yang menunggu.
Hari ni babah yang hantar aku. Aku ambil flight malam sebab nak spend masa semaksima mungkin bersama abah dan mama. Tak sampai sejam lagi flight aku akan depart. Gate pun dah buka .
Aku capai tangan mama, aku kucup sayu. Sedih dah nak berpisah. Kedua-dua pipi mama aku cium. Sama juga dengan babah.
"Kat sana siapa ambil kat airport?" Mama bertanya risau. Yela balik malam-malam, aku dah la perempuan. Mestila mama risau.
"Housemate Eve yang ambilkan. Mama jangan la risau." Aku tepuk tangan mama perlahan memberi keyakinan.
"Mama Eve pergi dulu." Sebaik sahaja aku ingin melangkah pergi, mama capai tangan aku.
"Jangan lupa pasal hal tu ya sayang. Kalau boleh minggu depan mama nak tahu jawapan dia. Dan mama harap sangat jawapan dia ya." Aku hanya mampu angguk dan senyum tawar.
"In shaa Allah mama." Minggu depan mama nak tahu jawapan tapi mama seakan tidak memberi pilihan untuk aku berkata tidak.
Aku melangkah ke arah pemeriksaaan luggage dan boarding pass. Fikiran aku dah ke lain. Memikirkan perkara itu. Sebab dah dua hari mama tak sebut hal itu depan aku. Mungkin dia faham yang aku tak nak diganggu dengan soalan itu selama aku duduk di rumah. Tapi bila mama bangkitkan balik soal itu, kepala aku terus diasak dengan soalan kenapa, mengapa dan bagaimana. Ahh, stress aku dibuatnya.
Setelah hampir sejam penerbangan akhirnya sampai juga di KLIA 2. Ana dah sedia menunggu di pintu ketibaan. Dia sampai dari tadi. Kerana flight dari KB ke KLIA2 sedikit delay.
Adam hantar mesej dari tadi tanya aku dah naik flight ke, dah sampai KLIA ke tapi satu pun aku tak balas.
Ana petik jari depan aku. "Eve are you in the sky?"
"Ha? Ada apa Ana?" Aku seakan terssedar dari mimpi.
"Kau ni aku dari tadi bercakap dengan kau, tapi alih-alih rupanya aku ni cakap seorang. Apa yang kau fikir ni?"
Aku melepaskan keluhan. "Tak ada apa-apa Ana." Aku urut pelipis. Kepala dah rasa sedikit berdenyut.
"But you seems to have something you hide. Nevermind ,if you want to share anything with me or if you want me to lend my ears just don't hesitate to call me.
"Thanks Ana for being such an understanding friend. Sayang kau." Aku lentokkan kepala atas bahu dia sekejap.
"Eeeee... dah-dah apa nak touching sangat ni." Aku dan Ana gelak.
SAMPAI sahaja dirumah. Luggage aku letak tepi, malas nak kemas, biasanya kalau balik lambat mana pun yang paling penting aku akan kemaskan luggage dahulu sebeum tidur. Aku suka macam tu sebab aku suka siapkan dahulu semua kerja then baru tidur. Tapi hari ni, aku tak sempat nak fikir semua tu.
Dengan langkah yang berat aku melangkah ke bilik mandi. Kalau ikutkan hati aku terus nak lompat katil dan tidur, tapi tubuh rasa melekit sangat jadi terpaksalah mandi dulu.
Parah tak parah penangan masalah aku dengan Adam sampai dalam toilet aku fikir. Aduh!
"Ha, aku tahu, aku kena bersemuka dengan dia dan bincang pasal benda ni!" aku bermonolog sendiri. Cepat-cepat aku mandi dan balut tuala ke kepala.
Baru sahaja aku capai fon, aku tengok jam di dinding. Dah pukul dua pagi. Gila ke apa nak call orang pukul dua pagi. Aku letak fon kembali atas meja. Esok sajalah.
"Rambut yang basah aku lap dan keringkan. Setelah itu, aku sidaikan tuala yang telah digunakan. Siap sahaja aku terus mencampakkan tubuh ke tengah katil. Ah, nyaman betul. Lepas mandi, sejuk sangat best untuk tidur. Dan akhirnya aku tertidur dengan sendiri.
PAGI-PAGI lagi selepas mandi dan sarapan aku terus telefon Adam. Nasib baik ada nombor telefon dia.
"Errr.. Assalamualaikum..." Aduh ni nak panggil dia apa. Adam ke? Ke Abang Adam? Ke awak? Ahhhhh!
"Waalaikummusaalam Eve, ada apa call abang pagi-pagi ni."
"We need to talk." Aku macam biasa, straight to the point terus. Malas nak berkias-kias.
"Ouh okay. Bila?"
"Dinner malam ni?" kalau masa lunch nanti sekejap sangat.
"Dinner malam ni? Humm okay je."
"Allright. I'll inform you the venue later. Assalamualaikum." Tak sempat dia membalas salam aku dah tutup.
YOU ARE READING
Evelyn Nur Qaisara
RomanceSelama ni kau crushkan orang. Tapi sekali bila orang crushkan kau dan masuk meminang terus kau rasa? EVELYN NUR QAISARA. Istilah couple tidak pernah wujud dalam hidupnya. Tapi siapa sangka Adam Haikal muncul dalam hidupnya tanpa diduga. ADAM HAIKAL...