BAB 14 💐

2K 51 0
                                    

WARNING!

BAB NI ADA BANYAK DIALEK KELANTAN, SO I DONT KNOW IF UGAIS CAN FAHAM OR NOT. BECAUSE ITS KINNDA WEIRD. SO DROP YOUR COMMENT ON THE TEXT IF YOU WANT ME TO TRANSLATE AYAT YG MMG X FAHAM LANGSUNG. SEBAB KALAU NK TRANSLATE SEMUA IT MIGHT BE A VERY LONG LONG CHAPTER.

HAPPY READINGGGG 🙈

❤❤❤

  Majlis kat rumah Adam lagi seminggu, minggu ni kami akan bertolak balik. Jadi sempat la juga dalam seminggu nak settle down. Lagipun, mostly semua persiapan majlis resepsi sebalah keluarga Adam dah diuruskan. Sebelum balik Kelantan hari tu, semua barang hantaran, baju, hiasan dewan yang perlukan persetujuan dan kerjasama aku dah diselesaikan.

  Beberapa hari ini, kami sibuk mengunjungi rumah sedara. Mama cakap kalau kahwin ni memang kena melawat rumah sedara nak kenalkan ahli keluarga baru katanya. Tapi selama ni pun memang kalau ada sepupu ke sedara terdekat yang kahwin akan datang rumah. Setiap kali pergi rumah sedara diorang akan bagi aku kain sarung dan kain pelikat untuk Adam. Tapi aku bukannya reti nak pakai kain sarung ni semua. Tidur malam aku tahu pakai shortpants je. Rimas. Tapi sejak kahwin ni terbalik pula, semakin panjang seluar tidur aku.

  Hari ni pula mama suruh aku dengan Adam pergi rumah Tok ki. Tok ki ni atuk mama, kira moyang aku la kan?

  "Assalamualaikum." Aku memberi salam sambil tangan membuka tali wedges yang melilit di kaki.Pintu rumah Tok ki terbuka maksudnya memang Tok ki ada kat dalam.

  "Tok ki." Aku masih memanggil Tok ki biasanya tak lama nanti muncul la dia depan pintu. Tok ki ni walaupun dah berusia tapi masih gagah. Kaki dah menjejak naik tangga. Pusing ke belakang Adam masih belum buka kasut untuk naik. Aku menggamitnya untuk naik. Rumah tokki yang bahagian depan di masih lagi ada tangga kayu, sebelah belakang tu mama dah renovatekan tukar ke rumah batu. Tapi yang depan ni masih dalam proses.

  "Waalaikummusslam. Ya Allah, cicit Tok ki ruponyo. Naik-naik. Jemput naik awe (panggilan untuk lelaki kat Kelantan, panggilan manja I suppose. Usually orang tua guna untuk panggil anak muda), ni la bangsal buruk Tok ki."

  "Tok ki sihat?" Adam menghulurkan tangan bersalam dengan Tok ki.

  "Sihat ore tuo gini la awe wei." Pelat kelantan Tok ki sememangnya pekat.

  "Eh, Napok segar jah tu. Macei umo lapan belas." Aku terus kalih ke arah Adam. Aku buat pandangan pelik. Sejak bila Adam pandai cakap Kelantan?

  Dia angkat kening. 'Tengok kaki la.' dengan muka riak dia.

  Atuk gelak kuat. "Panda awe gura." Kenapa Adam ni pandai sangat ambil hati orang tua. Aku dapat rasa yang Tok ki pun dah mula sukakan dia.

  "Ambik la." Tok ki mengunjukkan rokok  dia bersama dengan daun tembakau. Setahu aku Adam tak merokok. Sekurang-kurangnya dia tak pernah la merokok bila keluar dengan aku. Aku memang anti sebenarnya lelaki yang merokok ni. Entah, bau asap dia buat aku lemas. Tapi Tok ki ni memang perokok tegar, tapi bukan rokok dunhil ke sani ke dan entah apa lagi nama rokok yang aku tak tahu tu, tapi hanya rokok daun. Dan rokok daun tu memang takkan lepas dari mulut dia.

  Aku tengok Adam sambut juga huluran Tok ki. Sebaik sahaja rokok yang di letak dibibir, mata dia bertaut dengan aku.

  "Nur, gi la buat air dapur tu. Tadi rasanyo Mok Long ada ata popia, acu tengok atas meja tu." Nur tu memang panggilan khas untuk Tok ki. Dia tak boleh panggil aku Eve katanya berbelit lidah.

  Aku bangun dan mula melangkah ke dapur. Setiap kali datang rumah Tok ki memang aku dah biasa buat air sendiri sebab kat rumah ni tinggal Tok ki je. Moyang aku yang perempuan tu dah tak ada. Aku tak pernah jumpa pun.

Evelyn Nur QaisaraWhere stories live. Discover now