In this chapter Eve dapat tahu satu rahsia which make her totally speechless. Nak tahu rahsia apa? Keep on reading.
And yeah don't forget to hit the ⭐️below. And comment down below so I'll get motivated to write more. ☺️
And I almost forget, please do ignore my spelling error. Because I'm kindda malas nak edit detail sangat. So ada a few words tu misspell. But if korang rajin boleh la commentkan so that I acknowledge.
Happy reading guys! Lavh ya!
🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼
Setelah selesai makan malam, aku tolong mama basuhkan pinggan. Papa pula dah ke ruang tamu tengok berita la masa ni. Mama entah ke mana. Selesai basuh pinggan aku lap meja.
"Babah mana mama?" Aku melabuhkan duduk di sofa di tepi babah.
"Mama kamu rasanya keluar tadi. Cuba tengok tepi kolam ikan. Biasanya ada saja dekat situ."
Selipar aku sarung ke kaki dan mula menapak ke arah kolam ikan. Dari jauh aku dah nampak mama duduk termenung merenung kolam ikan. Ada apa la yang menarik sangat dengan kolam ikan tu.
Tiba-tiba datang idea nakal nak usik mama. Hehe. Aku berjingkit perlahan kalau boleh tak nak bagi dengar langsung bunyi derap kaki.
"Haaaaa! Tengok apa tu!" Aku sergah mama dari belakang.
"Aduh mak kau! Menantu aku handsome!" Aku gelak nak pecah perut. Haila mama, menantu mana pula dah la yang handsome ni.
Aku duduk sebelah mama sambil peluk bahu mama dan kepala aku sandarkan dibahunya. Bila lagi nak bermanja dengan mama. Nasib baik maira tu dekat asrama kalau tak aku dengan dia mesti gaduh nak berebut bahu mama.
Mama seperti biasa akan usap kepala aku lembut. "Eve, mama ada benda nak bagitahu Eve."
"Haah, Eve lupa pula. Eve balik ni pun kan sebab nak bincang something dengan mama."
"Eve rasa Adam tu handsome tak?" kata nak bincang ni dah masuk benda lain pula mama ni.
"Humm... handsome la juga. Kenapa tanya?" Bagi aku handsome la, tinggi, hidung mancung, mata grey ala-ala mat saleh. Agaknya Adam ni kacukan la kut.
"Kalau mama nak Adam jadi menantu mama boleh?" mama pandang aku.
"Menantu. Mama ada tiga orng anak perempuan ni untuk yang mana satu ni.?"
"Untuk anak yang depan mama ni lah." Aku senyap. Anak yang depan mama? Okay nak fikir kejap.
"Untuk Eve la."
"Untuk Eve?" jari telunjuk aku menunding kepada diri sendiri.
"Yup."
Aku tak tahu nak buat reaksi apa, hanya mampu gelak. Mama buat lawak aja ni.
"Kenapa gelak?"
"Sebab mama buat lawak la."
"Bila masa mama buat lawak pula, mama serius." Intonasi mama memang betul-betul serius.
Aku telan liur. Betul ke ni?
"Mama, Eve kan baru sahaja kerja tak sampai setahun pun lagi. Biarlah Eve kerja dulu, biar Eve rasa stable sikit baru Eve fikir pasal nikah kahwin ni semua. Lagipun Evekan muda lagi." Aku memang tak terlintas langsung nak kahwin. Aku 22 tahun je pun baru. Baru nak menikmati zaman solo.
YOU ARE READING
Evelyn Nur Qaisara
RomanceSelama ni kau crushkan orang. Tapi sekali bila orang crushkan kau dan masuk meminang terus kau rasa? EVELYN NUR QAISARA. Istilah couple tidak pernah wujud dalam hidupnya. Tapi siapa sangka Adam Haikal muncul dalam hidupnya tanpa diduga. ADAM HAIKAL...