Majlis dah habis dari petang tadi tapi baru sekarang baru boleh jejak kaki masuk bilik. Dah pukul sembilan sekarang, badan dah lenguh habis. Aku regangkan tangan habis berdetup bunyi tulang temulang. Adam pula, masih tak nampak batang hidung.
Aku tengok sekeliling bilik ni, honemoon suite yang mummy Adam bookkan untuk kami. Atas katil penuh dengan kelopak bunga rose merah dan ada dua ekor angsa putih di atas katil.
Bilik air aku tuju, cepat-cepat ambil wuduk selesaikan hutang dengan pencipta dan boleh aku terus tidur. Baju nasib baik petang tadi dah tukar kepada evening dress yang lebih simple dan senang untuk dipakai dan dilucutkan.
Baju? Baru aku perasan yang aku belum ambil baju kat luar. Nasib baik ada robe dalam bilik air ni. Tapi atas lutut juga lah. Keluar sahaja dari bilik air, nasib baik Adam tak ada lagi. Puas aku geledah wardrobe daam bilik tu tapi satu baju pun tak ada. Yang peliknya pencuci muka dan barangan penjagaan diri yang lain semua dah ada dalam bilik air. Lagi pun, mummy cakap tadi Sis Maria dah pindahkan semua barang aku ke bilik ni. Haih.
Bunyi pintu dibuka, membuat aku kali ke belakang. Alamak! Dia dah balik la pula. Mata aku bertembung dengannya.
Terus dia tengok aku atas bawah macam tak pernah tengok manusia, yela kot selama aku kongsi bilik dengan dia mana ada aku pakai tak senonoh macam ni, selalu seluar panjang dengan t-shirt pun lengan panjang.
Aku pula bagai terpaku tak tahu nak buat apa kat situ.
"Ehem! Ehem!" Aku hanya tersedar bila Adam berdehem kuat.
"Ambil wuduk kita solat Isyak sama-sama." Tanpa menunggu lama aku terus masuk ke bilik air.
Selesai ambil wuduk lama juga aku bertapa dalam bilik air. Nak keluar ke tak, sebab aku hanya pakai robe tadi. Aku syak ni mesti plan mummy. Takkan dia nak biarkan aku tidur dalam robe ni kut.
"Sayang, lama lagi ke?" Bersama ketukan di pintu. Ikutkan hati nak je aku tidur dalam bilik air ni, nampak pun macam selesa je huhu, tapi apakan daya solat isyak pun belum lagi.
"Ye kejap dah nak siap ni."
Keluar aja aku terus menonong jalan tak tengok muka Adam pun. Pakai sahaja telekung terus sejadah aku bentangkan untuk aku dan juga Adam.
Selesai sahaja solat Isyak, aku jadi patung atas sejadah.
"Sayang ni dah kenapa? Nak tidur atas sejadah ke, mummy susah book kan honeymoon suite untuk kita meh la join abang sini." Sambil menepuk-nepuk katil yang sememangnya empuk itu. Landing je confirm lelap sekarang ni, letih tak terucap.
Tapi macam mana kalau aku buka telekung nanti mesti dia ingat aku buang tebiat tidur dengan robe hotel je.
"Tak apa la awak tidur la dulu, saya ada benda nak kena buat." Fon aku capai dan duduk di sofa menghadap ke luar. Putrajaya tersergam indah di luar. Mata aku dah semakin berat.
"Nak buat apa lagi sayang malam-malam ni. Meh la tidur. Malam ni abang janji tak ganggu. But I won't promise tomorrow." Lengkap dengan pakej senyuman gatal.
"Awak tidur la dulu, kejap lagi saya naik tidur." Dia angkat bahu dan tak lama selepas tu dengkuran halus mula kedengaran.
Aku dah berapa kali tahan kuap. Tengok badan sendiri, haish mummy mummy saja je kan tak tinggalkan baju tidur dalam bilik ni. Sedar tak sedar aku terlelap atas sofa dengan bertelekung siap.
"Sayang bangun dah subuh dah ni." Aku bangun dengan terpisat-pisat. Cuba nak ingat balik aku kat mana sekarang. Bahu rasa lenguh gila.
"Ni dah kenapa tidur atas sofa, katil tu bukan main empuk lagi. Dengan telekung sekali." Oh, patutlah aku rasa lenguh semacam je.
YOU ARE READING
Evelyn Nur Qaisara
RomanceSelama ni kau crushkan orang. Tapi sekali bila orang crushkan kau dan masuk meminang terus kau rasa? EVELYN NUR QAISARA. Istilah couple tidak pernah wujud dalam hidupnya. Tapi siapa sangka Adam Haikal muncul dalam hidupnya tanpa diduga. ADAM HAIKAL...