Bab 9 💐

1.4K 43 0
                                    

Soft jeans warna hitam dan stripped blouse warna biru putih dari Top Shop aku sarung ke tubuh. duCk scarf matte satin silk in colour sugar icing aku pin kemas. Malam ni nak bawa mama pergi makan Seoul Garden. Aku pun dah lama tak makan steamboat ni.

Aku capai kunci kereta dari penyangkut dan bergerak mula berjalan ke arah pintu.

"Eve tak payah drive la, Adam datang ambil." Mama dan babah tidak bergerak dari sofa.


"La, kenapa dia join sekali?" Tak puas hati betul. Aku rasa mama selalu lebihkan Adam dari aku sekarang. Macam la Adam tu anak dia.

"Habis tu, kamu nak suruh kami naik kereta kecil kamu tu?" Babah pula mencelah.

"Apa salahnya, kat belakang tu ada seat apa muat aja."

"Tapi kalau naik kereta Adam kan selesa." Mama pula bersuara. Bila aku tahu sahaja Adam akan join kitaorang dinner terus tak ada mood.

Aku berjalan ke arah sofa di tempat mama dan babah duduk dan menghempaskan tubuh di situ.

Sementara tunggu Adam scroll fon dulu.

Beep!Beep!

-01483746473

-Can't wait to see you tonight 😉

Errr... Dia ni lagi. Aku tak save lagi number fon dia. Malas ah. Kalau aku save dia boleh tengok profile aku.

Dalam kereta aku biarkan saja Adam, mama dan babah berborak. aku hanya memilih untuk diam. Malas nak masuk campur 'keluarga bahagia' baru ni.

"Kita nak pilih soup apa ni ye?" Aku tahu Adam tanya aku, tapi aku saja pandang kelain.

"Eve, sayang." Terus aku jeling dia.

"Abang tanya, buat bodoh aje kan. Nampaknya hari-hari kena panggil sayang ni." Mata aku julingkan ke atas.

"Tom yum boleh?"

"Apa-apa aja." Aku jawab malas.

"Malam ni biar saya yang bayarkan ye. Sebab sebelum ni selalunya awak aja yang bayar." Segan juga selalu bila kami keluar makan dia yang bayar. Bila aku dan babah nak bayar dia masih juga berdegil nak bayar.

"Tak apa, apalah sangat nak bayar bakal isteri dan bakal mertua abang makan."

"Kalau macam tu malam ni saya bayar." Not lima puluh ringgit sebanyak empat keping aku letakkan depan caisher.

Terus sahaja dia ambil semua duit tadi dan letakkan kad platinum miliknya di atas meja.

"Take mine." Ujarnya kepada caisher tadi. Dia kemudian hulurkan duit aku tadi.

"Kalau awak belanja makan ni semata-mata nak ambil hati saya and my parents baik tak payah. Saya boleh bayar sendiri." Aku hanya biarkan huluran dia tak bersambut.

Adam hanya melihat Eve masuk ke dalam dan duduk. Orang tengah panas tak boleh nak sentuh dah nanti makin menggelegak.

Kebetulan mama dan babah dah sampai dari ladies and gents. Adam terus ajak mereka untuk masuk bersama.

Setelah selesai makan kami mula berjalan untuk ke tempat parkir kereta. Jam dah nak pukul sebelas dan kenanyakan kedai dah nak tutup.

"Eve, boleh tolong bayarkan parking tak? Abang nak pergi gents la kejap." Aku hanya mengangguk. Ada saja dia ni. Nak pergi toilet la apa la.

Dia hulurkan kertas parking dan duit. Aku hanya ambil kertas sahaja.

"Tak apa saya guna duit saya aja." Dia hanya mengangguk. Malas nak bersoal jawab panjang lebar.

"Mama dengan babah tunggu kitorang dalam kereta pun boleh, sebab takut lama sangat pula." Adam hulurkan kunci kereta dia pada babah. Sebaik sahaja menyerahkan kunci dia terus berlalu pergi.

Aku berjalan kearah auto-pay machine, nasib baik tak ramai orang.

"Eve." Baru sahaja aku nak melangkah pergi ke arah kereta, suara Adam memanggil aku dari belakang.

"Kejap."


"Awak nak cakap apa lagi." Aku dah buat muka malas nak layan

"Nah duit awak." Dia menghulurkan duit tadi pada aku. Tak habis lagi ke masalah duit ni.

" Buat apa? Kan saya dah cakap malan malam ni is on me."

"Eve jangan salah faham. Abang belanja Eve makan dengan mama dengan babah tu ikhlas. Tak ada sikit pun niat abang nak bodek your parents ke apa. Maybe abang terlepas cakap tadi. And I'm sorry." Tangan dia masih menghulurkan duit tadi. Aku tayang muka selamba.

"Kalau Eve tak ambil duit ni abang tak kisah nak tidur kat parking lot ni malam ni." Kan aku dah cakap dia ni degil.

"Yela, yela. Bosan betul." Duit di tangan dia aku ambil juga.

BARU sahaja aku nak lelapkan mata pintu bilik aku diketuk. Mesti mama ni, kalau Ana tu tak adanya nak ketuk-ketuk ni main terjah aja.

"Masuk la mama." Aku bangun dari baring ke posisi bersila atas katil.

Mama masuk dan melabuhkan punggung di atas katil

"Dah nak tidur sayang mama." Ujar mama sambil mengusap rambut aku lembut.

"Baru nak lelapkan mata saja mama." Aku senyum

"Mama ada apa-apa nak beritahu Eve ke?" Aku tahu mama seakan ingin memberitahu sesuata.

"Pasal Adam."

"Mama Eve dah bagi keputusan Eve kan haritu dan keputusan Eve tak akan berubah."

"Eve jangan buat keputusan macam tu Eve, keputusan yang terburu-buru. Ini masa depan Eve. Eve ada buat solat istikharah?" Malam ini mama betul-betul berlembut dengan aku.

"Ada... Tapi Eve tak ada rasa apa-apa."

"Sayang, petunjuk istikharah bukan sahaja boleh datang melalui mimpi sahaja, gerak hati pun dikira petunjuk."

"Tapi hati Eve tak rasa apa-apa ma."

"Mama restu sangat kalau Eve kahwin dengan Adam. Mama yakin yang Adam dapat jaga anak kesayangan mama ni macam mama jaga Eve selama ini. Mama tak pernah paksa Eve kan selama ni. Mama akan selalu sokong apa sahaja keputusan Eve. Tapi kali ni je Eve, mama harap sangat Eve terima Adam. Mama tak tahu kenapa tapi hati mama ni rasa Adam tu lah jodoh Eve. Mama dapat rasakan Eve. Naluri seorang ibu itu tak pernah salah Eve. Mungkin ini juga petunjuk untuk istikharah Eve. Mungkin, mama tu jalan untuk Allah jawab soalan Eve selama ni." kata-kata mama bagaikan meleburkan hati aku yang selama ini beku untuk menerima Adam.


Tapi ini masa hadapan aku. Pilih calon suami bukan macam pilih ikan kat pasar. Kita bukan sahaja pilih suami untuk diri kita tapi, ayah, kawan dan hero untuk anak-anak kita. Betulkah Adam itu pilihan terbaik untuk aku?

"Mama masuk bilik dulu ya Eve. Mama dah luahkan apa saja yang mama rasa, jadi lepas ni mama akan terima apa sahaja keputusan Eve."

 "Selamat malam, anak mama." Mama mengucup dahiku lantas berlalu keluar dari bilik.


Hye guys! Macam mana ni? Next part ni nak bagi Adam kahwin dengan Eve terus ke nak ada konflik sikit. Cer komen, barulah author tahu apa korang nakkan.


Happy reading. And definitely don't forget to hit the star down below and leave your comment. Kahwin ke tak ni? Tak lupa juga sharekan my story with your friends! 


Anneyong! ❤️

Evelyn Nur QaisaraWhere stories live. Discover now