Akhirnya, setelah lima puluh minit perjalanan aku dari KLIA 2 sampai juga aku ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Wahhh, rindunya rumah. Mama cakap hari ni babah tak boleh datang ambil sebab kerja. Jumaat pun kerja ke? Kalau Kelantan cuti jumaat dengan sabtu. Tapi mama cakap ada orang lain yang akan jemput aku. Siapa entah. Tapi mama cakap dia kenal aku.
Aku tengok kiri kanan. Tak ada muka familiar pun. Sepupu aku ke, sedara aku ke.
"Eve." Satu suara dari belakang menyapa telinga aku.
Lelaki ni? Bukan ke dia naik flight sekali dengan aku tadi? Macam mana dia boleh tahu nama aku? Aku cuba selongkar kotak memori aku, kut-kut lah dia ni aku pernah kenal zaman sekolah ke apa ke? Tapi, tak ada.
"Yes? Sorry, but do I know you?" serious aku tak ingat langsung sapa dia ni.
"You may not know me, but I know you, very well." dia dah tayang dia punya charming smile. Alahai. He know me? Very well? Why this guy is... scary?
"Ha?"Aku sengih tak ikhlas.
"Your mum suruh saya pick up awak dari airport."
"My mum?" Aku blur. Boleh ke percaya mamat ni? Muka memang la tak macam penjahat, penculik ke perogol ke. Nauzubillah. Tapi sekarang ni sesiapa pun kita tak boleh senang-senang nak percaya.
"Tapi saya tak kenal awak."
Dia senyum dan buka fon dia. Nak buat apa pula ni.
"Nah, read this." Dia tunjukkan telefon dia.
Eve ni mama, nanti Adam yang akan ambil Eve. Don't worry I know him.
Aku tengok no fon, betul memang mama! Komplot apakah ini?
"So, shall we?"
"Ha? Haah... Ok..." Speechless kejap aku dengan mama.
Seorang lelaki kemudian datang menghampiri Adam. Mereka berbual seketika sebelum lelaki tersebut menghulurkan kunci kereta.
Adam kemudiannya meneruskan langkah. Aku hanya mengekori dia setelah dia menggamit aku agar mengikutnya. Dia berhenti di sebelah Audi TT. Audi TT. Seriously? Kereta favourite aku ni. Hari ni dapat la merasa naik Audi. Sorry for my kejakunan kejap. Haha.
"Meh luggage, saya letakkan dalam but." Luggage warna babby pink itu aku sorongkan kepadanya. Luggage aku meang gegirl sikit.
"Jom." Dia buka pintu kereta sebelah pemandu untuk aku.
Alahai, kenapa nak acah sweet pula dengan aku ni. Dah la handsome, gigit kang. Haha. Gatai noh.
Suasana dalam kereta sunyi sepi. Aku berdehem untuk menghilangkan rasa janggal. Serious awkward. Radio pun tak buka. Dia ni memang tak nak buka radio ke?
Macam tahu-tahu je apa yang aku cakap dalam hati dia terus buka radio. "Awak satu flight dengan saya tadikan?" they said curiosity kills the cat, even I'm not a cat aku tak boleh tahan rasa ingin tahu tu.
"Yeah. how can you recognise me out of hundreds people in the plane?" Alahai mamat ni dari tadi speaking je. Memang tak reti nak cakap melayu ke. Memang la muka aku ni ada iras mat saleh tapi aku boleh cakap melayu dan aku orang melayu.
"Tak, sebab awak sorang pelik, with your suit and tie macam orang nak pergi meeting." aku ni kadang-kadang memang straight foward sikit. Lantaklah.
Dia gelak. Apa yang lucu pun aku tak tahu. "Saya bukan nak attend meeting tapi baru balik dari meeting. Terus rush ke airport that's way tak sempat nak tukar baju."
Aku pandang tepi. Kot dia dah letak kat kerusi belakang. Kemeja dah dilipat ke siku, tie dah separuh terbuka.Mata dia... Mata dia pelik sikit. Bukan hitam, bukan coklat macam orang melayu biasa ni, mata dia seakan kelabu sikit. Tapi nampak.. sexy. Hidung mancung, bibir merah, kulit pun putih. Pakej lengkap betul Adam ni. Kalau lah dapat suami macam dia.
"Why you keep staring me? Am I damn handsome?" Dia dah gelak. Mengejek.
Aduh tertangkap merenung anak teruna orang! Aku rasa pipi aku dah memerah.
"Macam mana awak boleh kenal mama?" saja nak alih topik.
"Sebab saya kenal awak."
"Awak kenal saya? Macam mana awak boleh kenal saya? Tapi saya tak kenal awak. Ke kita pernah jumpa kat mana-mana sebelum ni?" bertubi-tubi soalan dari aku.
Dia senyum. "Kita pernah jumpa. Tapi mungkin awak tak cam saya." Kat mana aku pernah jumpa dia ni? Dan mama boleh pula percayakan dia ni untuk ambil aku kat airport. Misteri betul la dia ni.
"Awak orang kelantan juga ye?" mestila orang kelantan kan. Sebab tu balik sini. Tapi mustahil je kalau dia datang sini sebab meeting ke apa ke.
"Tak. Saya tinggal kat putrajaya. Tapi my parents stay dekat Gombak."
"Ouh, jadi awak datang sini sebab apa?"
"Sebab awak." Dia toleh ke arah aku sekejap.
"Ha?" tersentak kejap. Aku ke yang silap dengar.
"Sebab saya ada urusan kat sini kejap." Dia tenang memandu.
Kenapa aku dengar lain tadi. Hummm...
"Kita drive-thru Mc'D kejap ye. Tiba-tiba dahaga pula." Dia dah belok kanan. Nasib baik ada Mc'd area airport ni.
"Ok."
"Kenapa awak macam familiar aje dengan jalan dekat kelantan ni?" Pelik pula aku dia kata bukan orang sini tapi gaya dia drive macam dah biasa dengan jalan kat sini. Kalau aku drive pun kena guna waze kut. Aku bab ingat jalan ni fail sikit.
"Saya pernah tinggal kat sini dua tahun lebih. Lepas saya form 5 saya stay dekat Kelantan dengan Pak Su. Kerja kat sini kejap. Pak Su kerja dekat USM masa tu. Jadi lecturer dekat sana." Aku angguk perlahan.
"Maksudnya awak sekolah kat sini ke dua tahun tu?" Aku rasa aku terlampau banyak tanya pula harini.
"Haah. Lepas ni awak mesti nak tanya sekolah kat mana kan? Jadi sebelum awak tanya saya jawab dulu. Saya sekolah MRSM Pengkalan Chepa."
Errr... dia ni macam tahu-tahu je.
"Awak ada nak order apa-apa." Tanya Adam apabila kami sampai di drive-thru Mc'Donald.
"Tak apalah, saya dah kenyang." Dah nak masuk lunch hour. Nanti sampai kat rumah mama mesti dah masak siap-siap.
Dia order Mc Flurry dengan coffee ice. Nak drive pun sempat ke nak makan ais-krim. Tapi sedap la pula, ish menyesal tak order.
"Nah." Dia hulur Mc Flurry Oreo. Aku angkat kening.
"Saya memang beli untuk awak. Makan ais-krim ni tak mengenyangkan. Jangan risau." Akhirnya aku capai juga bekas Mc Flurry tu. Dah memang tengah terliur. Tapi kenapa dia ni macam boleh baca semua yang ada dalam fikiran aku. Macam kuat la pula chemistry aku dengan dia. Eh, Eh, Eve kau dah tersuka dengan sengaja ke dengan mamat ni.
Aku geleng kepala cepat-cepat. Terus sesudu ais krim oreo aku suap ke mulut.
"Kenapa geleng-geleng. Awak tak suka eh ais krim tu?"
Eh, dia perasan ke aku geleng? Bukan ke aku geleng dalam hati aja ke.
"Eh, tak ada apa-apa. Saya suka je Mc Flurry ni. Memang favourite." Aduh dah berapa kali aku malukan diri sendiri depan dia ni.
Sebal dengan diri sendiri aku memilih untuk diam dan layan lagu di radio sambiltangan tak henti menyuap ais krim ke mulut.
YOU ARE READING
Evelyn Nur Qaisara
RomanceSelama ni kau crushkan orang. Tapi sekali bila orang crushkan kau dan masuk meminang terus kau rasa? EVELYN NUR QAISARA. Istilah couple tidak pernah wujud dalam hidupnya. Tapi siapa sangka Adam Haikal muncul dalam hidupnya tanpa diduga. ADAM HAIKAL...