HELLO readers! Eh ada readers ke tak ni. Haha. Ok, for this chapter I warn you yang it will be quit long but I promise that it worth reading for. Sebab ada scene Adam dah mula nak approch Eve! Hehe.
I know mesti semua tak sabar nk tengok diorang kahwin kan. So, tunggu nanti a few chapter lagi InsyaAllah la kahwin la diorang. Kalau dah jodoh tak mana. Bukan gitu. Haha.
Ok, happy reading. Hope korang sudi vote my story if you love it. It super duper easy just hit the ⭐️ below! And also comment down below. I would really appriciate it. Love ya!
🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼🙆🏼
Sampai sahaja rumah, aku tengok mama sedang menyiram bunga kesayangan dia dekat laman.
"Assalamualaikum mama!" Aku meluru peluk mama. Rindu sangat!
"Rindu mama." Aku rasa tak nak lepas mama.
"Ye, mama pun rindu Eve." seperti biasa kalau aku peluk mama, dia akan usap kepala aku lembut.
"Dah jom kita naik, ajak Adam sekali." Jumpa mama punya pasal aku lupa ada makhluk bernama Adam bersama.
Mama dah menonong masuk. Ish, mama yang kenal dengan Adam ni. mama la yang patut jemput masuk ni suruh aku pula. Alahai mama.
"Err... jemput lah masuk" Dia angguk perlahan sambil melangkah masuk.
Mana mama ni? Kat ruang tamu tak ada.Mesti kat dapur. "Awak duduk dulu ye. Saya nak pergi dapur jap tengok mama." segan la aku nak duduk berdua dengan dia kat ruang tamu. Kalau kenal tak apa la.
"Wah mama dah siap masak." Aku dah agak pun mama dah siap masak. Sebelum aku balik haritu lagi dah pesan kat mama nak makan asam pedas ikan patin. My favourite.
"Sedapnya mama. Meh, Eve tolong." Aku cuba ambil mangkuk yang telah berisi ikan patin itu.
"Eh, tak payah la. Pergi luar tu. Layan tetamu. Tak elok biar Adam sesorang kat luar." mama cepat-cepat ambil mangkuk tu dan letakkan atas meja makan.
"Mama la pergi luar. Eve tak kenal la dia, tak biasa. Seganlah." ada ke mama suruh aku duduk dengan dia kat luar, tak mahu aku.
"Eh, eh, degil betul anak mama ni. Sekarang ni memang la tak kenal. Tapi dari sekarang la kena mula kenal." Kenapa nak mula kenal? Ouh, Adam ni bakal abang ipar aku la kut. Haritu Kak Long ada cakap dia nak kenalkan family kitorang dengan 'kawan' dia.
"Oh, Adam ni bakal abang ipar Eve eh? Wah, pandai juga Kak Long carikan? Handsome. Haha." Walau pun mama melarang aku ambil gelas dan isikan dengan ais. Lepas tu, jus epal dalam kotak aku capai dan tuang dalam setiap gelas.
"Bukan bakal abang ipar kamu. Tapi bakal menantu mama." Bakal menantu mama. Mama hanya ada tiga orang anak perempuan, Kak Long, aku dan Maira. Takkan lah untuk Maira? Maira sekolah lagi kut. Tengah SPM tahun ni. Lepas tu untuk sapa? Untuk aku? Memang tak la kan.
"Haha. Mama ni boleh pula buat lawak." mama hanya senyum dan gelengkan kepala.
Bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah, tu mesti babah. "Ha, tu babah kamu dah balik tu. Elok sangat la tu, boleh makan sekali."
"Eve, panggilkan Adam dengan babah makan."
BABAH nampak mesra dengan Adam. Cara borak macam dah kenal setahun.
"Adam, tambah la nasi lagi. Ni mama kamu masak ikan patin ni special sebabkan Eve balik." Aku jeling babah. Mama? Adam panggil mama as mama? What is going on here. Sejak bila mama ada anak baru dan sejak bila aku ada abang baru?
YOU ARE READING
Evelyn Nur Qaisara
RomanceSelama ni kau crushkan orang. Tapi sekali bila orang crushkan kau dan masuk meminang terus kau rasa? EVELYN NUR QAISARA. Istilah couple tidak pernah wujud dalam hidupnya. Tapi siapa sangka Adam Haikal muncul dalam hidupnya tanpa diduga. ADAM HAIKAL...