Part 2

3.1K 54 0
                                    

BULAT mata Nuria memandangku. Aku tahu dia tak setuju dengan permintaanku. Dia setuju atau tidak, aku tetap tekad dengan langkah yang bakal kupilih.

"Dah dekat setahun, Lees. Aku ingat kau dah lupa..."

"Lupa?!" potongku kasar.

Mana mungkin aku lupa. Segalanya masih terlalu segar di ingatan. Bayangan daddy yang terlantar lemah di katil hospital sentiasa menghantui setiap mimpi ngeriku.

Tanah kubur daddy masih merah bagiku. Selagi kesumat di hati tidak dilangsaikan, selagi itu roh daddy takkan aman. Dan aku tentunya akan terus dibelit rasa bersalah.

"Aku tak pernah lupa."

"Kenapa baru sekarang?"

"Aku tak nak mummy aku risau."

"Sebab tu kau habiskan study kau dulu?"

Aku sekadar mengangguk lemah. Tak perlu menjelaskan apa-apa. Nuria bijak meneka. Terletus keluhan dari bibir itu.

"Kalau aku tak tolong kau... kau tetap akan teruskan rancangan kau, kan?" duganya.

Aku tersenyum sinis. Tiada siapa dapat menghalang langkahku. Selagi lelaki itu tidak diheret ke muka pengadilan, selagi itu aku takkan mengalah.

Nuria mengeluh berat. Dia meraup wajah berkali-kali. Tidak setuju dengan rancanganku. Tidak juga mahu membiarkan sahabat baiknya sendirian berjuang.

"Fine. Aku tolong kau. Kau jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri pulak. Inform aku dulu," tingkah Nuria tegas.

Aku tersenyum nipis. Terharu dengan kesudian seorang sahabat membantuku.

"Thanks."

"Aku tak nak tengok apa-apa jadi kat kau. Jangan buat aku risau."

"Aku pandai jaga diri," balasku cuba menyedapkan hatinya.

"Kalau pandai jaga diri... tak adalah kau sibuk nak masuk kandang harimau," bidasnya geram.

Tawa sinis terlepas dari bibirku. Kandang harimau? Hampir setahun berlalu tidak bermakna aku duduk diam tanpa berbuat apa-apa.

Dalam diam aku cuba mencari segala maklumat berkaitan lelaki itu. Maklumat yang dapat kugunakan untuk jatuhkan dia dari takhtanya sekarang.

Malangnya, terlalu sedikit maklumat yang dapat ditemui tentang lelaki itu. Terlalu licik dia menyembunyikan jejak. Rekodnya bersih.

Segala tindakan lelaki itu walaupun kejam namun tetap berlandaskan undang-undang. Tidak mudah untuk dijatuhkan sekadar menggunakan maklumat dari luar.

Aku perlu melangkah sendiri ke dalam 'kandang harimau.' Mencari jejak yang boleh menjatuhkannya dari takhta.

Aku tidak gentar dibaham harimau. Demi daddy, aku sanggup terkorban. Yang penting kesumat ini dapat dilangsaikan!

PILU TanpamuWhere stories live. Discover now