Part 8

2.1K 50 4
                                    

"ALEESA." Suara garau itu bergema memanggil namaku.

Bibir itu tersenyum padaku seperti meraikan kemenangan. Kemenangan apa? Sekelip mata senyuman itu hilang. Wajah itu kembali serius. Aku salah pandang ke?

"I tahu you takkan lari."

"What?" soalku keliru. Suara lelaki itu kedengaran begitu perlahan seperti bercakap dengan diri sendiri. Aku salah dengar ke?

"Sit," arahnya.

Aku duduk tanpa banyak soal. Nadanya sudah cukup untuk menghalangku dari membantah.

"Take this," ucapnya menghulur sekeping kertas kepadaku.

Aku teragak-agak menyambut. Berkerut seketika dahiku kala membaca apa yang tertulis di atas kertas itu. Senarai tugas sebagai pembantunya.

Senarai teratas meminta aku menyediakan minuman untuknya setiap pagi dan bila-bila sahaja yang diarahkannya. Kuketap bibir menahan amarah yang tiba-tiba membara.

Aku di sini perlu melayan lelaki yang kubenci. Mana mungkin amarah itu tidak wujud. Cepat-cepat kupadamkan bara itu sebelum marak membakar.

Aku perlu banyak bersabar. Di sini aku perlu menunduk menunjukkan kesetiaan seorang pekerja. Aku perlu dapatkan kepercayaan dia.

"Coffee?" soalku dengan senyum plastik kupaksa di bibir.

Senarai kerja yang meletakkan aku dekat dengan dia namun membuat aku cukup tidak selesa. Tak pernah seumur hidup ini menggunakan tanganku membancuh minuman untuk orang lain melainkan daddy dan mummy!

"I prefer it black," balas lelaki itu senada.

Black? Sesuai benar dengan orangnya yang punya hati cukup hitam. Kejam. Lelaki yang auranya sahaja mampu menundukkan dan melemaskan sesiapa yang dekat dengannya. Hanya lelaki yang kejam punya aura sebegitu.

"Aleesa..." Suara garau itu menyeru namaku. Bergemersik umpama melodi yang indah.

Keningku bertaut sendiri. Tidak faham dengan tingkah lelaki ini. Lagaknya seperti aku dan dia bukan pertama kali bertemu.

Kenapa perlu menyeru namaku begitu? Aku dan dia tidak pernah bertemu. Jauh sekali untuk berkasih!

Dia bangun seraya melangkah ke arahku. Renungannya tajam menikam. Bagaikan aku mangsa yang takkan terlepas daripadanya.

Mangsa? Tawa sinis bergema di hati. Aku di sini sebagai pemangsa. Bukannya mangsa. Akal mula mengutuk diri. Di hadapan lelaki ini, keberanianku mudah benar mencair.

Langkahnya terhenti benar-benar di hadapanku. Begitu dekat jarak antara aku dan dia bukan aku cuba menjauhkan diri. Belum sempat aku berbuat apa-apa, arahannya bergema lagi.

"Ikut I."

Aku menurut tanpa banyak soal. Dia membukakan pintu buatku. Lagak gentleman. Aku melangkah keluar mendahuluinya.

Tidak perlu pergi jauh. Meja kerjaku betul-betul di sebelah biliknya sahaja. Semalam tiada meja kerja di sini. Hanya pasu hiasan yang memenuhi ruang. Sekelip mata hari ini bertukar menjadi tempatku bekerja.

"Your work station," ucapnya.

Aku meneliti seketika meja kerja yang disediakan untukku. Segalanya nampak baru. Lengkap dengan komputer riba baru. Begitu cepat segalanya disediakan.

"Duduk," arahnya.

Aku menurut sahaja. Ada rasa tidak enak berdetik di hati. Caranya melayanku buat aku curiga.

"Kat sini hanya I bos you. Tak ada bos lain. I will personally teach you everything. Everything, Aleesa," ucapnya dengan senyuman penuh misteri.

Aku meneguk liur yang terasa kelat. Kata-katanya seperti punya maksud mendalam. Ada makna yang tersirat di sebaliknya atau aku yang terlebih sensetif?

Naluriku menghasut aku pergi. Memberi amaran bahaya yang mendatang. Sememangnya aku dalam bahaya. Masakan tidak bila berada di kandang harimau.

PILU TanpamuWhere stories live. Discover now