Part 6

2.3K 50 6
                                    

SAAT mata tertancap pada seraut wajah milik musuhku, seluruh tubuh menjadi kaku. Tidak berani dari pintu. Tidak mampu melangkah walau setapak. Malah aku terasa ingin lari jauh dari tempat ini yang ternyata memerangkapku.

Satu kesilapan. Kesilapan yang cukup besar. Hanya itu yang bermain di kepalaku. Melangkah ke bilik ini satu kesilapan paling besar yang tak sepatutnya aku lakukan.

Aku terasa lemas. Segenap ruang bilik ini didominasi aura milik lelaki itu. Aura maskulin dan dominan yang mampu menundukkan sesiapa yang berani dekat.

Sukar untuk bernafas bebas kala renungan ibarat harimau menanti mangsanya tajam memandangku. Kuteguk liur yang terasa berpasir. Terus kaku tanpa sepatah kata yang mampu diutarakan.

"Come here," arahnya.

Kaki yang tadinya kaku kini melangkah sendiri hanya kerana diperintahkan lelaki itu. Kaki yang tadinya langsung tidak mendengar arahan pemilik sendiri untuk lari. Atau mungkin juga kerana kepala pemiliknya sudah tidak mampu berfungsi hanya kerana berdepan dengan lelaki itu.

"Have a sit," arah suara garau itu lagi seolah-olah memberikan arahan itu satu perkara biasa baginya. Dan sesiapa sahaja yang mendengar perlu menurut tanpa bantahan.

Tanpa sepatah kata aku menurut. Patuh atau lebih tepat tidak mampu mengawal tubuh sendiri. Aku melabuhkan punggung di kerusi empuk. Bibir bagai digam.

"Let me see."

Suara garau itu bergema lagi. Tangannya terhulur ke arahku buat aku keliru. Tidak faham apa yang dimahukannya. Jarak antara aku dan dia hanya dipisahkan dengan meja kerja mewah lelaki itu.

"Your file," terangnya senada. Tenang. Namun aku yang mendengar terasa dimarahi.

"Oh." Hanya itu yang terletus di bibir. Tangan laju menghulur fail yang mengandungi segala sijil dan dokumen yang ingin dilihat bakal majikan.

Mata yang tadi tepat ke arahku kini tidak lagi tertumpu padaku. Tanpa sedar aku menghela nafas lega. Dalam diam aku mentertawakan kebodohan diri.

Lelaki begini ingin kujatuhkan? Tawa sinis bergema. Hanya kedengaran di ruang hati yang terasa cukup pedih.

Dendam yang beraja di hati, mampukah kulunaskan? Mataku mencerun marah memandang wajah musuhku. Rasa benci membuak-buak. Rasa takut yang hadir tenggelam dengan kebencian yang tak mampu dikawal.

Ya, aku sepatutnya membenci. Bukan tunduk pada lelaki di hadapanku ini. Dia mungkin musuh yang sukar dijatuhkan. Tapi bukan bermakna aku patut menyerah kalah begitu sahaja.

Seraut wajah itu kurenung tajam. Sesusuk tubuh itu kutilik. Berkerut dahi sejenak. Dia lelaki tadi. Lelaki yang begitu selamba menahan pintu lif dari tertutup. Lelaki yang membuatkan aku lemas sendiri dan ingin lari.

Tak hairanlah aku dipanggil untuk bertemunya sendiri. Rupanya dia lelaki tadi dan tentu tahu akan kehadiranku untuk meminta kerja di syarikat miliknya. Namun untuk apa ingin bertemu denganku sendiri? Tertarik denganku?

Aku hampir tertawa lepas. Jawapan itu bukan tidak logik. Hanya tak masuk diakal. Lelaki seperti dia bukan lelaki buaya yang pantang melihat gadis berdahi licin. Lelaki seperti dia...

"Do you hate me, princess?" Suara itu bergema menghilangkan apa yang bermain di fikiranku. Mata itu kembali merenung tajam ke arahku. Tidak lagi pada fail di tangan.

"What?" Suara yang terlontar dari bibirku kedengaran begitu perlahan.

Kenapa soalan itu yang ditujukannya? Tiada riak benci di wajahku untuk dipertontonkan padanya. Aku tidak bodoh untuk membentangkan rasa itu di hadapannya.

"Amra Aleesa Binti Alif. Beautiful name. Beautiful."

Renungan mata yang tadinya tajam menikam kini seperti cuba menghargai kehadiran gadis cantik di hadapan mata. Harimau yang tadinya garang memerhatikan mangsa kini bertukar menjadi buaya tembaga.

Aku keliru dengan tingkahnya. Tidak faham dengan soalan yang diutarakan tadi. Dan kini pujian pula yang diberikan.

"Nama yang sama. Latar belakang yang berbeza." Tersugil senyum sinis di bibir itu.

Aku semakin keliru. Dia tahu? Tak mungkin! Aku telah meminta Abang Zi mengubah maklumat tentang hidupku. Lelaki ini tak mungkin tahu tentang aku.

Peluh sejuk mengalir di belakang tubuhku membasahi kemeja yang kupakai. Seperti orang yang berbuat salah. Renungannya menikam membuatkan jantungku hampir melompat keluar.

Bahaya. Lelaki ini cukup bahaya. Rasa takut meresap ke seluruh urat nadi. Tanganku terasa sejuk. Bagaikan dia tahu niat aku di sini. Seolah-olah dia mengenaliku.

Aku tak faham. Sungguh-sungguh keliru. Aku perlu pergi dari sini. Aku tak mampu menang berdepan dengan lelaki seperti dia. Aku perlu lari!

Seperti tahu apa yang bermain di fikiranku, lelaki itu bingkas bangun lalu merapatkan jurang di antara aku dan dia. Nafasku terasa tersekat di kerongkong.

Kaki yang ingin lari seperti tidak punya tenaga untuk pergi jauh. Aku terus statik di kerusi. Menunduk ke lantai. Tidak berani memandang lelaki yang begitu dekat denganku ketika ini.

"You tak punya pengalaman untuk jawatan ni. I can't offer you this position."

Suara garau itu bergema begitu rapat di telingaku membuat dadaku merusuh hebat. Aku menelan liur berkali-kali. Wajahku terasa berbahang.

Ditolak? Ya, aku memang tidak punya pengalaman bekerja. Baru sahaja menamatkan pelajaran. Tak pernah bekerja.

Lebih baik begini. Aku tidak perlu bekerja di sini. Terlalu bahaya untuk terus berada di kandang harimau yang bila-bila sahaja akan menerkam mangsanya. Aku tidak sanggup terkorban di tangan dia.

"I... I will..."

"But I can offer you another position."

Kata-kataku dengan mudah dicantas dia. Malah niatku untuk pergi juga dihalang dengan nada yang membuatku tidak mampu menolak.

"Another position?" soalku lemah.

"You can be my personal assistant. I will teach you personally. Peluang untuk you cari pengalaman. Banyak you boleh belajar kat sini."

Personal assistant? Dia sanggup mengajarku? Aku tak datang ke sini untuk belajar. Aku di sini demi dendam yang belum langsai. Dan berada dekat dengannya memungkinkan aku melunaskan hutang di antara aku dan dia.

Soalnya sekarang, mampukah aku menentang dia? Berada dekat begini sudah cukup untuk melemahkan aku.

Baru pertama kali bertemu aku sudah terasa kalah. Lagikan mahu hari-hari bersama dengan dia.

"You boleh mula kerja esok. Meet me here at 9. Morning," tuturnya tidak memberi ruang untuk aku menolak.

"I..."

"See you tomorrow," ucapnya bersahaja. Bagai yakin aku akan muncul esok.

Fikiranku berkecamuk saat ini. Perlahan-lahan aku bangun meninggalkan lelaki itu. Tiada janji yang terungkap di bibir. Dan lelaki itu tak perlukan jawapan.

Aku berjaya mendapat tempat di syarikat ini. Malah jawatan yang ditawarkan memberikan aku akses mudah untuk mengatur rancangan seterusnya.

Matlamatku tercapai. Malangnya tekadku sudah digoyahkan musuh. Jalan di hadapan terasa kabur. Tidak tahu ke mana hala tuju untuk dipilih. Maju atau mundur?

PILU TanpamuWhere stories live. Discover now