EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
TANAH MERAH! Tanah merah yang basah dengan air mawar itu menyembunyikan jasad insan yang amat kusayang. Insan yang cukup dekat di hatiku.Bibir terus bergetar kala mata menatap tanah merah yang memisahkan aku selama-lamanya dengan insan yang mencorakkan hidupku selama ini. Realiti ternyata terlalu pahit untuk dihadap.
Satu saat aku hidup di atas dulang emas. Ditatang dan dimanja tanpa perlu risau tentang apa-apa. Sekelip mata dulang itu lebur tanpa sebarang sisa. Hilang. Pergi selama-lamanya.
"Daddy..." Suara terasa serak. Terlalu banyak tangisan menghilangkan suara. Raungan meratapi kehilangan insan yang terlalu berharga.
Air mata gugur lagi. Seluruh tubuh terasa lemah tidak berdaya. Ingin kusembamkan wajah di tanah merah itu cuba menghilangkan lara di hati.
Realiti ini terlalu pahit untuk ditelan. Mimpi ngeri yang tak mampu kuhalau pergi dengan sinar mentari. Mimpi ngeri yang pasti menghantui hari-hari menanti.
Sentuhan lembut di bahu buat esakanku bergema tanpa mampu kutahan. Tangan lembut itu menarikku ke dadanya. Memujuk hati yang walang.
Air mataku diseka jemari lembut itu. Ubun-ubunku dicium kasih.
"Jangan macam ni, sayang. Anak mummy kena kuat." Suara itu lembut namun tetap terasa ketegasannya.
"Daddy dah tak ada."
"Mummy masih ada. Mummy ada." Suara lembut itu terus memujuk menenangkan.
"Daddy..."
"Tak baik menangis macam ni. Lees kena kuat. Kalau daddy tau Lees macam ni... mesti daddy sedih."
Aku mengetap bibir menahan hiba yang masih kuat mencengkam hati. Tidak mahu terus menangis.
Benar. Aku perlu kuat. Bukan lemah begini. Pemergian daddy perlu diadili. Tak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Perlahan-lahan kukesat air mata yang masih bersisa. Aku meleraikan rangkulan mummy. Duduk tegak memerhatikan tanah merah di hadapan mata.
"Daddy," seruku penuh azam.
Amarah yang tersimpan kini mula menguasai dada. Amarah yang pasti membakar dia yang menyebabkan perpisahan ini berlaku.
"Lees takkan lepaskan dia!" ucapku berjanji. Janji yang pasti kutunaikan. Janji yang akan mengheret dia yang bertanggungjawab menghancurkan segalanya.
YOU ARE READING
PILU Tanpamu
RomanceAmra Aleesa, puteri yang ditatang di atas dulang emas. Hidup dalam kemewahan. Tak pernah merasa susah. Permergian Dato' Alif tak mudah untuk diterima. Lalu kesumat mula beraja di hati. Pemergian insan tersayang akan dibela. Takkan dibiarkan begitu s...