Part 10

2K 45 3
                                    

FOKUS. Helaian demi helaian dokumen di tangan kuteliti. Ketika kembali ke meja kerja, selambak dokumen sudah terletak elok di atas meja. Satu nota arahan ditinggalkan.

Read me, princess!

Dokumen yang meninggi itu cuba kuhadam sedikit sebanyak. Kebanyakannya maklumat tentang projek lepas. Mungkin lelaki itu mahu aku belajar sendiri sebelum dia memberi arahan seterusnya. Dia pula hilang entah ke mana. Tiada di bilik.

Lagi bagus begitu. Aku terus tenggelam mencerna setiap maklumat yang mungkin berguna untuk perancanganku. Tidak sedar masa berlalu begitu pantas.

"Ikut I."

Arahan yang bergema tiba-tiba itu membuat aku terdiam lama. Entah sejak bila lelaki itu berada di sebelahku. Terlalu asyik menelaah!

"Ikut I, princess," ulangnya dengan selamba merampas dokumen di tanganku lalu diletakkan di atas meja. Terlalu selamba!

"You... I..."

Melihat aku masih kaku di meja kerja, lenganku disambarnya tanpa sebarang amaran. Lalu aku ditarik agar mengikut langkahnya. Bulat mataku dengan layanan yang kukira melampau.

Siapa dia mahu menyentuhku sesuka hati begini?! Malangnya suaraku tersekat di kerongkong tidak mampu menyatakan protes. Hanya mampu patuh mengikut langkahnya.

Aku menelan liur yang terasa berpasir kala mata-mata staf lain bulat memandang tingkah aku dan dia. Sesiapa yang melihat pasti menyangka bos besar memberi layanan istimewa pada pekerja baru.

Jemari yang melekap di lenganku tidak nampak kasar seperti memaksa. Sebaliknya kelihatan begitu intim membawaku pergi. Lagak sepasang kekasih yang tidak mahu berpisah. Hakikatnya, cengkaman itu cukup kejap.

Wajahku terasa panas saat ini menjadi perhatian mata-mata yang memandang. Amarah mula membara. Bengang dengan sikap lelaki yang tidak mudah ditebak. Tingkah yang terlalu mengelirukan.

"You... kita... nak ke mana?" Akhirnya terlontar juga soalan itu dari kerongkongku.

"Lunch," balasnya selamba.

Bertaut keningku mendengar jawapan itu. Hanya alasan itu sudah cukup untuk mengheretku begini? Apa dia ingat lenganku harta dia?!

"Encik Khaliq... lengan I..."

Kata-kata itu tak mampu kuteruskan saat matanya merenung ke dalam mata hitamku seperti cuba tembus ke ruang hati yang paling dalam. Ingin menebak dan membongkar apa yang tersirat di situ.

Dia meneruskan langkah ke arah lif. Sekejapan aku dan dia sudah berada di dalam perut lif. Berdua. Tanpa sesiapa.

"Mulai hari ni, ke mana pun I pergi... you akan ikut I. You're my assistant." Nada diktaktornya bergema begitu dekat di telingaku.

Ke mana sahaja? Permintaan yang tak munasabah. Tapi memang benar aku pembantunya. Pekerja yang paling dekat dengannya. Namun arahannya itu sukar untukku turuti!

PILU TanpamuWhere stories live. Discover now