Part 12

2K 38 0
                                    

"THIS is?" Sepasang mata hazel milik lelaki berkemeja hitam melekap di wajahku penuh tanda tanya.

​"My princess," balas Khaliq bersahaja.

​"Yours?" Terlorek senyuman di bibir lelaki bermata hazel dengan jawapan yang diberikan.

​"What do you think?" Soalan dibalas dengan soalan. Yang pasti menimbulkan kekeliruan.

​Tiada balasan dari bibir lelaki bermata hazel itu. Hanya sepasang mata yang terus melekap di wajahku menilik mencari jawapan. Jawapan yang aku sendiri tidak pasti.

​"Aleesa. PA Encik Khaliq," tuturku kekok. Kupasak senyum di bibir cuba menutup situasi yang mengelirukan. 

​"PA?" Senyum sinis tersugil di bibir itu. Matanya kini terarah pada Khaliq yang tidak berubah riak.
​Dari interaksi antara kedua lelaki tinggi lampai di hadapanku ini dapat kutebak hubungan yang terjalin bukan sahaja melibatkan perniagaan semata-mata. Persahabatan termaktub di sini.

​"Dafi," ucap lelaki bermata hazel itu seraya menghulurkan tangan salam perkenalan.

​Belum sempat aku menyambut huluran tangan itu, jemariku lebih dahulu ditangkap Khaliq. Kemas di dalam genggamannya. Menghalang aku menyambut tangan lelaki lain.

​Berkali-kali aku menelan liur yang terasa berpasir. Kenapa dia begitu selamba? Jemariku bukan hak milik dia!

​Dafi tertawa sinis melihat reaksi sahabatnya. Tergeleng-geleng bagai tidak percaya. Matanya bersinar galak melihat tangan yang menggenggam jemariku penuh makna.

​"Aku tunggu kad dari kau," balasnya mengusap dagu berjanggut sejemput.

​"Tak lama."

​"Confident betul," komen Dafi.

​"Bila aku dah suka... tak semudah tu aku nak lepaskan."

​"Itu dah semestinya," balas Dafi senada seraya menggamit aku dan Khaliq mengikut langkahnya menuju ke bilik mesyuarat.

​Jemari yang masih di dalam genggaman Khaliq kurentap. Gagal. Tidak selesa dengan tingkahnya. Matanya melirik padaku.

Senyuman sinis berbunga di bibir itu. Kemudian dia meleraikan genggamannya terus melangkah membuntuti Dafi.

​Caranya, tingkahnya dan bicaranya cukup untuk membuatku salah faham. Dia sukakan aku? Logiknya di mana?

Buaya tembaga! Karakter itu tidak sesuai untuk lelaki sepertinya. Lelaki yang sukar untuk didekati. Punya aura yang berbahaya menghalang gadis untuk dekat walau karismanya cukup untuk membuat ramai gadis bermimpi dipilih lelaki itu.

Aku menghela nafas berat. Cuba membuang kekusutan fikiran tentang tingkah lelaki itu. Lebih baik fokus pada mesyuarat yang akan memberi maklumat lebih bermakna untukku.

Aku mengambil tempat di sisi Khaliq. Tekun mendengar perbincangan di antara dia dan Dafi. Sesekali dicelah oleh eksekutif syarikat Dafi.

Aku tentunya tidak layak menyampuk. Pertama kali aku memijak bilik mesyuarat. Walaupun aku merupakan pewaris syarikat, daddy tidak pernah mengajarku tentang selok-belok syarikat.

Mungkin waktu itu belum tiba masanya. Malang sekali masa itu takkan pernah tiba. Bibir terketap menahan kepahitan yang kurasa. Emosi yang mula bergolak kutanam jauh di sudut hati.

Semuanya kerana lelaki di sisiku ini! Lelaki yang kelihatan begitu tenang membincangkan tentang projek puluhan juta bersama kliennya. Lelaki yang meluaskan empayar peniagaannya dengan menelan syarikat lain yang tidak mampu melawan.

Jemariku terkepal sendiri menahan amarah yang membara. Kutarik nafas dalam-dalam. Sukar mengawal emosi bila mengenangkan kepahitan semalam. Lagi-lagi bila berada di sisi dia!

'Berlakon, Lees. Teruskan berlakon.' Akal menyimbah air memadamkan api yang hampir marak.

'Aku akan berlakon. Selagi aku tak dapat jatuhkan dia... selagi tu lakonan aku takkan terhenti!' Bibir kupasak senyuman manis meneruskan lakonan untuk lelaki itu.

PILU TanpamuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang