Part 9

2K 49 0
                                    

"Khal," seru suara garau yang muncul entah dari mana memotong arahan Khaliq.

Aku pandang sekilas lelaki yang tiba-tiba muncul. Manis orangnya. Berkaca mata. Kelihatan peramah. Ceria.

Sekilas mataku jatuh pada wajah musuhku. Terlalu kontras dengan wajah lelaki berkaca mata yang baru muncul.

"Aku ingat kau ada meeting luar hari ni." Suara garau milik lelaki berkaca mata bergema lagi.

"Petang," balas Khaliq pendek.

"Petang? Bukan pagi?" Berkerut dahi lelaki berkaca mata itu seketika.

"Petang."

"Kau ada kerja lain ke pagi ni?"

Khaliq tidak membalas. Hanya matanya melirik ke arahku. Cukup dengan lirikan mata untuk memberikan jawapan pada lelaki berkaca mata itu.

Kening lelaki berkaca mata itu kini bertaut rapat kala matanya tunak memandang punca Khaliq masih di pejabat pagi ini. Sekejapan kening yang tadinya bertaut kini terjongket penuh persoalan ditujukan pada Khaliq.

"Aleesa," ucap Khaliq senada seperti jawapan itu sudah cukup menjelaskan segalanya.

"Aleesa?" Kening lelaki berkaca mata itu kembali bertaut. "Macam familiar."

Sepasang mata milik lelaki berkaca mata itu menjamah seraut wajahku lama. Seperti cuba menyingkap misteri yang tersembunyi.

"Sahil. His partner," ucap lelaki berkaca mata itu setelah puas mengamati. Senyum penuh makna tersugil di bibir. Tangan dihulur kepadaku.

Belum sempat aku menyambut huluran tangan itu, Khaliq lebih dulu menghalang. Tangan Sahil kemas dijabat Khaliq. Tidak memberi ruang tangan itu berjabat denganku.

Berkerut dahiku dengan tingkah Khaliq. Tidak faham kenapa dia perlu menghalang.

"My PA," ucapnya senada.

"Kau serius?" soal Sahil dengan nada risau. Tiada balasan dari Khaliq. "Kau nak main dengan api, bro?"

"You talk too much," balas Khaliq. Nadanya penuh amaran. Amaran yang memastikan sahabatnya terdiam.

Sahil terdiam lama sebelum kembali memandangku. Riak wajahnya sukar ditebak. Ketegangan yang wujud di antara mereka buat aku sukar bernafas.

"Aleesa... buatkan I kopi," arah Khaliq terus masuk ke biliknya. Sahil mengeluh berat sebelum turut menghilang di dalam bilik sahabatnya.

Aku menarik nafas lega. Tidak lagi perlu berdepan dengan ketegangan dua orang sahabat yang jelas berbeza pandangan.

Lambat-lambat aku bangun lalu melangkah ke pantri. Arahan pertama Khaliq perlu dilaksanakan.

PILU TanpamuWhere stories live. Discover now