Berly duduk termenung merenung cup cappuchino kegemarannya. Hatinya masih terasa sakit bila teringatkan wanita yang memeluk Christian dengan mesra di hotel. Rasa seperti dunianya gelap. Hatinya tertanya-tanya siapa wanita itu.
Christian pula melayan wanita itu dengan sangat mesra. Sepertinya hubungan mereka lebih dari sekadar seorang kawan. Kenapa Christian buat macam ni? Kenapa lelaki yang amat dia cintai itu sanggup melukakan hatinya.
Why Christian? Why kau buat saya macam ni? Apa salah saya sama kau? Saya lagi rela kau pukul untuk setiap kesalahan saya daripada saya harus tanggung rasa sakit hati melihat kau bersama perempuan lain! Sanggup kau khianati perkahwinan kita dengan berlaku curang? Patutlah kau dingin! Patutlah kau semakin jauh! Rupanya ada orang lain di hati kau!!!! Berly gigit bibir menahan sakit hati. Air matanya jatuh perlahan.
Untuk apa aku nangis? Sedangkan dia dan perempuan sedang bergembira! Untuk apa?! Sayang air mata aku saja! Cepat-cepat Berly mengesat air matanya. Rasa menyampah dengan diri sendiri.
Sudah lebih seminggu dia lari dari banglo mereka. Selama seminggu itu dia mengurung dirinya di sebuah resort yang agak terpencil dari kota. Dia tahu kalau dia hanya bertapuk di kota pasti dengan mudah Christian akan menjumpai dia.
Memang sengaja dia lari ke kawasan jauh terpencil itu semata-mata untuk tenangkan hati dan fikirannya. Telefonnya dimatikan sejak dia tiba di resort itu. Christian beratus kali menghubunginya. Dia tahu pasti Christian akan cuba menjejaki dia kalau dia hidupkan semula telefonnya.
Dia sangkakan dalam seminggu itu cukup untuk menenangkan hatinya. Tetapi dia menjadi semakin sedih dan terluka. Setiap kali dia cuba untuk bertenang,wajah wanita itu muncul difikirannya. Kalau saja dia tidak memikirkan status dia,sudah pasti dia akan membunuh wanita itu tanpa soal.
Berly merenung lautan biru yang luas didepan matanya. Ingatannya melayang memikirkan dua anaknya. Ayden dan Kyla. Rasa rindu dan kasihan dengan anak-anaknya. Kerana masalah dia dan Christian,Ayden dan Kyla terpaksa menerima akibat.
Nasib baik ada Marta. Setiap malam dia menghubungi Marta bertanyaan tentang Ayden dan Kyla. Setiap kali Marta menyatakan rasa rindu Ayden dan Kyla,naluri keibuannya meronta. Dia mahu pulang bersama anak-anaknya. Tetapi dia masih rasa marah dan sakit hati dengan Christian.
Dia pertahankan rasa marah dan egonya. Marta juga meminta dia pulang kerana bimbangkan keadaan Christian,Ayden dan Kyla yang tidak terurus. Selama ini Berly yang bertanggungjawab menguruskan hal suami dan anak-anaknya. Dia yang memberi arahan kepada Marta dan yang lain.
Menurut Marta, sejak dia tidak ada keadaan rumah itu begitu suram dan sunyi. Christian sering mengurungkan diri didalam bilik. Ayden asyik berada didalam gelanggang. Kyla sering kesunyian. Berly teringat perbualannya di telefon dengan Marta semalam.
Flashback
Berly : How was the kids?
Marta : Durang ok sikit sudah tu madam. Sebab Tuan Top dan Puan April sudah balik. Tuan Danny dan Puan Becka pun ada datang sini..
Berly : Thanks god..nasib baik ada Becka dan April. Mesti Ayden dan Kyla tidak sunyi sudah tu...
Marta : Tapi bila madam mau balik? Madam masih merajukkah?
Berly : Saya akan balik kalau saya sudah bersedia Marta..you know it hard for me to face it..
Marta : I know madam. Madam mau saya selesaikan perempuan tu?
Berly : No need Marta..
Marta : But why? Why madam? Kan perempuan tu ganggu rumah tangga madam!
Berly : Dia tidak akan dapat ganggu kalau master kamu tidak bagi peluang. Kerana sedikit ruang dan peluang lah dia dapat menyelinap masuk dan ganggu rumahtangga kami.
YOU ARE READING
Red Butterfly Season 4
Action"I swear by a god name..no one cant replace you in my heart baby..no one.." Christian. "So tell me the truth Christian! tell me!!" Berly "I will..but not now baby. please..Im begging you for this time. please trust me.." Christian menarik Berly dala...