Chap 7

1.8K 124 1
                                    

Berly asyik melihat perlawanan. Matanya fokus pada seorang wanita yang sangat hebat. Wanita itu bertubuh tinggi lampai dan mempunyai betuk badan yang sangat cantik. Rambutnya berwarna biru laut itu menjadikan wajah wanita itu agak garang.

Hanya dalam masa 5 minit sahaja wanita itu menumpaskan lawannya hingga mati. Semua di stadium itu bersorak dengan kuat menyokong wanita yang digelar Dewi Cryistal Arena.  Berly mendekati Toba. Dia menguis lengan lelaki botak itu.

“Siapa tu?” Berly muncung bibir kearah wanita yang sedang berjalan masuk ke pintu mereka.

“Itulah Christine Devil. Dewi Arena di sini. Setakat ni dia sudah menang 8 perlawanan. Hanya dua perlawanan lagi dia akan di nobatkan sebagai Quenn Of The Crystal Arena.” Toba.

“2 perlawanan lagi?” Berly terlopong.

“Ya..2 perlawanan lagi.” Toba senyum bangga.

“Tadi kau cakap nama dia Christine Devil. Dia adik beradik dengan Audrey Devil?” Berly teringatkan Audrey. Toba memandang Berly dengan pandangan hairan.

“Macam mana kau tau ni?! Kau kenal Audrey?” Toba. Berly senyum.

“Kenal. Dia anak Devil yang sangat kejam. Sekarang dia sudah jadi owner Silent Killer. Kalau betullah Christine ni adik Audrey. Hrmm! Aku mahu jadi pencabar dia seterusnya..” Berly.

Toba ketawa mendengar kata-kata Berly. Berly amat tersinggung dengan sikap Toba. Lelaki itu seperti memandang rendah pada dirinya.

“Kau belum kenal aku Botak..” Berly.

“Tahu..aku tahu kau siapa. Kau isteri kepada Naga Jorim kan. Selama ni kau hidup dengan baik dan selamat sebab pengaruh Christian. Tapi kali ini,kau sudah tiada siapa-siapa. Orang cuma kenal Christian Jorim. Tapi orang nda kenal kau..kau rasa kau sudah cukup hebat?” Toba.

“Try me!' Berly rasa tercabar.

“Hrmm..kalau kau mau betul jadi pencabar si Christine,kau mesti menang 8 perlawanan. Tapi...aku tengok kau ni...hrmmm..” Toba melihat Berly dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Rasa tidak yakin.

“Tiada masalah! Aku mau cuba!” Berly semakin tercabar.

“Ok..boleh. Aku akan aturkan perlawanan khas untuk kau..” Toba.  Toba berjalan tinggalkan Berly yang masih berang dengan sikapnya.

Toba menghubungi Kelly. Dia maklumkan pada Berly tentang hasrat wanita itu. Kelly sangat gembira mendengar berita itu.

Kelly : Nampaknya aku sudah tidak perlu buat apa-apa lagi.. aku panasaran mau tengok muka si Christian bila nampak adik dia yang hilang selama ni berada dalam gelanggang arena bersama isteri kesayangan dia!! Toba! Kau mesti buat Red Butterdly tu jumpa Christine di Arena! Aku mau Christian tengok dengan mata dia sendiri Red Butterdly tu mati di tangan Christine!

Kelly ketawa terbahak-bahak.

Toba : Perlukah kita buat macam tu?

Kelly : Ya! Perlu! Inilah harga yang si Christian perlu bayar sebab tolak cinta aku dan sakitkan hati aku!

Toba : Baiklah! Kalau itu yang kau mahu!

Toba mematikan talian. Dia hairan dengan permintaan Kelly. Pada awalnya dia merancang untuk membunuh Berly di dalam perlawanan ke3 atau ke4. Tetapi setelah memaklumkan hal itu pada Kelly,Kelly pula mahu Berly berjumpa dengan Christine.

Toba harus memaklumkan hal itu pada pihak Arena. Dia perlu mengaturkan 28 perlawanan untuk Berly. Dia juga harus memastikan Berly menang dalam 28 perlawanan itu.

*******
Berly masih memerhatikan Christine yang sedang duduk berehat. Perlahan dia mengatur langkah mendekati wanita itu. Wajah wanita itu sangat serius dan bengis. Dari tepi Berly seakan melihat Christian. Langkahnya terhenti. Ingatan pada Christian menerpa.

Red Butterfly Season 4Where stories live. Discover now