PART 1

1.1K 8 0
                                    

“Meow!”
Jeritan Mailin bagaikan sia-sia sahaja. Anak kucing yang dicari tak jumpa-jumpa jugak. Manalah kucing ni agaknya. Kehadiran orang ramai di ruang tamu tidak Mailin hiraukan. Matanya melilau mendcari si comelnya. Isyk! Mana pulak dia hilang ni? Sementara di ruang tamu.

“Kenapa korang bertiga paksa si Mailin tu kahwin? Kesian dia.”
Mazliana selaku kakak kembar yang sulung memandang pak usu mereka dan menghulurkan senyuman tipis.

“Maafkan Maz pak su. Bukan niat Maz nak paksa Mai kahwin. Tapi, siapa nak jaga dia selain kami?”
Setelah itu, Mastura selaku kakak kembar yang kedua pula menyampuk.

“Kami tahu, pak su tak setuju dengan cadangan kak Maz tu kan? Mas tahu. Mas faham apa yang pak su rasa. Waktu arwah ibu dengan ayah ada, Mai tak macam ni.” Mereka serentak mengalirrkan airmata. Kasihan adik bongsu mereka.
Mailin, ibu dan ayah mereka kemalangan jalanraya. Ibu dan ayah mereka meninggal di tempat kejadian itu juga. Setahun Mailin hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin dia troma dengan kejadian yang menimpa mereka. Setelah setahun, barulah Mailin pulih. Tapi, dia tidak pulih sepenuhnya. Cara pemikirannya sudah seperti anak yang berusia tiga tahun.

“Mar kesiankan Mai tu pak su. Andai kata suatu hari kami dah tak ada, siapa yang nak tengok-tengokkan Mai tu? Kita orang berempat ni kembar seiras pak su. Kalau salah seorang dari kami sakit, kami bertiga pun akan rasa. Kami faham sangat perasaan dia.” Marisa selaku kakak kembar ketiga pula mencelah.
Mereka akan buat apa sahaja untuk adik bongsu mereka.

***

“Mai, kenapa ni dik? Kenapa menangis ni?” Marisa mendekati Mailin. Tubuh yang terhinggut-hinggut menahan tangis Marisa rangkul erat.
Tangan Mailin terketar-ketar menunjuk ke arah anak kucing yang mati dilanggar kereta.

“Kak chik, kenapa Allah ambik semua yang adik sayang? Ibu, ayah, meow meow. Adik sayang.”
Sayu Marisa mendengar rintihan adik kembarnya. Apa yang dia boleh buat agar kesedihan Mailin berpindah kepadanya?

“Adik, meh sini dekat kak long sayang.” Kata Mazliana dan menarik Mailin dekat padanya.
Lega Marisa. Sejak bila Mazliana dan Mastura menghampiri mereka pun Marisa tidak perasan. Dia sedih. Sedih sangat mengenangkan nasib si adik.

“Adik jangan cakap macam tu ya? Allah ambik semua yang adik sayang, sebab Allah sayang adik. Okey?”

“Kak long janji jangan tinggalkan adik ya?” redup pandangan Mailin membuatkan hati ketiga-tiga mereka bertambah sayu.

“Kak long janji sayang.”

“Kak ngah pun?” Muka berharap beralih pada Mastura. Pantas Mastura mencium pipi adik bongsu mereka.

“Kak ngah janji.”
Belum sempat Mailin hendak berkata-kata, ciuman di pipi bertalu-talu mengena pipinya.

“Kak chik pun janji sayang.” Setelah itu, masing-masing ketawa geli hati. Mailin terlalu sayangkan kakak-kakak kembarnya. Dia benar-benar berharap, agar Allah tidak mengambil mereka darinya.
Mereka kini berada di bilik Mailin. Seronok sangat mereka tengok Mailin tidur. Rasa tenang sahaja. Tidak semena-mena Airmata Mazliana jatuh. Terkejut Mastura dan Marisa melihatnya. Selama ini, kak longnya begitu tenang sekali. Tapi, mengapa hari ini kak long mengalirkan airmata?

“Kak long okey ke?” Tanya Marisa.
Mazliana tidak menjawab. Sebaliknya dia mendekati Mailin dan satu kucupan singgah di dahi adik tersayang.

“Kenapa adik jadi macam ni sayang? Kak long rindukan adik yang dulu.” Makin teresak-esak Mazliana. Hiba sungguh dia mengenangkan adik bongsunya.
Mastura memegang erat tangan kakaknya. Mastura tahu, sudah lama Mazliana pendam semua ini.

“kalaulah sakit adik tu boleh berpindah pada kak long, kak long rela dik. Kalaulah kak long, kak ngah dan kak chik tak ada. Siapa yang akan jaga adik kak long yang nakal ni?” satu kucupan hinggap lagi. Kali ini di pipi pula.

Sayang, abangWhere stories live. Discover now