"Jae, cepat masuk~ Dah petang ni"
"Youngjae?"
"Youngjae-ah! Cepat masuk!"
"Yah, Im Youngjae!"
Youngjae yang memeluk lutut di pinggir pantai membelakangi rumahnya itu menoleh ke belakang dengan muka sakit hati.
"Ish, diamlah!" marah Youngjae lalu dia bangun dari pasir halus itu. Membersihkan seluar di bahagian punggungnya dengan kasar, Youngjae terus menghentak kaki melangkah ke rumah dua tingkat itu.
"Dia yang tak dengar hyung panggil berkali-kali, lepas tu nak marah pula" bebel Jaebum sambil memeluk tubuh di hadapan rumah dan matanya mengekori langkah adik kandungnya yang menghentak masuk ke dalam rumah.
¤¤¤
"Oh, you're here. Come in!" kata seorang perempuan, mengalu-alukan kedatangan Jaebum dan Youngjae ke rumah mereka seperti biasa.
"Oh, Saejoo-ah. Mian kitorang lambat. Kitorang lalu jalan jam tadi" kata Jaebum dan dia mengekori gadis itu ke dapur manakala Youngjae ke meja makan.
"Gwenchana. Hari ni tak masak banyak sangat so Joo tak busy" kata Saejoo, melegakan hati Jaebum yang rasa terbeban. Saejoo dan Jaebum serentak berjalan ke meja makan dengan Saejoo mengangkat satu periuk sup.
"Jinyoung mana?" tanya Jaebum, bertanyakan tentang adik kembar lain ibunya yang merupakan suami kepada Saejoo. Ayah Jaebum telah berkahwin dengan ibu Jinyoung selepas bercerai dengan ibu kandungnya. Ibu tiri Jaebum gagal diselamatkan sewaktu melahirkan Jinyoung, dua tahun kemudian ibu bapa kandung Jaebum bersatu semula dan lahirlah Youngjae. Jadi Jinyoung dengan Youngjae dan Jaebum hanya adik beradik tiri.
"Jinyoung hyeongbu tengah ada phone call dekat atas. Kejap lagi dia turun" kata adik perempuan Saejoo, Taesoo yang sebaya Youngjae dan dia duduk di sebelah Youngjae di meja makan itu.
"Oh, Jaebum-ah. You're here" Jinyoung menuruni anak tangga dan menuju ke meja makan. Jaebum hanya tersenyum sebagai balasan. Oleh kerana Jaebum selalu sibuk di studio, dia selalu tak sempat untuk masak jadi biasanya dia dan Youngjae akan makan di rumah Jinyoung.
¤¤¤
Jaebum menggigit hujung penyepitnya, dan dia memandang Youngjae yang duduk berhadapan dengannya di meja makan itu. Youngjae kelihatan tak perasan oleh kerana dia menyuap makanan di hadapannya dengan lancar. Jaebum berfikir agak lama.
"Youngjae-ah" panggil Jaebum, meletakkan penyepitnya pada mangkuk nasi. Youngjae memandang Jaebum sambil menyuap nasi ke dalam mulut, bersedia mendengar kata-kata Jaebum. Jaebum tersenyum agak teruja. Yang lain turut memandang ke arah mereka.
"Esok, kita pergi keluar jom?" ajak Jaebum. Youngjae berhenti makan serta-merta, dan posturnya beku dengan penyepit di dalam mulut dan mata memandang Jaebum. Dia mengambil masa sebelum menelan makanannya dan dengan perlahan dia meletakkan penyepitnya, memandang Jaebum dengan muka keliru.
"Hyung..."
"Hyung demam ke?"
Jaebum terkejut sedikit.
"Nae?" tanya Jaebum, meminta Youngjae mengulangi kata-katanya. Youngjae mengerutkan dahi sedikit.
"Kenapa tiba-tiba ajak Youngjae keluar?" tanya Youngjae. Jaebum terdiam seketika.
"S-Saja je. Hyung cuti esok. Ala, lagipun kita dah lama tak keluar, kan?" pujuk Jaebum dan dia tersengih comel. Youngjae memandangnya atas bawah sebelum sambung makan tanpa menjawab. Saejoo, Jinyoung dan Taesoo ketawa kecil manakala Jaebum mula pissed off.
Susah betul nak ajak budak ni keluar.
"Jae nak pergi mana? Beritahu hyung, hyung bawa Jae" kata Jaebum, kembali teruja.
"Rumah" jawab Youngjae tenang tanpa memandang Jaebum. Jaebum speechless sebentar sebelum mendengus kerana rasa tercabar.
"This boy.. Keurae, then Jae nak apa? Jae cakap je, hyung beli semua!" kata Jaebum, kali ini bernada tak puas hati. Youngjae diam seketika sebelum mengangkat kepala memandang Jaebum.
"Then, belikan Jae video game" kata Youngjae, bernada sama seperti tadi. Jaebum menjadi puas hati apabila akhirnya adik lelakinya itu meminta sesuatu daripadanya.
"Araseo! Kalau video game yang Jae nak, video game yang Jae dapat" kata Jaebum. Youngjae kelihatan sedikit terkejut. Taesoo ternganga tidak percaya.
"Jinjja?" tanya Youngjae dan Taesoo serentak dengan reaksi tak percaya. Jaebum mengangguk pantas dengan muka belagak. Youngjae diam seketika, mula berfikir.
"Video game paling popular sekarang ni..." Youngjae cuba ingat model terkini. Jaebum diam seketika sebelum ketawa kecil.
"Yah" panggil Jaebum dan Youngjae memandangnya. Dia tersenyum riang.
"Kita beli semua" kata Jaebum yakin. Youngjae membesarkan mata, terkejut. Taesoo speechless mendengarnya dan dia terus memandang Jinyoung. Jinyoung hanya ketawa kecil.
"Jinjja? Hyung baru dapat gaji ke?" tanya Youngjae. Jaebum menongkat dagu, muka bangga kelihatan.
"Im Youngjae, even tak dapat gaji pun abang Youngjae ni still banyak duit lah. Hyung kaya okay?" kata Jaebum bongkak. Youngjae diam agak lama sebelum dia terfikir sesuatu.
"Then... Hyung boleh bawa Jae pergi mana-mana Jae nak lah?" Youngjae meminta kepastian. Jaebum tersenyum luas oleh kerana pujukannya berjaya dan dia mengangguk pantas. Youngjae kelihatan berminat.
"Even luar negara?" tanya Youngjae lagi. Jaebum mengangguk lagi tanpa berfikir panjang.
"Of course~ Beritahu je hyung" kata Jaebum teruja. Youngjae diam, memandang tempat lain sambil berfikir sebelum dia kembali memandang Jaebum.
"Jerman" kata Youngjae sepatah, memandang mata abangnya. "Jae nak pergi Jerman"
"Jerman?" ulang Jaebum, dan dia diam seketika sebelum tersenyum. Dia mengangguk setuju.
"Joha! Lepas ni Jae pack baju untuk 3 hari 2 malam, esok kita gerak" jawab Jaebum lancar. Youngjae sekali lagi terkejut.
"Hyung serious? Beli ticket flight last minute kan mahal? Lepas tu tempat tinggal, penterjemah--" Youngjae mula berfikir panjang. Jaebum tersenyum manis melihat adiknya yang agak risau.
"Yah, Im Youngjae" panggil Jaebum lembut. Youngjae berhenti berkata-kata dan memandang Jaebum. Jaebum memberikan senyuman manisnya.
"Jangan risau. Hyung tanggung semua, okay?" kata Jaebum tenang. Youngjae diam agak lama sebelum dia akhirnya tersenyum kecil. Youngjae seorang yang dingin, melihat dia tersenyum membuatkan Jaebum terasa sangat gembira.
"Keurae" Youngjae mengangguk faham. "Gumawo, hyung" sambungnya. Jaebum ketawa kecil dan mengangguk tanda dia balas terima kasih yang diberi oleh Youngjae.
"Yah, kau sekaya tu ke?" tanya Jinyoung dengan nada gurau. Jaebum menjelir lidah membuatkan semua kecuali Youngjae ketawa kecil.
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfiction"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31