Youngjae terbangun pagi keesokkannya, masih dalam dakapan longgar Jaebum di sebelahnya. Pagi itu sunyi, oleh sebab tiada orang lain selain mereka di dalam wad itu. Youngjae menguap, dan matanya digosok sedikit untuk dia segar sepenuhnya.
"Hyung, bangun" kejut Youngjae tanpa memandang Jaebum oleh kerana dia mengeliat. Perasan Jaebum tak beri response, dia buat keputusan untuk mengejut Jaebum lagi.
"Hyung.." Youngjae menggoyangkan perlahan tubuh Jaebum dan barulah dia memandang wajah Jaebum. Serta-merta tangannya terhenti dari menggoyangkan Jaebum, dan reaksinya berubah.
Air matanya terus terbentuk.
Youngjae diam lama, menatap wajah Jaebum dan air matanya mengalir ke bantal tanpa dia berkelip mata. Dia dengan pantas mengelap air matanya, dan dia berdehem. Youngjae dengan perlahan mengalihkan tangan Jaebum dari pinggangnya dan dia bangun dari katil tersebut.
Air matanya terbentuk lagi.
"Hyung, hyung tidurlah. Mesti hyung penat layan Jae semalam" kata Youngjae dalam suaranya yang agak menggigil menahan sebak. Dia menggigit bibir bawahnya, berusaha untuk tidak menangis apabila Jaebum masih tidak menjawab. Dia menuju ke tepi meja di mana dia meletakkan beg sandangnya dam dia mencapai beg itu.
"Jae nak balik. Jae ada satu kelas je hari ni, so nanti Jae terus datang sini, okay?" kata Youngjae sambil menyandang beg. Dia kemudian diam, tangannya sedikit menggigil dan air matanya mengalir.
"Hyung... hyung tak nak cakap apa-apa ke?" Suara Youngjae hampir sahaja tidak keluar kerana sebak. Air matanya jatuh lagi dan dia menangis perlahan. Dia memejamkan mata rapat, menguatkan diri.
"Araseo. Hyung rehatlah" kata Youngjae sambil mengelap air matanya. Dia kemudian terus melangkah keluar dari wad tersebut tanpa menoleh ke arah abangnya lagi.
Youngjae menutup pintu perlahan, lalu dia bersandar pada pintu tersebut sebelum mengeluh berat dan memandang kasutnya. Dia diam, berdiri di situ sehinggalah dia menoleh dan ternampak doktor yang merawat Jaebum diikuti beberapa orang jururawat bergegas ke wad Jaebum. Youngjae menjadi sedikit panik.
"Oh, Youngjae-ah. Dah bangun? Saya dengar radio semalam. Awak memang adik yang baik" puji doktor tersebut dengan ramah apabila dia tiba di hadapan Youngjae yang membelakangi pintu. Youngjae diam agak lama sebelum tersenyum manis.
"Kamsahamnida" kata Youngjae perlahan. Doktor tersebut tersenyum dan mengangguk untuk membalas terima kasih Youngjae. Dia kemudian mara sedikit untuk masuk ke dalam wad tetapi tidak sempat apabila Youngjae serta-merta menghalang pintu. Doktor dan jururawat-jururawat tersebut agak terkejut dan memandang Youngjae. Youngjae diam seketika.
"Uhm.. Jaebum hyung banyak main dengan Jae semalam. Lepas tu dia tidur lambat sebab nak dengar radio" kata Youngjae, lalu dia memandang doktor. Riaknya kelihatan sedikit takut.
"J-Jadi, dia penat. Dia tengah tidur sekarang" sambung Youngjae lalu menggeleng. "Jangan ganggu dia, please?" rayu Youngjae dan air mata sudah pun terbentuk di tubir matanya. Doktor tersebut terkedu seketika sebelum tersenyum.
"Araseo, saya takkan ganggu. Tapi bagi saya check keadaan dia sekejap, ya?" pujuk doktor itu. Youngjae menggeleng pantas, air matanya sudah pun mengalir.
"Jangan ganggu Jaebum hyung! Dia penatlah!" marah Youngjae dan dia mula menangis. Doktor tersebut mengeluh dan cuba menolak Youngjae ke tepi tetapi Youngjae bertahan.
"Im Youngjae, awak dah besar, kan? Tolong beri kerjasama--"
"Andwae! Jangan ambil Jaebum hyung!!" raung Youngjae dalam tangisannya yang mula menjadi-jadi. Doktor itu tidak tahan lagi.
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfic"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31