Youngjae mengigit jari, agak ragu-ragu untuk mendekati Yugyeom yang sedang berbual dengan dua kawannya yang lain di hadapan locker. Youngjae berdiri agak jauh dari mereka, dan dia sudah memerhatikan mereka agak lama. Kemudian, memori di mana dia memalukan Yugyeom mula menular di ingatannya.
*Flashback*
Youngjae mengambil bukunya di dalam locker dan sejurus itu dia terus menuju ke cafe. Mood Youngjae hari itu betul-betuk tidak baik oleh sebab dia mendapat pointer rendah dalam salah satu subjek yang diambilnya.
Dia masuk ke dalam cafe dan dia mengambil tempat duduk di sebuah meja. Buku-buku yang dipegangnya tadi diletak kasar di atas meja. Dia kemudian mengeluarkan earphone dan mula mendengar lagu dengan kuat.
Yugyeom yang mendapat tahu tentang masalah Youngjae terus menuju ke cafe selepas kelasnya tamat. Melihat Youngjae yang duduk berseorangan membelakangi tempat dia berdiri, dia terus melangkah ke arah Youngjae dan memeluk Youngjae dari belakang untuk memberi semangat. "Hyung, himnae! Markah hyung tak teruk sangat pun so jangan risau, eoh?"
Malangnya, Youngjae tidak mendengar kata-kata semangatnya.
Youngjae terkejut, lantas dia terus menolak tangan Yugyeom dari memeluknya dengan kasar membuatkan Yugyeom tidak dapat mengimbangkan diri dan terjatuh ke lantai. Youngjae berdiri dengan kasar, dan dia memusingkan badan memandang Yugyeom dengan muka marah.
"Yah, Kim Yugyeom!! Dah gila ke?!" marah Youngjae dengan nada kuat menyebabkan hampir semua orang di cafe itu memandang mereka. Yugyeom terkejut, dan dia agak terkedu.
"Hyung, mianhae. Gyeom cuma nak bagi semangat--"
"Nak bagi semangat pun perlu ke peluk-peluk macam tu?! Gyeom ni apa?! Gay?!" marah Youngjae lagi dan kata-katanya membuatkan ramai lelaki ketawakan Yugyeom manakala perempuan mula berbisik-bisik. Yugyeom betul-betul tak percaya apa yang berlaku. Youngjae kemudian mengambil begnya dengan kasar diikuti buku-bukunya di atas meja.
"Hyung tak perlukan sokongan Gyeom! Hyung boleh pujuk diri sendiri so mind your own business, you gay boy!" marah Youngjae lagi dan dia menapak pergi, meninggalkan Yugyeom yang dimalukan di cafe itu dengan ejekan dan gelak ketawa.
*flashback end*
Youngjae mengeluh. Dia harus mengaku yang dia rasa bersalah. Yugyeom satu-satunya orang yang rapat dengannya di kampus dan disebabkan perasan amarah, hubungan mereka menjadi renggang. Dia akhirnya menguatkan semangat, dan dia berjalan ke arah Yugyeom. Baru dia jalan beberapa tapak, Yugyeom dan dua kawannya mula memandang ke arahnya sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan Yugyeom.
"Apa yang hyung buat ni?" tanya Yugyeom. Youngjae diam agak lama, sebelum dia mendekati Yugyeom dan akhirnya tubuh pelajar junior itu didakap lembut. Yugyeom sangat terkejut, diikuti dua kawannya. Youngjae menguatkan diri dan dia memeluk Yugyeom semakin erat.
"Mianhae, Yugyeom-ah. Hyung tak patut marah Yugyeom waktu tu. Mianhae. Hyung.. perlukan Yugyeom untuk pujuk hyung. So, let's not be childish and let's be friend again, eoh? Please?" kata Youngjae dengan perlahan dan hanya Yugyeom yang mendengar. Yugyeom tersentak terkejut, dan dia tak tahu apa yang perlu dia katakan.
"Apa hal dengan sunbae ni? Bukan dia tak suka skinship ke?" tanya salah seorang kawan Yugyeom diikuti ketawa sinis. Kawan Yugyeom yang seorang lagi mengangguk setuju.
"Now who's the gay here?" kata yang seorang lagi itu. Youngjae menutup mata, menahan sabar mendengar kata-kata sedemikian dan dia mengeluh kecil sebelum melepaskan pelukan. Yugyeom masih tak tahu apa yang hendak dikatakan walaupun dia mula melihat wajah sedih Youngjae.
"Gwenchana. Hyung faham kalau Gyeom tak maafkan hyung" kata Youngjae perlahan, diikuti senyuman lemah. "Hyung pergi dulu" kata Youngjae lagi.
Dia berpaling dan melangkah pergi sambil keluhan berat keluar daripada mulutnya. Dia tahu yang perkara itu takkan mudah. Tetapi dia tetap perlu berusaha.
"Ni hajat Jaebum hyung, Youngjae-ah. Kau kena tunaikan.." pujuk Youngjae kepada diri sendiri.
Kemudian tiba-tiba air matanya terbentuk, terasa takut apabila memikirkan yang selepas ini, Jaebum takkan ada untuknya jika dia berasa lemah begitu. Dia mempercepatkan langkah dan tangan yang tersorok di dalam poket sweaternya itu digenggam kuat.
¤¤¤
"Madam, jebal. Saya betul-betul perlukan slot kosong. Saya nak buat persembahan" kata Youngjae, merayu kepada Puan Baek apabila permintaannya untuk membuat persembahan sempena open day universiti mereka ditolak. Puan Baek mengeluh berat.
"Youngjae-ah. Dah terlalu banyak persembahan diadakan dan takkan cukup masa untuk tambah satu lagi persembahan. Lagi pun open day akan berlangsung lusa. Awak takkan sempat buat latihan yang cukup" kata Puan Baek, menerangkan mengapa dia menolak permintaan Youngjae. Youngjae masih tak berputus asa.
"Madam, please. Saya boleh buat. Tak, saya kena buat. Saya janji saya buat latihan betul-betul sepanjang dua hari ni" rayu Youngjae lagi. Puan Baek mengeluh sekali lagi dan baru sahaja dia hendak membalas kata-kata Youngjae, tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka membuatkan Youngjae dan Puan Baek memandang ke arah pintu.
"Madam Baek?" Yugyeom menjengah ke dalam pejabat Puan Baek. Yugyeom dan Youngjae sempat membalas pandangan seketika membuatkan Youngjae terus memandang tempat lain, dan tertunduk lemah.
"Eoh, Yugyeom-ah. Wae? Dah fikirkan baju yang sesuai untuk persembahan awak?" tanya Puan Baek ramah. Yugyeom diam seketika, memandang Youngjae kemudian dia bertindak melangkah masuk dalam keadaan terhinjut-hinjut. Puan Baek dan Youngjae kelihatan terkejut.
"Omo, Yugyeom-ah. Waegeurae?" tanya Puan Baek, risau. Yugyeom mengambil tempat duduk di sebelah Youngjae.
"Mianhae, madam. Kaki saya terseliuh teruk waktu latihan persembahan tadi. Doktor kata saya tak disyorkan menari untuk masa terdekat so saya tak boleh nak buat persembahan untuk Open Day" kata Yugyeom, bernada sesal. Youngjae sedikit tersentak, dan dia memandang Yugyeom lama.
"Omona, kesian kamu. Habis tu, macam mana dengan persembahan kamu nanti? Apa kita nak buat?" tanya Puan Baek agak gelabah. Yugyeom diam seketika.
"Saya ada dengar perbualan madam dengan Youngjae sunbae tadi. Saya nak... Youngjae sunbae ambil alih slot persembahan saya" kata Yugyeom dan Youngjae terkejut. Dia betul-betul tak percaya apa yang Yugyeom katakan, begitu juga dengan Puan Baek.
"Mwoh? No. No no dia tak boleh. Dia tak pernah buat persembahan depan orang ramai dan dia ada sehari je untuk berlatih--"
"Saya dah kenal dia lama, madam. Saya tahu dia boleh buat" kata Yugyeom, memotong kata-kata Puan Baek. Puan Baek terdiam seketika, dan dia memandang ke arah Youngjae yang masih merenung Yugyeom dengan muka tidak percaya. Puan Baek mengeluh berat.
"Fine. But make sure persembahan tu berjaya" kata Puan Baek, mengurut dahi. Yugyeom mengeluh lega dan dia memandang Youngjae dengan senyuman teruja terpampang sedikit di bibirnya. Youngjae terkelu, dia tidak tahu apa yang hendak dikata.
Yugyeom kemudian mengenyitkan mata sebelum ketawa kecil.
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfic"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31