Chapter 3

553 70 6
                                    

"Uri Youngjae... Dia betul-betul pelajar yang kekalkan prestasi dekat universiti ni. Semua kerja dia hantar awal, praktikal dia full marks, dia antara pelajar yang membanggakan universiti ni" kata pengetua universiti tempat Youngjae belajar. Jaebum mengangguk faham dan sejurus itu, reaksi risau Mrs.Jang terpampang di wajah.

"Uhm... You see, universiti kami mengekalkan imej universiti terbaik di negara ini, jadi masalah yang berlaku, even sedikit, kami akan cuba selesaikan dengan cepat" kata Mrs.Jang lagi. Jaebum serta-merta menjadi risau.

"Y-Youngjae... Ada buat masalah ke?" tanya Jaebum perlahan. Mrs.Jang mendiamkan diri seketika.

¤¤¤

Jaebum memandu dengan muka yang agak marah. Perbualan antara dia dan Mrs.Jang bermain ligat di fikirannya.

"Dia bergaduh dengan salah seorang pelajar tahun kedua, Kim Yugyeom di cafe tengahari tadi" kata Mrs.Jang. Jaebum menjadi terkejut dan serta-merta dia meminta maaf beberapa kali.

"Anniya, anniya. Bukan salah Youngjae juga. Daripada penceritaan pelajar-pelajar lain, Yugyeom buat sesuatu yang Youngjae tak suka. Jadi mereka sama-sama salah" kata Mrs.Jang lembut. Jaebum diselubungi rasa bersalah dan kemudian dia terfikir sesuatu. Dia memandang Mrs.Jang semula.

"By any chance, puan tahu tak pasal keadaan Youngjae dekat sini? Dia... ada kawan?" tanya Jaebum lagi. Mrs.Jang terdiam seketika sebelum mengeluh.

"Saya ada tanya juga dekat pelajar yang sama jurusan dengan Youngjae. Uri Youngjae, dia dalam special case. Dia sangat benci kalau orang bersentuhan dengan dia. Jadi sebab tu dia lebih suka menyendiri. Yugyeom... pernah nak rapat dengan dia. Tapi satu hari tu, dia secara tak sengaja buat Yugyeom terasa. Sejak tu mereka dah tak rapat"

Jaebum meletakkan keretanya di dalam garaj rumah dan dia terus melangkah keluar dari perut kereta itu. Dia bergerak laju memasuki rumahnya, dan dia serta-merta mencari adik lelaki bongsunya itu.

"Youngjae?" Jaebum mencari seluruh rumah, malangnya Youngjae langsung tidak kelihatan. Dia menuju ke luar rumah, melihat sekeliling sebelum matanya terpaku pada tubuh yang memeluk lutut di pinggir pantai. Tubuh tersebut membelakangi Jaebum tetapi Jaebum sangat kenal dengan postur dan habit itu. Dia melihat jam di tangan. 6:57 petang.

"Youngjae! Cepat masuk rumah! Dah petang ni!"

Youngjae terdengar jeritan Jaebum membuatkan dia tersentak. Dia agak takut untuk berhadapan dengan Jaebum oleh kerana dia tahu yang dia telah buat salah. Dia menggigit bibir bawah, kelihatan risau sebelum mengeluh kecil dan bangun untuk melangkah masuk.

¤¤¤

Youngjae dan Jaebum masing-masing senyap sewaktu perjalanan pulang dari rumah Jinyoung. Sejak Jaebum balik, mereka tidak bercakap walau sepatah kecuali Jaebum memanggil Youngjae pulang pada petang tadi. Youngjae sedikit rasa bersalah.

"Hyung... marah Youngjae ke?" tanya Youngjae perlahan. Jaebum diam seketika sebelum mula berlakon.

"Anni~ Mana ada hyung marah" bohong Jaebum riang, menahan perasaan sebenarnya. Mereka diam lagi sebelum Jaebum mendapat idea.

"Tapikan, Jae. Kenapa Jae tak ada kawan dekat kampus?" tanya Jaebum, nadanya dikekalkan riang. Youngjae memandang luar tingkap, melihat pantai pada waktu malam itu.

"Jae tak suka. Diorang terlalu clingy" jawab Youngjae kedengaran agak tegas. Jaebum diam seketika.

"Eyy~ Skinship tu untuk tunjuk keakraban kita dengan seseorang" kata Jaebum, cuba memujuk Youngjae. Youngjae masih memandang luar.

"Tak nak. Geli. Jae tak suka" kata Youngjae lagi. Jaebum sekali lagi terdiam dan dia menggetap bibir menahan sabar. Dia mula meletakkan kereta di dalam garaj dan mematikan enjin sebelum dia memandang Youngjae.

"Dah tu Jae takkan kahwin? Eoh? Macam mana Jae nak ada family sendiri? Hyung takkan ada dengan Jae sampai tua, takkanlah Jae nak duduk sorang-sorang?"

"Memang selama ni Jae duduk sorang-sorang" kata Youngjae memintas kata-kata Jaebum membuatkan Jaebum terkejut.

"Mwoh?!" Jaebum tak puas hati. Youngjae tak dapat menahan diri lagi lantas dia membalas pandangan Jaebum dengan tajam.

"Betul kan? Selama ni Jae makan sendiri, pergi kampus sendiri! Hyung sibuk 24 jam dekat kerja hyung! Tak ada hyung pun Jae tak ada masalah untuk hidup sampai tua!" marah Youngjae. Jaebum tersentak, air matanya hampir terbentuk.

"T-Tu sebab... hyung nak cari duit!" balas Jaebum.

"Tu yang Jae cakap, selama ni hyung tak kisah pasal hari-hari Jae pun! Kenapa tak marah je Jae buat masalah dekat kampus?!" marah Youngjae lagi. Air mata Jaebum terbentuk dan Jaebum tak sempat untuk membalas apabila Youngjae menyambung.

"Kadang-kadang Jae rasa Jinyoung hyung lagi ambil berat pasal Jae berbanding hyung! Dia jaga makan minum Jae, dia tanya pasal kelas Jae--"

"Then pergilah tinggal dengan Jinyoung!!" jerit Jaebum dan dia terus keluar dari perut kereta. Dia melangkah laju masuk ke dalam rumah sehingga ke biliknya.

Jaebum menghempas pintu biliknya, dan kemudian dia bersandar pada pintu itu. Air matanya mengalir laju dan dia menggigit bibir menahan sebak. Tangannya mencangkam dada, cuba tabahkan diri.

Im Jaebum, no.

Apa yang kau dah cakap?

Nafas Jaebum tersekat dan tangisannya makin teruk. Dia menumbuk dadanya sendiri beberapa kali dan sedu-sedannya makin kedengaran.
Sedu-sedan bersilih ganti dengan nafasnya, terasa dada sesak kerana tak dapat bernafas dengan betul.

Aku tak boleh macam ni dengan Youngjae...

Tak untuk masa yang singkat ni.

Dia kemudian menekup mukanya, cuba berhenti menangis dan dia berjaya. Air matanya berhenti mengalir dan dia mengelap air yang membasahi pipinya. Dia mengeluh berat, matanya terasa sedikit pedih. Dia membuka pintu semula dan langkahnya terhenti daripada keluar dari bilik apabila Youngjae berdiri di hadapan biliknya. Jaebum terdiam, memandang Youngjae yang mengalihkan pandangan ke lantai. Youngjae kelihatan serbasalah.

"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." kata Youngjae perlahan. Jaebum memandang Youngjae lama, air matanya terbentuk lagi dan dia terus memeluk Youngjae erat. Dia sekali lagi menangis. Tubuh Youngjae didakap erat dan Youngjae membalas pelukannya.

Araseo. Let's lived together until we turn grey, okay?

Hyung minta maaf.

[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now