Chapter 11

501 55 2
                                    

Ambulans berhenti di hadapan rumah Youngjae malam itu, masing-masing tangkas membuat kerja. Jaebum yang tidak sedarkan diri itu diletakkan di atas katil dan diangkat masuk ke dalam pintu belakang ambulans tersebut.

Youngjae, pada masa yang sama terpaksa dipegang oleh dua jururawat yang lain oleh kerana dia enggan melepaskan Jaebum sebentar tadi. Dia meronta-ronta sambil menangis teruk apabila melihat Jaebum dibawa masuk ke dalam kenderaan itu.

"Lepaslah!! Jangan ambil abang Youngjae! Jaebum hyung!!" Youngjae meraung kuat dan meronta-ronta mencuba melepaskan diri. Sebentar kemudian kelihatan satu kereta berhenti di belakang ambulans, kemudian Jinyoung dan Saejoo keluar dari perut kereta dengan pantas.

"Youngjae-ah!" Saejoo menghampiri Youngjae, risau melihat Youngjae yang menangis teruk. Dua jururawat tadi melepaskan Youngjae lalu Youngjae terus memeluk Saejoo erat dan tangisannya makin teruk. Saejoo cuba menenangkannya.

"Encik ahli keluarga mangsa?" tanya pemandu ambulans itu kepada Jinyoung dan Jinyoung mengangguk pantas. "Sila ikut kami ke hospital" sambungnya dan semua pantas bergerak ke kenderaan masing-masing dengab Saejoo membawa Youngjae ke kereta mereka.

¤¤¤

"Keadaan dia makin teruk. Jadi kalau boleh jangan bagi dia keluar lagi sebab takut perkara macam ni terjadi lagi"

Mark pagi itu masuk ke dalam hospital, dan merujuk kepada mesej yang diterima daripada Jaebum, dia terus menuju ke wad 747 dengan tangannya memegang satu buku nota dan headphone. Sejurus dia melangkah masuk, Jaebum menoleh ke arahnya.

"Oh, you're here" kata Jaebum yang berwajah pucat itu dan dia tersenyum manis. Mark membalas senyumannya agak lemah. Dia menghampiri katil Jaebum lalu duduk di kerusi yang disediakan. Buku nota yang dipegang tadi diselak ke satu muka surat dan dia letakkan di atas peha Jaebum. Jaebum terpinga-pinga dengan apa yang berlaku dan dia memandang buku nota itu.

"Lirik ni. Kau kata kau buat untuk Youngjae, kan?" kata Mark. Jaebum membaca bait lirik yang ditulisnya itu lalu tersenyum lemah.

"Eoh" jawabnya perlahan. Melihat Jaebum yang seakan rindu dengan lirik itu, Mark kemudian mengeluarkan satu MP3 player. Dia sambungkan pemain tersebut dengan headphone yang dibawanya tadi lalu dia pakaikan headphone itu di telinga Jaebum. Jaebum agak terkejut apabila satu alunan muzik mula kedengaran.

"Aku dah compose. Kau nak lagu ni ballad dengan piano-base, kan? Aku minta sorang penyanyi tolong buatkan guide" kata Mark. Jaebum tidak membalas kata-kata Mark oleh kerana dia fokus mendengar lagu yang dimainkan di dalam player itu. Tak lama kemudian dia tersenyum membuatkan Mark turut tersenyum.

"Beautiful" kata Jaebum seakan berbisik dan dia memandang Mark. "It's so beautiful, Mark. Thank you" kata Jaebum. Mark tersenyum luas tanda gembira dan akhirnya mereka berdua ketawa kecil tanpa sebab.

¤¤¤

Youngjae terus menuju ke hospital tanpa pulang ke rumah sejurus kelasnya di kampus tamat. Seperti biasa, dia berjalan dengan matanya memandang kasut dan tangannya dimasukkan ke dalam poket sweater.

Sedang dia berjalan, dia berselisih dengan beberapa orang jururawat pantas menolak sebuah katil yang di atasnya terdapat seorang lelaki dengan seluruh tubuhnya tertutup. Youngjae memandang sekali imbas sebelum memandang ke hadapan semula.

Tiba-tiba langkah Youngjae terhenti.

Jantungnya berdegup pantas, perasaan takut mula merebak dalam dirinya dan dia menoleh, melihat katil yang ditolak itu sekali lagi. Tangannya yang di dalam poket itu menggigil sedikit.

Tak mungkin.

Youngjae terus berlari ke wad Jaebum. Dia perlu memastikan yang abangnya masih berada di dalam wad dan masih dalam keadaan sihat. Sejurus tiba, dia terus membuka pintu dengan pantas. "Hyung!" panggilnya dan dia terus memandang katil milik Jaebum. Dia terdiam.

"Oh, dah balik ke?" sapa Jaebum dan tersenyum manis. Youngjae mengeluh lega lantas tersenyum melihat Jaebum.

¤¤¤

"Youngjae-ah, tidur ke?"

"Yah, Im Youngjae"

"Youngjae, bangunlah"

Youngjae mengangkat kepala, memandang Jaebum yang baring di atas katil itu dengan muka half-awake. Jaebum tersenyum.

"Sini, baring dengan hyung" kata Jaebum, terasa kasihan pula melihat Youngjae tidur dalam keadaan duduk dan merebahkan kepala pada katil itu. Youngjae terkebil-kebil seketika sebelum menguap dan menggelengkan kepala.

"Gwenchana. Hyung rehatlah" kata Youngjae dan senyuman ngantuknya diberikan. Jaebum mencebik bibir seperti sedih.

"Eung~ Hyung nak rehat dengan adik hyung~" Jaebum membuat nada comel yang sebaliknya membuat Youngjae rasa jijik.

"Eeeee annoyingnya hyung ni jinjja!" kata Youngjae tetapi dia tetap akur untuk naik di atas katil. Jaebum ketawa kecil. Seusai Youngjae baring di sebelahnya, Jaebum terus memeluk lengan Youngjae.

"Jae tak kisah kalau hyung yang peluk Jae, kan?" kata Jaebum riang. Youngjae menjeling Jaebum.

"Anni. Jae geli juga" balas Youngjae dan Jaebum tahu adiknya hanya bergurau membuatkan mereka berdua ketawa kecil selepas itu. Mereka kemudian senyap, memandang siling wad itu sebelum Youngjae terfikir sesuatu.

"Hyung" panggil Youngjae dan dia menoleh memandang Jaebum. Jaebum berbalas pandangan dengannya memaksudkan yang dia sedia mendengar. Youngjae tersenyum sedikit teruja.

"Hyung ada hajat untuk Jae tunaikan?" tanya Youngjae.

"Hajat?" ulang Jaebum, agak terpinga-pinga. Selepas Youngjae mengangguk, Jaebum mula berfikir sejenak.

"Hmmm... Hyung teringin nak tengok Jae ada kawan" kata Jaebum dan kemudian dia terfikir lagi satu. "Ah! And hyung teringin nak tengok Jae menyanyi depan orang ramai. Biar semua orang tahu suara kegemaran hyung ni merdu" sambung Jaebum agak teruja.

"Tu je? Eyy hyung ni membosankan" kata Youngjae dengan menarik muka. Jaebum ketawa kecil dan dia memandang Youngjae dengan ragu-ragu.

"Boleh ke Jae buat?" tanya Jaebum. Youngjae membuat reaksi muka yang sama.

"Of course boleh" balasnya dan mereka berdua ketawa kecil lagi. Jaebum memeluk lengan Youngjae erat, berasa gembira mereka bergurau semda begitu.

"Hyung kena bertahan kalau hyung nak tengok Jae tunaikan hajat hyung tau?" kata Youngjae. Mereka memandang satu sama lain seketika sebelum Jaebum tersenyum luas dan dia mencubit pipi Youngjae.

"Araseo, wangja-nim (I got it, prince)~~" Kata Jaebum lantas Youngjae menepis tangan Jaebum dan ketawa.

"Yah! Janganlah!"

"Wae~~ Pipi Jae montel lah!"

"Ahh, hyung!!"

[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now