Chapter 13

530 56 2
                                    

"Jaebum hyung!" Youngjae membuka pintu wad Jaebum membuatkan Jaebum yang sedang bersandar pada headboard katil memandangnya dan tersenyum lemah. Youngjae memberikan sengih sunshine nya sebelum berlari anak ke arah katil Jaebum.

"Omo. Kenapa happy sangat adik hyung hari ni?" tanya Jaebum melihat Youngjae yang kelihatan teruja. Youngjae tersenyum manis lantas dia menoleh ke belakang, memandang pintu wad yang masih terbuka. "Yah! Masuklah!"

Jaebum menjadi terpinga-pinga sebentar apabila adik lelakinya berkata sedemikian tetapi kekeliruannya berakhir apabila ada seorang remaja lelaki yang agak tinggi masuk dan menunduk hormat sambil berjalan ke arah Youngjae. Youngjae memandang Jaebum dan sekali lagi tersenyum manis.

"Hyung, kenalkan. Ni Kim Yugyeom, junior Youngjae dekat kampus" kata Youngjae riang. Yugyeom sekali lagi tunduk hormat. "Annyeonghaseyo" ucap Yugyeom dan tersenyum.

"Hyung, Jae dah ada kawan sekarang. So hyung jangan risaukan Youngjae okay? Hyung fikirkan kesihatan hyung je" kata Youngjae semangat. Jaebum agak terkedu dengan situasi tersebut, dan akhirnya dia tersenyum gembira dan mengangguk. Dia kemudian memandang Yugyeom.

"Yugyeom-ah, jaga adik hyung baik-baik okay?" kata Jaebum dengan nada agak lemah. Yugyeom mengangguk pantas.

"Of course! Youngjae hyung selalu lambat masuk kelas sebab makan" seloroh Yugyeom dan Youngjae kelihatan tak puas hati.

"Gyeom! Mana ada!"

"Ada~ Pensyarah ada cakap~"

"Ishh tak adalah!"

Jaebum hanya tersenyum lemah melihat dua kawan baik itu bergaduh kecil. Perasaan lega timbul dalam dirinya.

¤¤¤

"Jaebum-ah, duduk sini" kata Jinyoung perlahan, menyuruh Jaebum mengambil tempat duduk di dalam dewan kampus Youngjae pada hari terbuka universiti itu. Jinyoung meminta izin hospital untuk membawa Jaebum keluar oleh kerana hari tersebut merupakan hari yang penting. Jaebum pada masa yang sama tak tahu apa yang berlaku.

"Kenapa ni, Nyoung? Kenapa kita datang sini?" tanya Jaebum, keliru. Jinyoung hanya membuat bunyi 'shh' dan menunjukkan ke arah pentas yang agak jauh di hadapan mereka oleh kerana persembahan sudah bermula.

Bermula dengan persembahan ballet oleh sekumpulan pelajar perempuan sehinggalah persembahan keenam iaitu tarian b-boy dari sekumpulan pelajar lelaki, ternyata setiap persembahan sangat memukau. Jaebum masih tak tahu mengapa dia di situ tetapi dia tetap terhibur.

"Persembahan kita yang seterusnya datang daripada 'ahli baru'. Dia agak terkenal dengan sifatnya yang dingin dengan semua orang di samping mukanya yang sangat comel. Disebabkan perangainya yang sangat berbeza dengan mukanya, saya rasa dia sendiri tak tahu bahawa dia mempunyai kelab peminat di kampus" kata pengacara lalu sekumpulan perempuam yang duduk di baris hadapan sekali menjerit teruja sambil memegang slogan Youngjae. Pengacara ketawa kecil sebelum menyambung.

"Pertama kali membuat persembahan, kita persilakan pelajar tahun ketiga, Im Youngjae!" Pengacara persilakan dan kumpulan perempuan peminat Youngjae itu menjerit teruja lagi.

Jaebum terkejut, tangannya tanpa sedar menekup mulut, terkedu. Dia betul-betul tak sangka adik lelakinya ialah ahli baru yang agak popular itu. Jinyoung pada masa yang sama hanya ketawa dengan pengenalan pengacara terhadap Youngjae tadi.

Youngjae melangkah masuk ke dalam pentas serentak dengan musik intro lagu dimainkan. Dia kelihatan bersahaja, dan berbeza dengan perangai biasanya, dia tersenyum manis membuatkan ahli kelab peminatnya naik gila.

Youngjae memulakan nyanyiannya dengan tenang. Lagu berjudul 'Running in the Sky' nyanyian asal penyanyi terkenal ; Huh Gak itu seakan jadi milik Youngjae membuatkan semua orang terpegun. Jejaka yang berperangai dingin itu seolah-olah menjadi orang yang berbeza apabila di atas pentas.

Masuk bahagian korus, peminat-peminat Youngjae mula memberi reaksi yang menaikkan semangat Youngjae. Youngjae tersenyum malu sambil menyanyi apabila mereka membuat adlib pada nyanyiannya. Jaebum ketawa kecil melihat betapa riangnya Youngjae di atas pentas dan tiada sesiapa tahu, dia betul-betul gembira pada masa tersebut.

Habis verse pertama, ramai membuat tepukan gemuruh membuatkan Youngjae ketawa malu. Dia terus memandang Jaebum yang duduk di baris keempat, dan Jaebum terus memberikan thumbs up diikuti love sign yang besar menggunakan tangannya membuatkan Youngjae ketawa malu lagi.

¤¤¤

"That was so good! Hyung hampir tak kenal Jae sebab Jae nampak happy sangat dekat atas pentas! Jae ketawa, senyum, interact dengan penonton I mean-- Wow, is that my little baby?" kata Jaebum penuh teruja apabila Youngjae datang ke wadnya malam itu. Youngjae hanya ketawa tanpa henti melihat reaksi Jaebum dan akhirnya Jaebum turut ketawa.

"Hyung tahu tak betapa malunya Jae dekat atas pentas tu?" kata Youngjae dan dia ketawa kecil, mukanya sedikit merona merah. Jaebum tersenyum, memandang adiknya agak lama sehingga Youngjae sedar perbualan mereka terhenti. Dia memandang Jaebum dan baru dia perasan Jaebum merenungnya.

"Ey, hyung! Janganlah tengok Jae macam tu!" kata Youngjae sambil menutup muka dengan tangan. Jaebum ketawa kecil.

"Jae dah tunaikan permintaan hyung" kata Jaebum perlahan. Youngjae diam sebelum dengan perlahan dia menurunkan tangan dari menutup muka, memandang Jaebum dengan muka yang agak sedih. Jaebum terdiam seketika sebelum dia memegang tangan Youngjae.

"Kenapa?" tanya Jaebum, lembut. Youngjae kemudian menarik tangannya dari pegangan Jaebum, lalu naik ke atas katil dan memeluk Jaebum. Jaebum agak terkejut, lantas dia membalas pelukan Youngjae. Youngjae membenamkan mukanya di bahu Jaebum.

"Hyung takkan tinggalkan Jae, kan? Hyung dah janji dah. Even Jae dah tunaikan semua permintaan hyung, tu tak bermaksud hyung boleh tinggalkan Jae. So stay dengan Jae, araseo?" kata Youngjae dengan suaranya yang nak tak nak didengari oleh kerana mukanya ditutup dengan bahu Jaebum. Jaebum terdiam, lantas air matanya terbentuk.

"Please don't leave me, hyung.." rayu Youngjae perlahan lalu bunyi sedu-sedan kedengaran. Air mata Jaebum mengalir, dia memejamkan mata rapat dan doa mengusap belakang Youngjae. Tangisan Youngjae menjadi semakin teruk.

"Shhh.. Dah, janganlah nangis. Hyung ada dengan Jae, okay?" pujuk Jaebum lembut, hakikatnya dia sendiri menahan nangis. Dia memeluk Youngjae erat, membiarkan adik lelakinya menangis di dalam dakapan sehingga mereka tertidur.

----;

For those yang teringin nak tahu persembahan Youngjae dekat Open Day! Here's the vid! ><

[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now