Jinyoung dan Saejoo masing-masing menyiapkan makanan di atas meja makan. Jinyoung memandang jam di dinding. 8:21 pm. Biasanya Jaebum dan Youngjae akan sampai jam lapan. Nampaknya dah nak 30 minit berlalu dan mereka tak lagi kelihatan.
"Mana Jaebum dengan Youngjae?" tanya Jinyoung, memandang isterinya. Saejoo memandang pintu utama rumah mereka, kelihatan sedikit risau dan dia menggeleng kepala. "Molla. Jalan jam kot" jawab Saejoo.
"Time to eat~!" Taesoo melangkah turun dengan laju dan pasangan suami isteri itu tersenyum melihat gadis itu. Tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi menandakan ada orang datang.
"Oh, tu mesti Jaebum oppa" kata Saejoo dan dia pergi ke pintu utama. Sejurus dibuka, dia terkejut dan terus memberi ruang untuk Jaebum masuk. Jaebum masuk sambil dia mengangkat Youngjae di belakang oleh kerana Youngjae sedang tidur.
"Ah, mianhae kitorang lambat. Youngjae tertidur pula sebelum gerak tadi" kata Jaebum. Jinyoung terus menolong Jaebum dengan meletakkan bantal di atas sofa dan dengan perlahan Jaebum meletakkan Youngjae di atas sofa itu. Kelihatan Youngjae masih lena tidur.
"Dia dah makan belum?" tanya Saejoo, agak mengambil berat. Pada masa yang sama, Jinyoung menjadi risau melihat Jaebum yang agak berpeluh dan pucat.
"Jaebum-ah, gwenchana?" tanya Jinyoung. Nafas Jaebum agak berat, memandang Jinyoung dan mengangguk. Dia memandang Youngjae pula.
"Ah, nanti dia bangun, pandailah dia cari makanan" jawab Jaebum kepada Saejoo dan dia terus melangkah ke meja makan diikuti Jinyoung di belakangnya.
¤¤¤
Semua orang senyap memandang dan menikmati makanan sendiri. Jaebum makan dengan sangat lambat, oleh kerana badannya berasa tak selesa. Tubuhnya berpeluh lebih teruk dan bibirnya pucat. Nafasnya turun naik dengan sangat perlahan.
Dia mengalihkan pandangan, memandang Jinyoung yang tak perasan tentang keadaannya. Pandangannya terhadap Jinyoung tiba-tiba menjadi kabur. Dia memandang Saejoo pula. Cahaya di sekeliling kelihatan seperti bercampur, matanya semakin berat, tubuhnya melemah,
dan dia rebah dari kerusi di meja makan itu, tidak lagi sedarkan diri.
¤¤¤
Jaebum membuka mata perlahan-lahan, dan dia sedar dia bukan lagi di rumah Jinyoung. Siling putih itu ditatap lama dan kemudian dia mula memandang sekeliling. Hospital. Dia menoleh dan ternampak Jinyoung dengan Saejoo di kaunter.
"Nampaknya Jaebum-ssi tak ada beritahu encik tentang penyakit dia" kata doktor di kaunter itu. Jinyoung dan Saejoo menjadi risau, memandang satu sama lain seketika sebelum memandang doktor itu semula.
"Maksud doktor?" tanya Jinyoung. Doktor tersebut mengeluh, dan dia memandang keputusan kesihatan Jaebum.
"Im Jaebum-ssi, dia menghidap barah hati tahap IV. Dia dah beberapa kali datang sini untuk membuat pemeriksaan lanjut" terang doktor itu. Jinyoung dan Saejoo terkejut, lantas mereka menoleh dan terpandang Jaebum yang memerhatikan mereka. Jaebum tersenyum lemah.
¤¤¤
Saejoo, Jinyoung dan Jaebum masing-masing senyap ketika Jinyoung memandu pulang. Jaebum duduk di tempat duduk belakang, bersandar lemah dan memandang luar tingkap. Jinyoung menahan diri daripada menjatuhkan air mata.
"S-Sebab ni ke kau nak habiskan duit kau?" tanya Jinyoung, suaranya gagal ditahan dari bergetar, dan air matanya terbentuk. Jaebum masih memandang luar tingkap, senyuman lemahnya terukir.
"Eoh" jawab Jaebum.
"Aku nak orang sekeliling aku gembira sebelum aku pergi. Aku nak orang ingat aku" sambung Jaebum dengan nada lemah. Saejoo menggetap bibir menahan sebak. Air mata Jaebum terbentuk.
"Im Youngjae... Dia tak tahu pasal ni lagi..." kata Jaebum lagi. Jinyoung hanya mampu mendiamkan diri kerana dia takut dia akan menangis lebih teruk. Jaebum sekali lagi tersenyum lemah dan air matanya jatuh.
"Korang takkan beritahu dia, kan?"
Setelah beberapa ketika, akhirnya Jinyoung berhenti di tepi jalan, dan dia terus keluar dari perut kereta. Dia bersandar pada pintu, air matanya mula mengalir laju diikuti dengan tangisannya mula menjadi-jadi.
Jinyoung terduduk di atas jalan, raungan kecil kedengaran. Tangannya mencengkam dada, terasa sakit apabila memikirkan yang abang kembarnya itu sudah menghitung hari. Tangisannya tak mampu lagi ditanggung.
¤¤¤
"Youngjae?"
"Adik hyung~ Bangunlah"
"Im Youngjae, my angel~ Palli wake up"
Youngjae terbangun dari tidur dan perkara pertama yang dia nampak ialah Jaebum yang tersenyum manis membuatkan dia tersenyum juga. Dia memandang sekeliling yang sesak dengan kenderaan. Dia mengeliat dan serentak dengan itu, dia memandang jam. 11:25 malam.
"We're here?" tanya Youngjae, memandang luar tingkap menampakkan bangunan besar iaitu lapangan terbang. Jaebum mengangguk sambil membuka seatbeltnya. Youngjae turut melakukan perkara yang sama. Jaebum menjadi teruja.
"Kajja?" tanya Jaebum. Mereka memandang satu sama lain, ketawa sebelum dengan teruja mereka keluar dari perut kereta.
Dan jam 12:10 pagi, kapal terbang ke Jerman mula berlepas terbang.
30 minit berlalu, Jaebum memandang Youngjae di sebelahnya yang tertidur lena. Jaebum tersenyum lemah dan tangan Youngjae dicapai dengan tangannya.
"Kalau Youngjae bangun ni, mesti Jae marah" kata Jaebum dan dia ketawa kecil. Dia menatap wajah Youngjae yang kelihatan innocent kerana lena. Jaebum tersenyum dan terus-terusan menatap wajah adik kandungnya itu sehingga dia terlelap.
¤¤¤
Youngjae terbangun dari tidur dan dia perasan yang dia masih berada di dalam pesawat. Dia mula tersedar sepenuhnya dan melihat di tempat duduk sebelah, Jaebum tiada. Dia terus memandang sekeliling, melihat penumpang lain yang lena tidur.
"Jaebum hyung?" panggil Youngjae, namun tiada jawapan. Dia mula berdiri dan berjalan mencari Jaebum sehingga dia tiba di bahagian belakang di mana terletaknya tandas. Saat itu, dia terdengar orang muntah di dalam tandas tersebut.
Jantung Youngjae berdegup laju.
"J-Jaebum--" belum sempat Youngjae memanggil Jaebum, tiba-tiba pintu tandas itu unlock dan terbuka. Jaebum yang pucat dan berpeluh melangkah keluar dengan lemah dan dia terpandang Youngjae di hadapannya. Senyuman lemah diberikan.
"Eoh, Youngjae-ah. Nak guna toilet ke?" tanya Jaebum. Youngjae diam memandang Jaebum, dan dia tidak menjawab pertanyaan Jaebum.
"Hyung... gwenchana?" tanya Youngjae, agak risau tetapi wajahnya tak menunjukkan yang dia risau. Jaebum ketawa kecil dan mengangguk.
"Hyung okay. Cuma kita dah lama tak naik flight. Hyung jadi mabuk" kata Jaebum dengan nada lemah dan dia jalan dulu ke tempat duduknya, membiarkan Youngjae statik dengan mata mengekori pergerakan Jaebum.
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfiction"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31