"Youngjae-ah.."
"Hm?"
"Mianhae. Hyung tak dapat cari ticket pergi Jerman esok"
"Gwenchana. Kita boleh pergi lusa. Lagipun esok Jae ada kelas"
Cafe di kampus Seoul Art itu penuh dengan pelajar, oleh kerana kebanyakkan mereka sedang makan tengahari. Youngjae berjalan ke sebuah meja kosong dengan menatang sebuah dulang berisi sandwich dan susu.
Dia mengambil tempat duduk, dan tanpa perasan, satu kumpulan terdiri daripada 3 orang jejaka memerhatikannya. Dia mula membuka kotak susunya saat salah seorang datang menghampiri. Kerusi di hadapan Youngjae ditarik dan jejaka tersebut mengambil tempat duduk. Youngjae memandangnya serious.
"Nak apa?" tanya Youngjae nak tak nak. Yugyeom memeluk tubuh, membalas pandangan Youngjae penuh tajam.
"Anni, nothing. Cuma nak beritahu, Gyeom suka sangat dengan kulit hyung" kata Yugyeom dengan nada perli dan secara tiba-tiba dia memegang pergelangan tangan Youngjae. Youngjae cuba menyentap tetapi pegangannya terlalu kuat membuatkan Youngjae memandangnya tajam.
"Lepaskan" kata Youngjae menahan sabar. Yugyeom turut memandangnya tajam.
"Ah, mian~ Gyeom lupa hyung tak suka skinship. Mianhae~" Yugyeom sengaja dan dia melepaskan tangan Youngjae. Dua lagi ahli kumpulan Yugyeom hanya ketawa dari meja lain apabila Yugyeom bangun dan menghampiri mereka.
Youngjae menggetap gigi menahan marah. Kemudian dia menoleh tajam memandang kumpulan tersebut sebelum bangun dengan kasar dan menghampiri mereka, atau lebih tepat, menghampiri Yugyeom.
Yugyeom mendongak memandang Youngjae yang berdiri betul-betul di sebelah kerusinya. Youngjae tanpa berfikir panjang terus menumbuk pipi Yugyeom menyebabkan Yugyeom terjatuh dari kerusi. Dua kawan Yugyeom terkejut manakala Yugyeom terus memandang Youngjae tajam sambil memegang pipinya yang merah.
"Mwohya?!" marah Yugyeom. Youngjae membuat muka tak bersalah.
"Gyeom suka sangat kulit hyung, kan? So have a taste of it" kata Youngjae tenang dan dia terus berlalu pergi.
¤¤¤
"I've come~!" kata Jaebum, memasuki studio tempat dia bekerja. Rakan sekerjanya yang sedang bermain piano untuk mencipta lagu baru itu lantas menoleh, melihat Jaebum datang ke arahnya dengan dua cawan kopi.
"Kau buat apa dekat sini? Kau kan dah ambil cuti semalam" kata Mark dan dia kembali memandang piano di hadapannya. Jaebum mengambil tempat duduk di atas sofa, meletakkan kopi tadi di atas meja di hadapan sofa itu.
"Saja~ Youngjae ada kelas sekarang so aku tak ada kerja nak buat, aku datanglah sini. Bambam mana?" tanya Jaebum terus selepas menjawab pertanyaan Mark.
"Tengah tulis lyrics. Budak tu seriously, nasib baik kau tak bagi pecat. Seriously buat kerja macam apa je" bebel Mark dan dia menggulingkan mata sebelum sambung bekerja. Jaebum ketawa kecil sebelum memandang Mark yang membelakanginya itu agak lama, otaknya memikirkan sesuatu.
"Mark-ya" panggil Jaebum, masih berfikir.
"Hm?" jawab Mark tanpa menoleh. Jaebum diam seketika.
"Boleh aku cuti lama sikit? Like... 5 days?" tanya Jaebum. Mark berhenti bermain piano, menutup mata menahan sabar dan dia mengeluh berat. Dia memusingkan kerusinya menghadap Jaebum.
"Yah, kau ingat ni studio kau? Huh? Senang-senang je nak amik cuti tiba-tiba macam ni?" kata Mark bernada tenang tetapi matanya memandang tajam ke arah Jaebum. Jaebum membuat muka tak bersalah.
"Well~ Aku dah kerja tanpa cuti selama 2 tahun straight, kan?"
"Tu tak bermaksud kau boleh minta cuti tiba-tiba macam ni!" marah Mark, dan dia memandang Jaebum atas bawah, penuh ketidakpuasan hati. Jaebum mencebik sedikit dan dia mencapai kedua-dua tangan Mark.
"Alaa~~ Mark-ya~~ Boleh lah, eoh? Aku dah lama tak pergi bercuti dengan Youngjae and Youngjae request nak pergi Jerman so takkan aku nak tolak, kan? Boleh lah~~" pujuk Jaebum. Tangan Mark digoyang-goyangkan membuatkan Mark berasa rimas.
"Eishh araseo araseo!" Mark mengalah, menyentap tangan dari pegangan Jaebum. Matanya memandang Jaebum tajam.
"Kau patut berterima kasih dekat adik kau sebab request benda-benda macam tu! Jerman...aish jinjja" bebel Mark sambil menjeling Jaebum. Jaebum tersengih comel.
"Gumawo~~" kata Jaebum riang. Mark menggulingkan mata dan dia memusingkan kerusi menghadap piano semula. Jaebum berdiri teruja.
"Then.. Aku pergi dulu. Work well~!" kata Jaebum dan dia terus melangkah pergi. Mark membesarkan mata, terkejut dan dia menoleh memandang Jaebum yang keluar dari pintu bilik itu.
"Yah! Kau datang semata-mata tu je?!"
"Yah, you punk!"
¤¤¤
Semua pelajar universiti itu melangkah keluar dari kampus dengan tangan masing-masing mula membuka payung kerana hari hujan. Mereka bergerak pantas, menjadikan pintu utama kampus itu semakin lengang.
Youngjae melangkah keluar perlahan, dan dia melihat langit yang kelabu dan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti menjatuhkan air. Youngjae mengeluh, tangannya memegang strap bag sandangnya sebelum dia tunduk memandang kasut.
¤¤¤
Seorang peguam melangkah keluar dari sebuah bangunan sambil berbincang dengan pelanggannya penuh serius. Tanpa dia sedari, ada seseorang menghampirinya.
"Jinyoung-ah!"
Jinyoung menoleh, melihat Jaebum yang datang ke arahnya sambil tersenyum. Jinyoung memandang semula pelanggannya, berbincang sedikit lagi sebelum tunduk ke arah pelanggannya yang berlalu pergi. Dia menoleh kembali ke arah Jaebum yang sudah tiba di sebelahnya.
"Kau buat apa dekat sini? Aku tengah kerjalah" kata Jinyoung. Jaebum membuat muka tak bersalah, dan dia membalut tengkuk Jinyoung dengan lengan tangannya.
"Eyy kejap je. Jom, ikut aku" kata Jaebum dan dia mula berjalan serentak dengan Jinyoung. Jinyoung ketawa kecil.
¤¤¤
"Woah~~ Luasnya kereta ni!" kata Jaebum, melihat sekeliling kereta yang dipamerkan di kedai kereta itu. Jinyoung hanya diam, memandang Jaebum yang kagum dengan kereta jenama baru itu. Jaebum membalas pandangan Jinyoung dan tersenyum.
"Jinyoung-ah. Kau nak kereta ni? Aku hadiahkan" kata Jaebum teruja. Jinyoung diam, memandang Jaebum lama.
"Kau kenapa?" tanya Jinyoung. Jaebum membuat muka terpinga-pinga membuatkan Jinyoung menyambung kata-katanya. "Kau memang nak habiskan duit kau sekali gus ke apa?"
Jaebum ketawa kecil dan dia memegang steering yang berada di hadapannya. Jinyoung mengeluh kecil melihat Jaebum.
"Anni-ya~ Keluarga kau dah banyak tolong aku selama ni. Sediakan makan malam tiap-tiap hari, jaga Youngjae dengan baik macam adik-beradik kandung kau. So aku just nak hadiahkan kau something sebagai tanda terima kasih" kata Jaebum tenang. Jinyoung sekali lagi memandangnya lama.
"Yah, aku ikhlas. Berhentilah merapu macam ni" kata Jinyoung dan dia terus melangkah keluar dari perut kereta itu. Jaebum terkejut.
"Yah, Jinyoung-ah!" panggil Jaebum dan dengan pantas dia melangkah keluar dari perut kereta dan mengejar Jinyoung. Langkahnya terhenti dari mengejar Jinyoung apabila telefon bimbitnya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dia mengerutkan dahi melihat nama pemanggil itu dan dia menjawab panggilannya.
"Yeobuseyo?"
Jaebum terkejut.
"Nae?!"
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfic"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31