Chapter 8

490 62 2
                                    

Pagi itu, Youngjae keluar daripada biliknya sambil menyandang beg untuk ke universiti. Jaebum telah memberitahu Youngjae yang dia akan berhenti kerja. Youngjae tak berasa musykil, tetapi dia tetap bertanyakan kenapa.

"Ey~ Kan Jae nak luangkan banyak masa dengan hyung?" kata Jaebum sambil tersenyum nakal kemudian dia ketawa kecil.

"Jadi mulai hari ni, hyung hantar and jemput Jae dari kampus okay? Tunggu hyung tau!"

Youngjae menuju ke ruang tamu untuk memakai kasut tetapi kemudian dia terhenti apabila dia melalui hadapan pintu bilik air. Jantungnya berdegup agak laju, dan dia memandang ke arah bilik air di mana dia mendengar bunyi Jaebum muntah.

Mata Youngjae membentukkan cecair jernih.

Dia kemudian memandang lantai, mengawal diri daripada menangis dan dia menggenggam penumbuk. Dia tak nak Jaebum tahu yang dia sudah mendapat kepastian Saejoo tentang penyakitnya. Dia menaikkan ego, mula bergerak semula ke ruang tamu.

"Hyung! Jae pergi dulu!" jerit Youngjae sambil meletakkan beg di tepi lalu mengambil kasut di dalam rak.

"Kejap! Hyung hantarkan!" balas Jaebum dari dalam bilik air antara nafasnya yang tercungap-cungap. Youngjae siap menyarungkan kasut lantas mencapai beg semula.

"Tak payah! Hyung tak patut makan banyak semalam walaupun hari last hyung kerja! Dasar pelahap" bebel Youngjae, cuba membohongi Jaebum oleh kerana Jaebum memberitahu yang dia adakan farewell party semalam bersama Mark. Hakikatnya Youngjae tahu,

Jaebum hyung bukan muntah sebab makan banyak.

Baru sahaja Youngjae hendak keluar, pintu bilik air terbuka dan Youngjae menoleh sejurus namanya dipanggil oleh Jaebum. Jaebum menjengahkan kepala keluar dari pintu, kelihatan berpeluh dan pucat tetapi dia cuba tersenyum manis. "Happy birthday" ucap Jaebum lembut.

Youngjae hampir menangis.

"Hyung-- aish, pergi jelah muntah! Benda tu bukan penting!" marah Youngjae dan dia terus keluar dari rumah mereka.

Youngjae menutup pintu perlahan, pandangannya terus memandang kasut. Wajahnya yang tadi berriak marah, menjadi lemah. Dia memasukkan tangan di dalam poket sweaternya dan mula berjalan.

Empat tapak.

Enam tapak.

Air mata Youngjae terbentuk. Youngjae menggigit bibir agak kuat untuk menahan tangisan. Malang sekali, air matanya mengalir deras dari tubir membuatkan dia tak mampu bertahan lagi lalu menangis. Tangisannya semakin teruk dan dia mempercepatkan langkah.

Dan akhirnya dia cangkung, menutup muka dengan tangan.

Tangisannya bertukar raungan kecil dan Youngjae tak mampu lagi menghentikan tangisannya. Memikirkan yang abang kandungnya akan pergi, sama seperti ibu bapanya, raungan Youngjae menjadi semakin kuat. Sesak nafasnya tak dipedulikan.

Apa yang dia pedulikan sekarang hanyalah menangis.

Menangis dan mengharapkan ini semua mimpi ngeri sahaja.

¤¤¤

Youngjae berdiri agak jauh dari tempat Yugyeom dan dua kawannya berada, dan Youngjae dalam keadaan berdebar. Dia mengigit bibir bawah, tak tahu apa yang patut dibuat.

Jaebum menyuruh Youngjae mencari kawan dan dia mencadangkan supaya bermula dengan mengajak seseorang untuk hang out pada hari jadinya. Itu yang Youngjae cuba lakukan. Dia ingin mengajak Yugyeom keluar dan berseronok.

Youngjae masih lagi nervous seorang diri sehinggalah Yugyeom terpandang ke arahnya. Dia agak tersentak, tak tahu reaksi apa yang hendak diberikan. Yugyeom diam seketika, kemudian dia sambung berbual dengan dua kawannya.

Youngjae terdiam melihat reaksi Yugyeom, dan tanpa sebab Youngjae menggenggam penumbuk. Dia mengeluh, muka yakin mula kelihatan.

¤¤¤

Jaebum berlari anak, keluar dari rumah dan menuju ke peti surat untuk mengambil surat yang dihantar hari itu. Dia mengeluarkan beberapa surat yang ada, dan tiba-tiba langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah persisiran pantai di hadapan rumahnya itu.

Kelihatan Youngjae seperti biasa, memeluk lutut membelakangi rumah mereka dan menghadap laut. Jaebum menjadi sedikit keliru dan dia melihat jam tangannya. 4:32 petang.

Youngjae mengeluh. Dia hanya termenung memandang ke arah laut biru yang luas terbentang itu tanpa fikirannya mahu memikirkan apa-apa. Pelukan di lututnya dibetulkan supaya selesa, dan sekali lagi keluhan kecil keluar daripada mulutnya.

"Buat apa ni? Hyung ingat Jae hang out dengan kawan" Jaebum menyapa dari belakang membuatkan Youngjae terkejut. Dia menoleh dan mendongak, mengekori langkah Jaebum yang mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Hyung..."

Jaebum turut memeluk lutut, dan dia memandang ke arah laut untuk seketika sebelum memandang Youngjae dengan senyuman manis di bibir. "Kenapa duduk sini?" tanya Jaebum lembut. Youngjae terdiam seketika sebelum dia memandang hadapan semula, kelihatan serbasalah.

"...Youngjae tak pergi hang out" kata Youngjae perlahan sambil matanya mengubah pandangan memandang pasir. Jaebum menjadi sedikit tertanya-tanya.

"Wae? Kawan Jae busy ke?" tanya Jaebum lagi dan Youngjae semakin kelihatan serbasalah.

"....Anni....Youngjae tak ajak sesiapa pun.." kata Youngjae perlahan.

Jaebum terkejut dan hampir sahaja dia hendak melahirkan rasa tidak puas hati, tetapi melihat Youngjae yang kelihatan serbasalah, dengan tangan adiknya itu mula menguis seluar membuatkan dia terdiam. Dia mengambil masa agak lama sebelum tersenyum kecil.

"Yah, tepi tangan"

Youngjae terkejut apabila Jaebum tiba-tiba memberi arahan sedemikian dan dia semakin keliru apabila dia melihat Jaebum mula melipat seluarnya sehingga paras lutut. Seluar Jaebum juga sudah dilipat sedemikian membuatkan Youngjae menjadi terpinga-pinga.

"A-Apa hyung buat ni?" tanya Youngjae. Jaebum selesai melipat seluar Youngjae lantas menoleh ke arah adik lelakinya itu dan mencekak pinggang.

"Apa yang Youngjae fikir? Eoh? Duduk termenung je sepanjang birthday sendiri woah serious membosankan Jae ni jinjja" bebel Jaebum dan Youngjae semakin keliru. Jaebum kemudian berdiri dan dia menarik tangan Youngjae untuk bangun.

"Yah, cepat bangun, budak gemuk! Mana ada birthday boy duduk termenung je! Jom main dengan hyung palli!" kata Jaebum sambil menarik Youngjae berdiri.

Mereka kemudian menghabiskan masa bermain di persisiran pantai, bermula dengan merendam kaki dan menyimbah satu sama lain, diikuti membuat arca menggunakan pasir dan akhirnya mereka berdua terbaring di pasir, dengan Youngjae berbantalkan lengan Jaebum. Mereka tercungap-cungap dengan senyuman berbaki di bibir mereka.

"Hyung menyeronokkan, kan?!" tanya Jaebum seperti menjerit pada langit.

"Eoh!" jawab Youngjae dengan kekuatan suara yang sama.

"Jae sayang hyung kan?!"

"Eoh!"

"Jae pilih hyung or Jae pilih video game?!"

"Video game!"

Sejurus itu Youngjae terus bangun dan melarikan diri, membiarkan Jaebum yang terkejut.

"Yah! Budak gemuk! Come back here!" Jaebum turut bangun dan mengejar Youngjae dengan gelak ketawa memecah sunyi pantai itu bersama ombak.

[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now