Semua senyap menikmati makan malam di rumah Jinyoung malam itu. Walaupun Jaebum sudah tidak bekerja, Jinyoung tetap berkeras menyuruh mereka makan di rumahnya dengan alasan rumah itu terasa kosong tanpa mereka sewaktu makan malam.
Taesoo yang sedang makan kemudian terpandang ke arah Youngjae yang sedang khusyuk makan makanannya. Dia terfikir sejenak.
"Hari tu kau gaduh dekat kampus kan?" tanya Taesoo membuatkan Youngjae terhenti makan. Yang lain turut kelihatan terkejut dan Saejoo cuba menamatkan suasana mengejut itu.
"Han Taesoo, kenapa tanya macam tu?" kata Saejoo lembut. Youngjae kembali makan, dengan reaksinya kelihatan sedikit marah.
"Anniya, Tae cuma nak kepastian" kata Taesoo, memandang kakaknya sebelum memandang Youngjae semula. "Betul kan? Kau gaduh dengan budak junior?" tanya Taesoo lagi. Jinyoung mengeluh, kali ini dia pula ingin menegur Taesoo.
"Han Tae--"
"Tak ada kaitan dengan kau" kata Youngjae tenang dan dia masih makan. Taesoo kemudian bertindak mendekatkan diri sedikit.
"Waegeurae? Aku dengar dia buat sesuatu yang kau tak suka. Jinjjaya? Sebab tu ke kau tumbuk dia? Budak kampus cakap--"
"Yah, diamlah!" Youngjae mengamuk dan dia menghempas chopstick di atas meja sambil memandang Taesoo dengan tajam. Taesoo tersentak, memandang ke arah Youngjae dengan muka yang agak tak puas hati. Jinyoung dan Saejoo memandang satu sama lain dan memandang Jaebum. Jaebum terdiam seketika sebelum bertindak menyambung makan.
Youngjae menjeling Taesoo dan kembali memegang penyepitnya sebelum menyuap dengan agak kasar. Taesoo berasa marah, dan geram pada masa yang sama. Dia tiba-tiba terfikir sesuatu dan tanpa berfikir panjang, dia mengucup pipi Youngjae. Youngjae lantas menepis dan berdiri manakala Jinyoung dan Saejoo terkejut.
"Yah!! Apa masalah kau?!!" jerit Youngjae dengan lantang sambil mengelap pipinya.
"Han Taesoo!" marah Saejoo. Taesoo memandang kakaknya tajam. Saejoo terasa sedikit serbasalah dengan perangai adiknya yang membuatkan Youngjae marah.
"Mianhae, Youngjae-ah. Sini, tukar tempat dengan hyeongsu lepas tu sambung makan, okay?" pujuk Saejoo dan dia berdiri untuk bertukar tempat dengan Youngjae.
"Anni, Saejoo-ah. Jangan tukar tempat dengan dia" Jaebum tiba-tiba bersuara membuatkan semua terkejut. Jaebum kelihatan marah memandang makanannya, dan Youngjae nampak tangan Jaebum memegang penyepit dengan kuat membuatkan Youngjae sedikit takut. Jinyoung dan Saejoo tidak tahu hendak buat apa.
"Youngjae, duduk, makan" Jaebum memberi arahan dengan nada yang dikawal. Youngjae lantas memandang tempat lain, muka marahnya masih kelihatan.
"Tak nak" jawab Youngjae perlahan. Jaebum kemudian menhempas penyepit membuatkan semua tersentak.
"Im Youngjae. Hyung kata duduk, makan" Jaebum mengulang kata-katanya, berusaha menahan marah. Youngjae menggenggam penumbuk, masih berdegil.
"Tak nak. Tae kacau Jae" kata Youngjae lagi. Jaebum tidak tahan lagi lantas dia berdiri dengan kasar dan dia mencapai pergelangan tangan Youngjae.
"Ikut hyung" Jaebum memaksa Youngjae berjalan dengan menariknya membuatkan Youngjae akur walaupun air matanya terbentuk. Jinyoung dan Saejoo kelihatan panik.
"Jaebum-ah!"
Jaebum menarik Youngjae sehingga ke dalam bilik tidur tetamu, dan dia melepaskan tangan Youngjae untuk menutup pintu sebelum dia memandang Youngjae. Youngjae tertunduk ke lantai manakala Jaebum tak lagi mampu menahan marahnya.
"Apa yang Youngjae fikir? Eoh?! Lepas macam-macam yang diorang dah buat untuk kita, tu yang Youngjae balas?! Yah, Im Youngjae! Diorang je keluarga yang kita ada takkan dengan diorang pun Jae nak buat hal?!! Tak cukup buat hal dengan kawan, nak buat hal dengan family sendiri juga?!! Sampai bila Jae nak macam ni?! Eoh?! Jae takkan dapat hidup sorang macam mana kalau Jae ada masalah?! Siapa yang nak tolong Jae?! Eoh?! Siapa yang nak sokong Jae siapa yang nak teman Jae?! Siapa, Im Youngjae, beritahu hyung!!"
"Hyung lah!!!" Youngjae menjerit kuat sambil menekup telinganya, menghentikan berang Jaebum. Jaebum terkejut lantas air matanya terbentuk apabila Youngjae mengangkat kepala dan memandangnya dengan sedu-sedan kedengaran jelas daripada bibir. Youngjae tidak lagi menahan tangisannya, membiarkan air mata mengalir di samping nafasnya yang mula tersekat dan dengan perlahan dia menurunkan tangannya dari menekup telinga.
"Hyung hidup jelah sampai bila-bila dan teman Youngjae sampai bila-bila! Hyung lah yang kena sokong Youngjae! Hyung lah yang kena tolong Youngjae kalau Youngjae ada masalah!! Hyung abang Youngjae, kan?! Kenapa Youngjae mesti hidup sorang-sorang?!! Tak boleh ke hyung hidup sampai bila-bila dan teman Jae?!! Hyung dah janji kita hidup sama-sama sampai tua, kan?!! So kenapa Youngjae mesti hidup sorang-sorang?!! Youngjae tak nak hidup sorang-sorang Youngjae nak hidup dengan hyung!!" marah Youngjae dalam tangisannya dan raungannya mula menjadi-jadi. Jaebum terkedu, air matanya mengalir deras melihat keadaan Youngjae yang kelihatan sangat menyedihkan. Youngjae memegang tangan Jaebum saat raungannya semakin kuat.
"Hyung janganlah mati... Hyung jangan tinggalkan Youngjae jebal hyung jebal...." rayu Youngjae dalam raungannya dan dia terbatuk-batuk sebelum menangis lagi.
Jaebum terkedu, air matanya mengalir begitu deras dan dia merasakan hatinya hancur apabila dia sedar,
Dia tahu.
Im Youngjae tahu keadaan aku.
Jaebun terasa lututnya lemah lantas dia terus memeluk Youngjae dengan erat, cuba menenangkan adik lelakinya itu meskipun tangisan sendiri tak mampu di tahan. Akhirnya dia turut menangis makin teruk dan dia memejam mata rapat, membiarkan raungan kecil kedengaran dari bibirnya.
"Oh my god, Im Youngjae, maafkan hyung.."
"Maafkan hyung.. Hyung betul-betul minta maaf.. Mianhae, Youngjae-ah jeongmal mianhae..." Itu sahaja yang Jaebum mampu ungkapkan dan tangisannya semakin teruk.
Hyung akan mungkir janji.
Hyung minta maaf.
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fiksi Penggemar"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31