"Hyung nak lepak tepi pantai ke hari ni?" tanya Yugyeom ketika dia dan Youngjae sedang berjalan untuk keluar dari kampus. Youngjae menggeleng kepala dan dia memandang Yugyeom yang bersedia untuk mendengar kata-katanya.
"Jaebum hyung dah tak boleh keluar hospital. So habit tu Jae takkan buat untuk sementara waktu ni" balas Youngjae sambil tersenyum. Yugyeom mengangguk faham.
"Then, jumpa esok!" kata Yugyeom dan Youngjae tak sempat membalas apabila dia sudah berhenti dan melihat Yugyeom berlari meredah hujan di luar kampus itu. Dia memandang langit, melihat hujan lebat yang membasahi bumi.
Beberapa pelajar lain sudah pun membuka payung dan melangkah pergi, akhirnya meninggalkan Youngjae seorang diri di hadapan pintu. Youngjae tersenyum kecil. 80% hujan.
Youngjae membuka payung yang dia keluarkan dari begnya, lalu meredah hujan di bawah payung yang melindunginya.
¤¤¤
Saejoo melangkah turun dari tingkat dua rumahnya dan dia bertemu dengan Youngjae yang sedang duduk di meja makan, menulis sesuatu. Saejoo menjadi sedikit keliru oleh kerana waktu itu Youngjae biasanya berada di hospital dengan Jaebum.
"Youngjae?" tegur Saejoo. Youngjae mengangkat kepala memandang Saejoo dan tersenyum manis. Saejoo mengambil tempat duduk di sebelah Youngjae, melihat apa yang Youngjae lakukan.
"Buat apa?" tanya Saejoo lembut. Youngjae sambung menulis dan Saejoo perasan yang Youngjae menulis sebuah kad dengan sangat tekun. Saejoo menjadi sedikit keliru kemudian Youngjae menoleh memandang Saejoo.
"Hyeongsu, tolong Jae boleh tak?" tanya Youngjae, agak riang nadanya. Saejoo tersenyum melihat Youngjae yang tak seperti dulu, dingin dan susah untuk senyum. Saejoo menongkat dagu dan mengangguk kecil.
"Sure. Tapi hyeongsu nak tanya. Kenapa Jae nampak happy sangat hari ni?" tanya Saejoo lembut. Youngjae kembali memandang kad di atas meja itu, dan dia memandang Saejoo semula.
"Ada berita baik berlaku dekat kampus" kata Youngjae dan dia tersengih comel. Saejoo ketawa kecil melihat kecomelan Youngjae.
"Jinjja? Apa dia?" tanya Saejoo. Youngjae menggeleng kepala sambil melipat kad yang ditulisnya tadi. Dia menunjukkan kad kepada Saejoo sambil tersenyum nakal.
"Tunggu malam ni, waktu Baek Hyo Joo on-air, and dia baca kad-kad yang orang hantar untuk didedikasikan" kata Youngjae semangat dan dia terus bangun, mencapai beg dan berlari ke pintu utama.
"Jae pergi dulu! Dengar radio malam ni tau!" kata Youngjae dan dia keluar dari rumah tersebut. Saejoo terkedu seketika dan akhirnya ketawa kecil. He's cute.
¤¤¤
Jaebum tersenyum lemah melihat Youngjae malam itu yang bersikap agak aneh. Aneh yang bagus. Sejurus Youngjae tiba jam 8 malam tadi, dia terus menghidupkan radio yang terletak di atas meja sebelah katil dan dia banyak berbual dengan Jaebum.
Pukul 11, Youngjae baring di sebelah Jaebum dan dia yang memulakan langkah untuk memeluk Jaebum terlebih dahulu. Baek Hyo Joo bersuara sayup dari radio masa tersebut dan Jaebum hanya memerhati wajah Youngjae di sebelahnya.
Kali keberapa Jaebum pun tak tahu Youngjae menguap malam itu tetapi adik lelakinya itu masih berdegil untuk terus berjaga. Jaebum tersenyum melihat kecomelan Youngjae yang terkebil-kebil menahan ngantuk.
"Yah, Jae boleh tidur kalau Jae nak" kata Jaebum seakan berbisik. Youngjae terus membesarkan mata, memandang ke arah Jaebum dengan mengharapkan abangnya percaya yang dia belum ngantuk.
"Taklah. Jae belum ngantuk. Lagi pun Jae tak nak tidur" kata Youngjae dengan suara lemahnya dan dia cuba senyum semanis mungkin. Jaebum tersenyum sambil membetulkan rambut hadapan Youngjae.
"Kenapa?" tanya Jaebum. Youngjae kemudian ketawa kecil.
"Nanti Jae tak nampak muka hyung" jawab Youngjae. Jaebum terdiam, air matanya terbentuk tanpa Youngjae perasan.
Lebih kurang 20 minit berlalu, Youngjae tak mampu menahan ngantuk lagi lantas dia dengan perlahan memejamkan mata. Pelukannya pada Jaebum yang tadi erat mula melonggar. Dia mula tertidur lena dan Jaebum menatapnya lama. Bibir pucat Jaebum mengukir senyuman lemah dan air matanya mengalir ke bantal.
"Kad yang saya terima seterusnya ini datang daripada Im Youngjae. Dalam kad ini tertulis 'Annyeonghaseyo, saya ialah pelajar tahun ketiga yang suka melihat laut, Im Youngjae imnida. Kad ini saya tujukan untuk abang saya yang sedang bertarung nyawa di hospital kerana barah hati. Saya harap Baek Hyo Joo-ssi akan bacakan kad saya. Jaebum hyung, ni adik kesayangan hyung..' " serta-merta suara Baek Hyo Joo hilang dari telinga Jaebum, dan suara riang Youngjae mula kedengaran seolah-olah dia yang membaca kad tersebut.
' ..Im Youngjae. Hyung tengah dengar, kan? Youngjae ada baaanyak perkara nak beritahu hyung. Jadi hyung, dengar betul-betul tau! '
' Omma dengan appa dah tinggalkan kita lama dulu. Jae tak percaya yang hyung akan tinggalkan Jae juga tak lama lagi. Betul, Jae banyak kali minta hyung janji supaya hyung takkan tinggalkan Jae. Tapi Jae tahu hakikatnya. Gwenchana, hyung tunggu dekat sana dengan omma dan appa. Nanti Jae datang, okay? '
' Hyung, terima kasih sebab jaga Jae selama ni! Hyung sanggup tak tidur asalkan hyung boleh kerja dan dapatkan duit untuk perbelanjaan universiti Jae. Hyung banyak berkorban. Rasanya Jae yang tak perasan selama ni. Jae asyik ingat hyung ni pentingkan kerja berbanding Jae. Tak betul kan? Jae paling utama dalam hidup hyung, kan? '
' Lagi satu, Jae minta maaf sangat-sangat sebab sikap Jae ni. Jae tak suka skinship jadi Jae tak suka berkawan. Hyung mesti banyak terima masalah sebab perangai Jae kan? Then, Jae tak pandai jaga diri even Jae dah cukup besar. Banyak perkara hyung risau pasal Jae. '
' Jadi sekarang hyung jangan risau lagi, okay? Mulai sekarang, Jae akan bawa payung pergi kampus kalau peramalkaji cuaca kata positive hujan. Jae akan masuk rumah sebelum pukul 6:30 kalau Jae pergi duduk tepi pantai. Jadi hyung jangan risau lagi, adik hyung akan jaga diri baik-baik mulai sekarang! '
' Ah, hampir terlupa! Hyung, tadi dekat kampus, ada company datang nak tawarkan kontrak untuk Jae jadi penyanyi bawah naungan diorang lepas Jae habis belajar. Kalau hyung tak buat hajat untuk tengok Jae nyanyi depan orang ramai, mesti perkara ni takkan terjadi. Gumawo, hyung! Jae janji Jae akan buat satu dunia dengar suara kegemaran hyung ni! Hyung pun dekat 'sana', dengar suara Jae, tau? '
' Jaebum hyung. Sejujurnya... Jae tak nak hyung pergi. Tapi Jae tahu Jae takkan mampu ubah apa-apa. Dan Jae tak nak hyung risaukan Jae waktu hyung pergi nanti. Jadi Jae harap bila hyung dengar ni, hyung akan lega. Adik hyung boleh hadapi semua ni, kan? '
' Hyung, sleep well, okay? Jae akan ingat semua memori kita sampai bila-bila. Hyung ialah abang terbaik dalam dunia! Saranghaeyo, Jaebum hyung! '
' Sayang, Youngjae '
Air mata Jaebum mengalir deras, melihat wajah Youngjae yang masih lena tidur di sebelahnya. Jaebum tersenyum lemah dan akhirnya dia mengucup lembut dahi adik lelakinya itu.
Gumawo, Im Youngjae.
Hyung sayang Youngjae.
Sangat-sangat.
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfic"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31