"Unnie, Tae pergi dulu!" kata Taesoo sambil menuruni tangga dengan laju sambil menyandang begnya, bersedia untuk ke kampus. Saejoo yang baru keluar dari dapur lantas mendepa tangan dan berpelukan.
"Okay, take care" kata Saejoo dan dia melihat Taesoo keluar sebelum tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia mengeluarkan telefon daripada apron yang disarungnya dan sejurus dia membaca nama pemanggil, dia mengerutkan dahi lalu menjawab.
"Eoh, Youngjae-ah" jawab Saejoo.
"Uhm...Hyeongsu"
"Ya? Kenapa?" tanya Saejoo bernada lembut, agak risau mendengar nada Youngjae.
"Jaebum hyung kata hari ni dia overtime sampai pukul 11 malam. So... boleh tak hyeongsu teman Jae balik pukul 8 nanti?" tanya Youngjae dari dalam panggilan. Nada Youngjae agak lemah, membuatkan Saejoo agak risau.
Tetapi berbanding risau, Saejoo agak keliru. Youngjae jenis yang cold-heart dan suka menyendiri, jadi tiada sebab untuk Youngjae mengajaknya jalan bersama.
"Araseo. Nanti hyeongsu jemput Jae"
¤¤¤
"I have arrive~" Jaebum melangkah masuk ke dalam bilik recording di mana Mark sedang mencipta nada instrumental baru. Mark menoleh ke arahnya. "Oh, you're here"
Jaebum meletakkan kotak donut yang dibelinya tadi di atas meja dan dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Mark. Mark mula fokus kepada kerjanya semula.
"Since aku kata dengan Youngjae yang aku akan overtime hari ni, jom buat lagu sebanyak boleh sebelum aku berhenti" kata Jaebum semangat dan tangannya mula bergerak manakala Marl berhenti bekerja, mata memandang pehanya sendiri.
"Jaebum-ah"
"Eoh wae?"
Mark diam seketika.
"Aku... decide nak stop"
Tangan Jaebum terhenti, terkejut sedikit. Dia mengambil masa sebelum menoleh ke arah Mark, agak tak percaya dengan apa yang dia faham. Mark membalas pandangannya.
"Aku nak tutup studio ni" kata Mark lebih jelas. Jaebum terkedu, dia betul-betul tak sangka dengan apa yang dia dengar.
"M-Mark-ya..." panggil Jaebum perlahan, memandang wajah lemah Mark dengan muka tak percaya. Mark diam sebelum dia bertindak memandang peha semula, cuba menahan diri dari menangis.
"Keurae. Memang ramai orang yang boleh buat lagu lagi hebat dari kau" kata Mark dengan nada yang agak tidak puas hati, kemudian dia memperlahankan nada. "Tapi aku tak rasa ada orang yang terima perangai panas baran aku ni selain kau"
Jaebum masih terkedu, tetapi kali ini dia berasa sedikit tersentuh. Mark sedar yang Jaebum tidak bersuara membuatkan dia berasa suasana terlalu sedih. Dia cuba menampakkan yang dia okay.
"Tak payah nak fikirkan aku! Lagipun aku memang nak tutup studio ni sejak dulu" kata Mark, egonya masih tinggi dan dia membalas pandangan Jaebum.
"Aku akan buka kelas muzik nanti. Bambam pun akan kerja dengan aku. So jangan nak risau keadaan kitorang, fikir je pasal diri kau, araseo?!" kata Mark seperti mengarah. Jaebum mendiamkan diri agak lama sehingga Mark kembali tunduk dan akhirnya dia tersenyum lemah.
"Araseo" kata Jaebum, lembut.
"Gumawo, Mark-ya"
Jaebum mengambil masa sebelum dia mula bekerja semula, dan tanpa dia perasan Mark menoleh membelakanginya, cuba menahan sebak.
¤¤¤
Saejoo dan Youngjae masing-masing senyap, berjalan dengan sangat perlahan di laluan pejalan kaki untuk pulang ke rumah Jinyoung malam itu. Oleh kerana Youngjae duduk di perpustakaan selepas kelasnya tamat, dia terus menuju ke rumah Jinyoung tanpa melakukan tabiatnya iaitu duduk di persisiran pantai berhadapan rumahnya.
"Jae makan tak petang tadi?" tanya Saejoo, cuba memecahkan sunyi. Youngjae mengambil masa sebelum membalas pandangan Saejoo. Dia tersenyum kecil dan mengangguk, lalu masing-masing kembali memandang ke arah berbeza, Saejoo memandang hadapan, Youngjae memandang kakinya yang melangkah.
Tangan Youngjae yang diseluk ke dalam poket sweaternya itu mula menggenggam penumbuk. Youngjae menggigit bibir bawah, fikirannya ligat memikirkan sesuatu.
"...Hyeongsu" panggil Youngjae dan Saejoo memandangnya tanpa berhenti menapak. Tangan Youngjae digenggam lebih kuat. Youngjae mengawal diri.
"J-Jaebum hyung. Dia makan banyak sangat ubat" kata Youngjae perlahan dan Saejoo tersentak sedikit. Youngjae membalas pandangan Saejoo dan mereka berdua berhenti.
"Jaebum hyung sakit ke? ...Sakit sangat?" tanya Youngjae. Saejoo terkedu, tetapi dia teringat yang Jaebum tidak membenarkan dia dan Jinyoung memberitahu Youngjae jadi dia kemudian terus tersenyum manis.
"Anniya, Youngjae-ah. Dia cuma tak sihat sikit je. Nanti dia sihat balik, okay?" kata Saejoo dengan lembut dan dia sambung melangkah, membiarkan Youngjae kembali tunduk memandang kakinya.
"...Tipu"
Saejoo terkejut apabila suara Youngjae kedengaran bergetar, dan dia terus memusingkan badan menghadap Youngjae. Tangan Youngjae yang menggenggam penumbuk itu mula menggigil sedikit.
"Jae tahu. Makan banyak ubat, muntah-muntah, pengsan" Youngjae memberhentikan kata-katanya apabila tangisan tak mampu lagi ditahan. Air matanya mula mengalir laju dan dia mendongak memandang Saejoo. Air mata Saejoo terbentuk apabila telinganya ditusuk dengan sedu-sedan Youngjae.
"J-Jaebum hyung..."
"...akan mati ke?"
Air mata Saejoo mengalir. Melihat Saejoo yang tak mampu membalas, tangisan Youngjae semakin teruk. Dia memejamkan mata rapat dan menggetap gigi, cuba menahan diri dari terus tersedu-sedan. Dia kembali membuka mata apabila dia berjaya menahan tangisannya, dan dia memandang ke arah Saejoo yang mula menangis.
"...B-Berapa lama lagi?" tanya Youngjae, cuba bertenang tetapi gagal. Saejoo mengelap air matanya dan dia melangkah mendekati Youngjae. Dia cuba memberikan senyuman manisnya.
"No one know, sweetheart" kata Saejoo seperti berbisik. Youngjae dengan perlahan mengalihkan matanya ke tanah, dan tangisannya kembali teruk. Dia mula tersedu-sedan dan akhirnya meraung perlahan, membuatkan Saejoo turut tidak dapat menahan tangisannya.
"H-Hyeongsu... J-Jangan b-beritahu Jaebum hyung... a-araseo? D-Dia... ada b-banyak lagi p-perkara nak kena f-fikir..." kata Youngjae di antara sedu-sedannya yang semakin menjadi-jadi. Saejoo menekup mulut menahan sebak dan dia hanya mampu mengangguk. Mereka kekal di situ, terus menangis tanpa mampu berkata apa-apa lagi.
YOU ARE READING
[C] Call Me Home | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfiction"Hyung, mianhae... Jae nak tinggal dengan hyung sampai tua..." Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Genre : Drama, Angst Length : 15 chapters (Complete) Start * 5 September 2017 End * 15 December 2017 #2Jae #Team1:31