Anis dah 4 bulan tak ke sekolah atas alasan kena jalani pembedahan. Proses penyembuhan memakan masa sebab ia melibatkan saraf tunjang.
2006
" Puan, puan boleh lihat hasil X-ray di belakang, ya" ujar seorang jururawat. Anis dan Puan Vian pon melangkah mengiringi jururawat tersebut.Screen monitor dipusingkan. Anis sedikit mengundur, lebih tepat, cuba mengelak dari melihat keputusan selepas melihat riak wajah Puan Vian seakan terkejut. Mulutnya ditekup.
Waktu itu Anis cuba menguatkan diri untuk melangkah kehadapan. Puan Vian dan jururawat tu masih berbincang mengenai keputusan X-ray tapi Anis seolah bagai dengan dunianya sendiri. Seperti berada dalam ruang yang gelap, hanya dia yang dan monitor.
Sekilas Anis menoleh sebaik sahaja dia menapak dan melihat ke arah monitor. Mukanya sudah berpaling kearah lain. Jantungnya berdebar. Betul ke apa yang dia lihat?
Tulangnya bengkok seperti huruf S.
"Hoi!"
Terpeleset tapak tangan Anis dari menongkat dagu. Berkedip-kedip matanya melihat papan hitam. Dia menoleh ke arah Idah, muka Idah seakan 'amende-kau-ni-petang2-berangan'
"Kau ngelamun apa, aku panggil tak nyahut". Marah Idah. Mata Anis dikedip laju seolah mencari sinar realiti.
"Hmmmh!" Anis mendengus berat sebaik sahaja dia melihat wajah Idah dari samar samar, semakin jelas.
Dia mula memandang papan hitam.
Pandangannya kosong."Aku tak paham la apa cikgu ni merepek kat depan, dah la masuk masuk kelas terus lukis huruf T besar besar, lepas tu cakap 'ok ni akaun perabut' , takda mukadimah tiba-tiba je akaun perabut, dah kenapa?" Ngomel Anis panjang.
Dah la 4 bulan tak datang ke sekolah. Nak catch-up tapi cikgu pula buat hal. Termenung si Anis bila mengenang akaun perabut cikgu montel tu.
Idah cuma mampu ketawa kecil melihat sahabatnya yang pening.
"Dia sambung latihan semalam la. Tak pa, petang ni kita pergi rumah Cheng Min, kita belajar dengan dia Akaun. Dia ok je nak ajar kita."
"Yeke? Sapa lagi pergi?" Soal aku pada Idah.
"Asalnya aku, kau, Yah dengan Haj tapi Haj ada hal. So kita tiga jelah pergi". Balas Idah.
Termenung jauh Anis bila mendengar rancangan Idah. Gagal rencananya nak menonton Sinetron Bawang Putih Bawang Merah petang ni.
Demi menaikkan markah akaun yang corot ni, Anis sanggup gadaikan Sinetron diTV.
Tiada sebarang persediaan dibuat memandangkan Idah pun pelawa tanpa memberi notis sebulan.
*****
Sedang Anis sibuk mengusha lelaki sado, dia mula teringatkan lelaki sengkuang tempoh hari.
Badan Anis bagai dicelup ais bila mengenang bertapa jijiknya hubungan sesama sengkuang. Ee!
Laju jari telunjuk Anis menekan tetikus untuk menutup gambar lelaki lelaki sado tu.
'Kalau Malaysia ni terbalik daratnya dari atas kebawah, memang kaum sengkuang ni la yang aku cari!' ,ngomel Anis sendirian.
Nubi
Tulang belakang kau ok tak sekarang?Mesej baru diterima.
Anis mula memproses ayat sebelum membalas.
Hampir setahun Anis dan Nubi berkawan melalui maya tapi boleh dicongak perbualannya, cuma beberapa kali shj mereka saling menegur.
Aku
Ok je. Cuma tak boleh duduk lama. Nanti belakang aku sakit.Nubi
Kau rehat la banyak-banyak. Nanti kena operate lagi baru tahuBerat helaan nafas Anis kali ni.
2008
"Lepas ni, pastikan Anis jaga diri baik baik sebab Anis tak boleh jatuh atau accident."Puan Vian dan Ayah saling berpandang, seolah masih menanti butir kata yang boleh merungkai persoalan mereka dari bibir Doktor Hamsah.
"Operation saraf tunjang boleh dibuat sekali sahaja, lebih dari tu tak boleh sebab kita khuatir dia lumpuh seumur hidup."
-
Anis mula menghela nafas berat, kepalanya digeleng beberapa kali. Tak mungkin dia mahu menceritakan perkara sedih ni dengan sesiapa. Terlalu sedih untuknya bila dikenang. Elakkan accident dan jatuh? Sounds like....
Aku
Kalau doktor tu kau aku boleh consider lagi untuk di-operate buat kali ke dua. HahahaNubi
Gila la kau ni. Dah la aku nak tidur.Anis menutup inbox tanpa membalas mesej Nubi dan mula membawa tetikusnya untuk membalas emoji 💗
💗💗💗
Tiga 💗 dibalas dan diberikan kepada Nubi. Bergitulah hari hari berikutnya. Berbalas hati tetapi kekal berkawan.
'Suka? Taklah, cuma tak tahu nak bagi siapa' getus hati Anis sendiri yang cuba menyoal dan menyangkal
TBC
YOU ARE READING
Interpretasi CINTA
Romance"Aku tahu kau suka aku." Kentang mcD di depan, ku capai satu persatu. Malah, dikunyah secara berterusan seperti tidak terkesan dengan apa yang dia cuba sampaikan. "Tapi baik kau lupakan jelah.." Aku terus menghirup air di hadapan, seperti tekak seak...