'Bluetick'
Menangis aku dipenjuru katil. Aku da buat keputusan. Aku kena lepaskan dia sebab dia buat aku rasa tergantung. Masuk 4 bulan dia tak contact aku.
Yang lagi sedih, dia tak balas pon mesej aku. Seolah-olah dia tak terkesan pon dengan apa yang aku luahkan.
"Saya rasakan Khai, cukup la sampai sini hubungan kita. Saya tak rasa kita ni ada jodoh, semua yang saya buat penuh dengan kepura-puraan. Saya pun tak sanggup hidup penuh dengan tanda tanya ni." Butang send ditekan.
Sumpah aku tak sanggup nak lepaskan. Bila berdamping dengan Khai, hati aku tenang. Walaupun dia muda, dia matang berfikir. Senyuman manis dia cukup buat aku turut tersenyum.
Tapi aku tak pernah benci dia. Sikit pun tak pernah walaupun Ira selalu panaskan line supaya aku bencikan Khai.
***
"Boleh saya tau siapa Encik Filuz?" Soal aku kepada Encik Hakim.
" Oh dia datang tapi dia takda dekat sini. Ada meeting, awak bakal intern dekat department ni ke?" Soal Encik Hakim pada aku.
Aku menganguk kepala laju-laju. Bersemangat. Biasalah, darah fresh.
"Oh, selamat bekerja di sinilah ya." Ucapnya dengan nada yang cuba menakut-nakutkan aku. Kenapa? Rumit sangat ke kerja dekat department ni?
Hmm, angkat bahu je mampu, takpa, yang penting aku dah ada dekat syarikat ternama ni, tinggal nak praktikal je.
***
Nubi
Anis!! Aku ni Nubi? Kenal lagi tak?Tak semena-mena, senyuman terukir dibibir aku sekarang ni. Bertuah betul! Kan aku da cakap dia ni Chipsmore!
Aku
Mana mungkin aku lupa! Kau je kawan aku yang bernama pelik!Akhirnya, terluah juga isi hati aku sebelum ni. Aku malas nak jaga hati dia sebab dia ni menyakitkan hati. Suka suka je hilangkan diri.
Keesokkan petang
Nubi
Hahaha! Kau kat mana sekarang?Aku
Dekat Selangor. Kau?Keesokkan petang
Nubi
Yeke? Dekatlah dengan aku, aku sekarang belajar dekat Uniten ni.Aku
Seriouslah?Keesokkan petang
Nubi
So, bila kita boleh tamatkan persahabatan kita yang 8 tahun ni dari dunia maya?Satu mesej dia makan sehari untuk aku terima. Cukup 5 hari baru la complete perbualan aku dengan dia.
Aku
Kau memang suka balas mesej aku waktu magrib ke? Satu hari satu mesej pulak tu.Nubi
Bagi aku no telefon kau. Facebook ni tak bagi aku alert la.Jap.
8 tahun? Ya lah. Dah 8 tahun aku berkawan dengan dia. Eh silap. 8 tahun tu jangka masa berkawan, berborak tu tak sampai sebulan pon. Memang sikit sangat jumlah perkataan kalau nak dicongak.
****
"Nubi? Nubi kan?" Soal aku pada jejaka tampan yang duduk berseorangan. Berkaca mata.
"Ha ah, duduklah." Pelawa dia. Nampak muka dia malu. Aku da mula awkward sebab dia tak macam yang aku bayangkan. Pemalu pulak da!
-
Hari ni aku ada temu janji dengan Nubi. Seperti mana yang kami rancang, nak tamatkan perkenalan dunia maya.
"Bluekk." Aku kalau gemuruh, mulalah nak muntah angin. Habit yang tak pernah hilang since kecil.
Aku mengurut ngurut dada. 'tak kan la aku nervous nak jumpa Nubi, Nubi je kot'. Gumam aku sendiri.
Aku parking kereta aku agak jauh.
"Kau dekat mana, aku da sampai ni".
Aku menerima Whatsapp dari Nubi."Bluekkk!" Anis!! Cukup la tu.
Dari jauh aku da nampak Nubi. Sedaya upaya aku cuba berlagak normal. Tak nak dia rasa kurang selesa.
Rupanya dia yang buat aku tak selesa dengan pemalu dia tu!
"Eh kau order la apa kau nak, aku belanja" tawar aku pada Nubi.
"Seriouslah?" Mulut dia menyedut air milo dihadapan sambil matanya melihat aku tapi dengan pantas beralih ke tv belakang aku.
Aish budak ni, jangan buat macam tu, aku tak selesa ni!
"Ya, aku tahu kau student lagi, tak da duit, biarlah orang berkejaya macam aku ni belanja kau." Balas aku bersahaja. Cuba pulihkan suasana janggal.
Tanpa menunggu respon dari Nubi, laju aku memanggil waiter. Aku pun lapar da ni!
TBC
YOU ARE READING
Interpretasi CINTA
Roman d'amour"Aku tahu kau suka aku." Kentang mcD di depan, ku capai satu persatu. Malah, dikunyah secara berterusan seperti tidak terkesan dengan apa yang dia cuba sampaikan. "Tapi baik kau lupakan jelah.." Aku terus menghirup air di hadapan, seperti tekak seak...