9

6 0 0
                                    

" Hm! Sedapnya Ila masak!" Puji Azz terhadap makanan yang dimasak oleh Ila. Aku terus menoleh melihat Az lalu memindahkan pandangan ke arah Ila, nak tau apa riaksi dia bila dipuji.

Aku? Sambung makan. Macam takda apa apa berlaku. Puji pon tak.

"Ala, Anis masak pon sedap juga, apa kurangnya." Sampuk Ira tiba tiba. Hmh! Dia ni jenis boleh baca pemikiran orang. Aku tahu dia boleh baca fikiran aku. Mungkin dia tau aku cemburu kot!

Terasa juga la selama ni aku masak takda Azz puji macam tu, mungkin tak menepati citarasa dia. Baru ni Ila masak, semua suka siap puji.

Macam mak-mak la kau ni Anis. Nak terasa hati pula.

Kami berempat duduk satu bumbung. Terpaksa menyewa sebab satu semester je dibenarkan duduk kolej *sebenarnya malas kumpul cop kolej*
Sekarang da semester ke 5. Semester seterusnya bakal ber-intership.

****

"Waladdoooooolinnnn.. 6 harakat. Kalau tak cukup 6 harakat, tak sah solat awak. Awak tau tak tu? Jangan main main tau!".

Bebel lecturer Mona, tak pasal pasal ada tazkirah ringkas petang petang ni. Maklum la muka semua da lemau. Belajar tak masuk, kena tazkirah la, apa lagi.

"Ohhhhh." Respon aku selepas mendengar ilmu baru. Siap menganguk-anguk.

"Baru tauuu." Respon aku lagi. Mata aku melihat Ira disebelah dan menoleh kebelakang kelas.

Aku je ke teruja dengan ilmu ni? Ke aku je yang memang cetek agama? Terasa segan pula bila tengok muka masing masing macam takda reaksi. Seolah olah mereka dah tahu apa hukumnya kalau tak cukup 6 harakat.

Ya Allah, malunya! Jahilnya aku!

***

"Lagi pun, ayah aku macam tak berkenan dengan dia la." Adu aku pada rakan rakan sebilik.

"Eee, Anis, yang nak khawin kau tau bukan ayah kau. Napa kau nak kena ikut cakap ayah kau??". Tiba-tiba je Ila emosi. Aku cuma berdiam.

"Tapi Anis, budak tu pun selalu buat kau macam ni. Kejap ada, kejap hilang. Buat kau macam tak wujud!". Bebel Ira pula. Itu pun satu hal, selain ayah tak suka Khai, hati aku selalu dirobek-robek dek dia.

Hati aku selalu memujuk ' ada hikmah kenapa ayah tak suka dia '. Mungkin ayah boleh nampak dia tak boleh jaga aku. Aku percayakan naluri ayah. So, aku decide nak lepaskan dia.

"Hensemnya dia Anis!" Puji Ila secara tiba-tiba, terhenti lamunan aku seketika.

"Bukan nak cakap apa Anis, tapi muka dia ni stock stock mat rempit." Balas Ira pula.

Aku da mula pening dengan dua makhluk depan aku ni, sorang dok pertahankan Khai, sorang lagi suruh aku move on. Tapi takpa, aku yang pilih untuk mengadu, dorang cuma memberi pendapat. Aku dengar je. Nanti keputusan tu, aku yang tentukan.

***

"Cubalah otter sikit badan tu." Luah Khai pada aku.

"Ala nanti saya kuruslah kat sana. Kat sana kan banyak tangga!". Jawab aku tersenyum.

Jujur aku katakan, ayat yang keluar dari mulut Khai cukup buat aku terasa. Cukup untuk aku jatuhkan butir air mata. Tapi aku tak nak rosakkan perjumpaan ni dengan suasana tegang atau merajuk. Bukan senang nak jumpa.

"Kenapa sekarang awak lain? Dulu saya tengok awak tenang je? Sekarang awak macam huru hara saya tengok." Luah Khai lagi. Mungkin dia maksudkan aku bimbo?

Aku rasa dia dah mula nak meluah semua yang dia simpan. Mungkin ni sebab dia nak berjauhan. Dia dah mula tak sukakan aku. Aku dapat rasa.

'Khai, tau tak kenapa saya bertindak huru hara bila jumpa awak untuk kesekian kalinya? Sebab awak tak mesra macam dulu. Apa yang saya buat, semua saya rasa janggal. Saya tak huru hara, tapi situasi tu buat saya huru hara. Saya nampak awak mengelengkan kepala lepas tu menjeling bila saya garu kepala sebab sesat, tapi saya buat buat tak nampak'

Hmm, aku balas soalan dia dalam hati je mampu. Dia hantar aku balik, sepanjang jalan kitorang diam tak bersuara. Khai pun tak desak aku untuk bagi jawapan.

****

Interpretasi CINTAWhere stories live. Discover now