5

11 1 0
                                    

"Anis, boleh tak malam ni? Please la. Kitorang buntu da. Esok nak paper akaun"

Pejam celik dah semester ke-3.

"Ya ya boleh, ramai ke nak belajar tu?". Soal aku.

"Dalam 5 orang". Glup. Telan air liur aku dengar. Berdoa jelah semua jenis dengar kata.

*****

"Ha kamu bertiga, macam mana Akaun?"

Aku, Yah dan Idah berpandangan sambil menyengih kearah cikgu Montel.

"Apa sengih sengih ni? Tengok result?".

Kami menayang slip SPM yang baru kami terima tadi ke arah cikgu Montel. Ketiga tiga slip SPM kami tertayang keputusan Akaun yang kami perolehi.

A.

" Wah tak sangka saya, pandai juga kamu bertiga ni ".

Dalam hati aku, 'hmm yelah tak sangka sebab perhatian banyak diberi dekat kawan kawan kitorang yang cina je, kitorang ni nampak bodoh kat mata cikgu'.

Rasa puas hati sangat masa tu sebab dapat buktikan kitorang tak bodoh seperti yang disangka.

****

" Ingat, tak semestinya imbang tu betul". Nasihat aku dekat budak budak pra-semester ni. Diorang ni rapat dengan kawan kelas aku. Tak semena mena rapat dengan aku juga sebab aku pandai akaun. Ni semua salah Faz sebab sebut nama aku

" Haaa Anis pandai akaun! Nanti boleh mintak dia ajar"

Ya. Masa masuk U ni, aku jadi perhatian kejap sebab aku pandai akaun. Dalam kelas, dua dua test aku dapat full mark siap dapat angpau lagi dari lecturer.

Aku bukan nak berlagak, tapi akaun tahap U ni tak sekejam Akaun tingkatan 4 dan 5. Kiranya sangat sangat basic bagi aku, sebab tu aku scored. Jumlah terkumpul untuk subject tu aku dapat 59/60 kot. Sah sah A dalam genggaman untuk final nanti.

So, dari situ la aku jadi cikgu Akaun tak berbayar kat universiti ni. Hari minggu aku akan dibooking untuk mengajar kawan kawan. Aku tak kisah sebab aku pon seronok mengajar, lagi lagi dapat tahu dorang dapat A!

Cuma aku tak suka bila dorang book aku, esok nak test atau lagi teruk esok nak final!

Kalau jenis esok nak final lepas tu tanya aku sikit sikit takpa, ni tak

"Anis, tolong ajarkan semua, dari awal".

I was like, wat the fish man? Kau ingat sempat?

*****

"Hanis, nak tidur da ke?" Tanya aku kepada roommate aku. Hmm ya nama kami seakan-akan. Tak tau macam mana boleh seroomate dengan dia.

"Eh tak da lah, belom lagi. Napa kak?"

Dia bahasakan kita-akak dengan aku

Tapi aku

" Kalau awak nak tidur, tidur je, saya tak study pon, main facebook jap"

Guna saya-awak. Sampaikan Faz marah aku, sebab bahasakan diri aku macam tu. Bagi dia, aku buat roomate aku tu macam anak murid dengan lecturer.

Hmm. Dah aku selesa macam tu, nak buat macam mana?

Nubi
Anissniss

Kali terakhir aku chat dengan dia ni setahun lepas masa aku semester satu.

Aku
Ye Nubissss

Sengaja aku reka nama baru untuk dia. Tulah, menambah nama aku lagi.

Aku menekan gambar profile dia. Saja nak stalk. Gambar satu je ada. Dia berkot hitam, memeluk ibu dia. Malam. Hensemnya budak ni, getus aku dalam hati. Melihat komen komen semuanya perempuan.

Hmm pantang lelaki hensem, laju je.

Nubi
Ingat aku takkk?

Penat dah aku dengar soalan sama. Tapi aku rasa teruja dia bertanya macam tu. Aku pon pelik dengan diri aku. Dia tak nak aku lupakan dia ke?

Aku
Kau ni macam biskut chipsmore tau? Kejap ada kejap takda! Suka suka kau je muncul, pergi, muncul, lepas tu pergi.

Marah aku tetiba. Tak, aku tak marah, memang macam tu aku selalu layan dia. Kasar.

Nubi
Hahaha sorry la. Aku tak da line sangat kat sini.

Setahun mencari line ye. K, boleh la tu dari takda alasan, kan? Seingat aku, aku pernah tanya pasal life dia. Tapi dia tak balas soalan tu. So, aku tak perlu tanya lagi, mungkin privasi dia atau dia tak nak share.

Aku
Lain kali pakai baju DiGi. Supaya senang aku nak kesan kau.

Ceh, padahal aku tak da usaha pon nak cari dia. Dia je cari aku. Itu pon aku lupa da pasal dia sejak penghijrahan dari TAGGED ke Facebook. Kalau dia tak mula tegur dulu kat facebook ni, agaknya lenyap terus Nubi dalam ingatan aku.

Nubi
Haha, ye Anis. Nanti aku menyanyi lagu DiGi siap.

TBC

Interpretasi CINTAWhere stories live. Discover now