4

13 1 0
                                    

Menangis-nangis aku menaip perihal Idah dalam blog aku. Aku menulis segala kenangan aku dengan dia sepanjang persekolahan dulu. Tak sangka aku kena berjauhan dari kawan kawan baik aku.

Aku merancang nak menaip pasal Yah, Idah, Haj dan Siti tapi sudahnya aku cerita pasal Idah je sebab aku dah mula busy dengan orentasi.

Aku sambung pengajian ke Universiti tempatan. Tak jauh sangat. Dalam negeri lagi. Tapi bagi aku jauh, sebab ni pertama kali aku berjauhan dengan keluarga dan kawan kawan baik. Mana aku tak meraung.

***

Pukul 4 pagi. Aku dikejutkan senior, roommate aku sendiri. Hari ni hari ke 4 orentasi.

Dipadang kawad, masing masing tersenguk senguk menahan ngantuk. Ada yang meminjam belakang kawan untuk menahan berat kepala. Aku? Berkelip kelip tengok akak akak Faci.

Hari ni bakal melalui hari yang lebih panjang sebab kitorang kena berlatih bangun dan duduk secara serentak untuk mengalu-alukan barisan prof. dan lecturer tu masuk ke dewan. Esoknya merupakan hari perasmian bagi menerima kehadiran pelajar baru batch pertama sesi 2011.

Ya, hari yang sangat panjang.

****

Aku termenung luar tingkap. Bilik gelap cuma ditemani laptop yang menerangi segenap ruang. Jendela depan aku dibiarkan terbuka. Saja nak hirup udara segar. Jam da 9 malam. Esok dah bermula kuliah pertama untuk semester 1. Baju baju semua mak aku gosokkan.

Mak aku datang melawat petang tadi. Selepas seminggu ditinggalkan, mak aku datang menjenguk. Turun je mak aku dari perut kereta, terus aku peluk dan menangis tanpa sebarang kata.

Ya, aku rindu. Tak pernah aku berjauhan macam ni. Ni pertama kali dalam hidup aku duduk jauh dan berdikari. Abah aku dari jauh menoleh ke arah lain. Abah aku tu sensitif sikit, nampak je macam ketua mafia.

Sepanjang mak aku kat sini, dia siapkan semua untuk aku, gosokkan baju aku. Aku boleh buat tapi mak aku excited kot, so aku kemas kemas la barang yang lain. Petang tu mak dan abah berangkat pulang.

****

F.....A.....c.....E.....B....o....O....k

'tik' , butang enter ditekan.

Zaman ni da bermula zaman facebook. Masa SPM dulu facebook mula menaik tapi aku tak berapa aktif, sebab nak SPM satu, sebab tak familiar dua, dan sebab tak reti guna, tiga!

TAGGED aku dah tak bukak langsung sebab dalam tu semua budak budak gila sex je yang tinggal. Menurut penelitian aku. Sesuatu laman social, bila dia di dalam fasa untuk membangun, semua manusia yang innocent je wujud. Yang pervert dalam 1% atau kurang. Bila laman ni da mencapai fasa matang, bilangan pervert naik mendadak ke 89%!

Tak percaya? Mungkin anda golongan yang pervert tu. Hahahaha k aku tak gurau aku serious.

Permulaan fasa aku dalam facebook ni aku angkut semua kawan kawan tagged aku kedalam facebook. Ni kira zaman berhijrah, masa untuk packing packing barang sebab tagged bakal di-bom-atom-kan. Yang bakal tinggal cuma bandar kosong. Sekarang facebook bandar yang mula pesat!

Nubi
Anis! Ingat aku lagi tak?!

Aik? Hampir 2 tahun aku tak contact dia ni. Tiba tiba je muncul tegur.

Aku
Gila tak ingat! Ingat la. Kau je kawan aku paling mengjengkelkan. Tak mungkin aku lupa.

Sebenarnya aku nak cakap, dia je kawan aku yang bernama pelik.

Nubi
Eleh kau. Kau kat mana sekarang?

Aku
Aku kat bilik ni napa?

Nubi
Maksud aku sekarang kau buat apa je?

Aku tau maksud dia nak tau life aku sekarang. Aku malas nak jawab aku masuk U. Sebab aku rasa macam show off la pulak.

Aku
Chat dengan kau laaaa

Nubi
Adoi nak nangis aku tanya kau ni. Maksud aku...

Aku
Aku kat U sekarang, tengah ambil course Business Management.

Belum sempat dia habiskan soalan aku da caras dulu. Hmm lantak la, show off pon show off la.

Nubi
Wah yeke. Bagus bagus. Lama tak tegur kau kan. Tulang belakang kau macam mana sekarang?

Dia ni. Aku tak pasti, caring ke perli ke apa?

Aku
Kau apa cita pula? Aku Ok jelah. Aku siap daftar masuk WWE lagi.

Nubi
Hahaha.. ok, nampak la kau da sihat. Boleh main bola la dengan aku lepas ni.

Jadah apa nak main bola. Aku ni da lah tak suka bersukan. Takat congkak tu boleh consider lagi.

TBC

Interpretasi CINTAWhere stories live. Discover now