7

5 0 0
                                    

5 pagi aku terjaga dari tidur. Terus aku ke jendela, melihat keindahan dinegeri orang. Aku da sambung belajar tapi kali ni lagi jauh.

Aku capai phone dan aku ambil beberapa keping gambar. Cantiknya pemandangan belakang kolej ni. Ada kabus!

Aku post gambar yang aku ambil tu ke dalam apps Instagram. Ingin berkongsi indahnya ciptaan tuhan. Hari ni kena turun daftar. Aduhai malasnya.

****

Tak lekang mata aku melihat bangunan bangunan kuliah dekat sini. Dalam kekaguman yang aku nampak terselit kepayahan yang bakal aku alami. Bayangkan lah, dari kelas ke kelas kena melangkah bangunan. Bukan macam zaman sekolah dulu, turun tangga je untuk ke surau bagi kelas pendidikkan Islam.
Hui menangis bila bayangkan perit yang bakal aku alami ni.

Beratur masih panjang. Aku dengan roommate aku tak sekali berdaftar sebab dia kos marketing. Aku kos lain.

Setakat ni aku tak jumpa kawan lagi, masih berseorangan. Kalau tak tahu, tanya jelah sesiapa. 3 tahun dah aku berdikari masa diploma dulu.

Selesai taklimat ringkas, kami dibawa masuk ke dewan.

" Anis!!! Anis kan??!" Terpinga pinga aku mendengarkan pertanyaan dari perempuan ni. Budak ni aku tahu dia masa diploma dulu tapi aku tak pernah tegur dia. Sebab dia ni suka bercakap tak henti-henti. Aku tak tahu bila aku ada kesempatan untuk bercakap. Asyik dia je cakap.

"Haa , haii.." aku menyengih. Dalam hati sedikit lega. Ada juga orang yang aku kenal kat sini. Tak da lah forever alone sangat.

"Syaz, ni Anis. Anis ni kelakar orangnya". Ha haa~ menitik peluh kat dahi aku ni. Suka hati dia je intro aku macam tu kat kawan dia. Dah la dia pon aku tak berapa nak rapat. Awkward gila aku rasa masa ni.

****

Aku merebahkan badan aku atas katil. Hari yang panjang. Peha aku, dapat rasakan tisu peha aku bagai dikoyak-koyak. Semua tangga. Mana mana tangga!

Aku membelek bantal segi empat yang berwarna merah hitam ni.

'Congratz Anis'

Nama Khai tertera dibawah. Ni la pemberian Khai. Sebagai ucapan taniah sebab aku dapat further study. Hari tu merupakan hari terakhir aku jumpa dia sebelum aku keluar merantau. Sedih jugalah.

Aku terus memeluk bantal tu. Rindunya!

****

Ting!

Menandakan satu mesej diterima dari inbox facebook.

Nubi
Hai Anisssss. Ingat aku lagi tak?

Aku
Hyee mestilah aku ingat! Kau apa cerita.

Nubi
Nasib baik kau tak lupa. Aku tengok tengok imbox tadi, jumpa nama kau, tu aku tegur.

2 tahun setengah aku tak contact dia. Ya, sampai sekarang aku contact dia thru media social. Takda no phone pon. Sikit sikit aku mula terharu. Tapi terharu aku hilang sebab dia pon kejap ada kejap takda. See, aku tanya life dia sekarang pon dia tak balas.

Aku
Kau ni kan. Kau muncul lepas satu satu berlaku dalam hidup aku.

Nubi
Haha sorrylah. Kau buat apa sekarang.

Aku
Baru je mula dengan life degree.

Cukup la aku menjawab, aku tak nak soal hal dia lagi.

*****

"Ha kenapa?? Cakaplah! Tadi call sangat, sekarang cakap la nak cakap apa! Asal diam??"

Aku mampu membisu. Ni pertama kali aku dengar Khai menengking macam tu rupa.

Aku text dia tadi. Dia tak reply. Aku text dan text. Masih tak reply. Biasa dia tak macam ni. Aku call tak berjawab. Aku call sampai kali ketiga.
Ya kali ketiga yang aku kena tengking.

Seriously. Aku tak pernah alami situasi tegang macam ni. Aku mesej dia sebab aku risau jadi pape.

Aku off phone, aku biarkan phone aku ditutup tanpa menghantar sebarang mesej.

Sumpah aku terkilan. Aku terus baring dan charge phone aku. Tak nak tengok pon mesej apa yang bakal masuk.

Aku mengiringkan badan mengadap almari. Tak semena mena air mata aku mengalir. Lalu aku terlelap.

***

"Anis, bangun. Dah nak masuk maghrib ni." Kejut roommate aku azz. Aku mencapai phone. Ada satu mesej aku terima. Aku bukak. Hmm Khai. Dia hantar emoji dua bebola mata seolah olah mengintai dari celahan emoji daun. Aku bluetick kan. Aku masih terasa perihal petang tadi. Tak pernah dia layan aku macam tu.

Jam 8.45pm

Sedang aku asyik berbual dengan Azz, tetiba call dari Khai masuk.

"Hahhhh!" Terkejut aku dapat panggilan dari dia. Membolat mata aku.

Actually, Khai ni susah sikit nak tengok dia meluang masa untuk call aku. Text pon jarang. Jujur aku cakap, aku nak kan perhatian dia. Tapi aku tak reti main tarik tali. Apa yang aku buat cuma ikut je rentak dia.

Setiap kali aku dapat call or text, aku akan senyum sampai telinga.

Ok ingat Anis, kau kena merajuk. Aku pon bersedia angkat call dia, Azz memerhati dengan wajah teruja sebab dia tahu aku tengah teruja juga. Tapi aku kena turn on mood merajuk

"Waalaikumsalam" jawab aku tenang.

"Awak... Marah saya lagi ke?" Soal Khai cuba memujuk. Bila masa aku marah dia. Dia marah aku adalah. Hmh!

"Khai nak tau tak? Anis teruja gila sebab Khai call dia! Tengoklah! Pipi dia tengah blushing ni!" Jerit Azz mendekati aku. Aku menahan dari gelak melihat gelagat Azz ni tapi aku tak tahan terus terhambur saat tu juga!

"Hahaha bongok laa"

Adoi! Rosak rancangan aku!

Aku yakin mesti Khai fikir aku tak terkesan dan tak heran pun bila kena tengking tadi.

"Awak macam ok je?" Soal Khai seperti yang aku jangka.

Mana ada! Saya menangis kot tadi!

TBC

Interpretasi CINTAWhere stories live. Discover now