Beg sekolah aku campakkan ke katil. Aku baring sambil melihat kipas disiling. Mata semakin kuyu.
" Huargh....! Cap capp" menguap. Penat seharian disekolah. Lagi lagi jenis jadual satu masa, banyak bergerak, terutama sekali hari selasa. Ke surau, ke makmal, kelas gabung. Urg!
Hampir je nak terlelap tiba-tiba suara dari bawah memanggil.
" Anis! Buat pe kat atas tu tak turun turun lagi!"
Aduh kacau betul, nak tidur pon tak senang.
"Hmmmmm!" Aku menyahut sambil memalingkan badan dan menekup muka ke bantal. Nak bebel la tu.
"Pergi mandi dulu. Badan kotor kotor terus baring. Orang balik sekolah mandi dulu, turun makan, tolong tolong kat dapur ke?!"
Dia da start da.
"Penat la.." balas ku ringkas malas nak melawan.
" Penat apa nya penat. Pergi sekolah duduk pon penat?" Bebel mak lagi sambil mencekak pinggang dihadapan pintu bilik aku.
Mak ni tak tahu ke kita ni pergi sekolah bukan takat fisikal je kena guna. Mental pon sekali kena guna. Secara logik aku la, badan lagi rasa letih bila kerja guna otak, sebab otak yang mengawal sistem dalam badan. Kalau otak letih, badan turut letih sama. So jangan ingat orang berfikir tak letih ok? Menjemah (mak jemah) aku sendirian.
Eh mana mak?Hmm da keluar kot. Ok,sambung tidur.
Tabiat aku ni satu. Lagi orang marah, lagi orang suruh, lagi aku taknak buat. Perangai yang boleh buat orang benci.
*****
Aku tekan punat on pada komputer. Apa lagi. Online la!
Flashback
2003
Farhan
Kau online tak semalam?Borhan
Semalam? Online. Tapi tak nampak pon kau online.Farhan
Aku tak dapat online semalam, mak aku suruh tidur awalOnline? Online tu apa? Anis yang berusia 11 tahun tu mula dengan imaginasinya tentang online. Apa yang dia bayangkan ialah dua tower eletrik akan memancarkan petir dan petir tu akan bercantum sebaik sahaja Farhan dan Borhan online.
Hm menakutkan.
End flashback
Sejak dah tau online sekarang, selagi tak petir, selagi tulah depan PC.
Aku buka tab banyak banyak. Satu untuk MySpace, Tagged, Hi-5 dan Friendster. MySpace kebanyakkan budak budak kelas aku. Ada gossip liar, boleh je rujuk myspace.
Hi-5 takda kepentingan. Aku buat sebab kawan baik aku suruh. Dia kata ramai artis Kpop kat situ. Tapi aku more kepada terpaksa jaga hati kawan bukan sebab kpop.
Tagged tempat aku mencari jejaka- jejaka idaman.
Jari aku mula menekan-nekan next pada wajah wajah lelaki yang disyorkan untuk aku add. Kebanyakkan aku tekan NO instead of YES. Aku tak memilih tapi TAGGED ni bagi aku pilihan.
'ktik ktik ktik'
Aku dah mula menongkat dagu, mana yang berkenan je aku add. Ok la cukup la tu. Karang salah add, jumpe spesis sengkuang ke nenas ke lengkuas ke naya pulak nanti.
Ok, Masa untuk menghantar mesej dan membaca mesej yang diterima!
Aku baca satu persatu mesej yang aku terima. Ahh semua tak menarik. Permulaan tegur mesti Hi je. Cuba la jadi dramatik sikit.
"Sebelum aku cakap hi, bagi tau aku 10 sebab kenapa aku perlu tegur kau?" Ha contoh macam ni. Baru la mencabar minda aku, rasa cam eh, rare gila mamat ni!
Usai membaca semua mesej, aku kembali kepada aktiviti mencari lelaki pujangga.
Ktik ktik ~
Stop! Wuuu! Hensem gila! Badannya yang kekar hampir terlioq bagi sesiapa je yang melihat. Lelaki ni sangat panas! Apa lagi, arrow tetikus dihalakan pada profile. Scroll ke bawah, link photo ditekan. Wow, naik berbakul dosa tengok gambar 6 pax dia ni.
Comment pon beratus. Tengok jap la komen apa.
"I da send no phone i, nnti you check inbox ye"
"Wah lama tak jumpa, makin hensem sekarang"
Mai God!!! Kunyit!!!!!!!
Aku terus tekan back lelaju, cahaya pon kalah! Mana taknya, semua yang komen lelaki berbadan kekar dan tak berbaju. Semua ada 6 pack! Trauma da aku lepas ni dengan lelaki sado!
'you received one notification'
Oh ada orang mesej. Huu, ok tenang jap. Aku buka inbox.
-NoName-
Hi. Thanks add.Aku tak membalas. Sebaliknya menekan pada gambar dia nak tengok sado ke tak sado. Ok nasib baik tak.
Aku
Hi. welcome. Nama saya Anis. Awak?-NoName-
Saya Nibu.Pfft! Peliknya nama dia ni! Siyes ke nama dia Nibu? Ke nama glamour? Aku tak boleh brain la!
TBC
YOU ARE READING
Interpretasi CINTA
Romance"Aku tahu kau suka aku." Kentang mcD di depan, ku capai satu persatu. Malah, dikunyah secara berterusan seperti tidak terkesan dengan apa yang dia cuba sampaikan. "Tapi baik kau lupakan jelah.." Aku terus menghirup air di hadapan, seperti tekak seak...