6

13 0 2
                                    

Aku melihat akak akak tu melompat lompat dipadang sambil mengenakan jubah konvo siap ada kain kat bahu menandakan diorang level degree.

'Hm, agaknya dapat tak aku merasa konvo kali kedua untuk degree?'

Getus hati aku secara tiba tiba. Yelah, aku dah terlepas satu sem. Kawan kawan aku semua da mulakan sem baru sebagai degree student. Aku? Kerja je dekat shopping mall. Tulah, masa apply degree dulu tak apply betul betul. Aku lupa nak tekan butang sah. Rupanya ada dua butang. Yang aku tekan mula mula tu ok. Lepas tu dia tanya lagi untuk pengesahan. Aku scroll tak habis masa tu. Terus tutup laptop.  Sebab ada assignments group.

Menongeng juga aku dekat rumah. Murung berminggu sebab kawan kawan semua dapat offer untuk lanjutkan pelajaran. Dorang semua pelik bila aku jawab aku tak dapat. Bukan tak dapat, secara rasminya aku tak apply pon !!

"Anis! Kau nak balik pukul berapa ni? Bas kau pukul berapa?"

Berkelip kelip aku pandang Faz.

"Oh oh ye, aku belum beli tiket lagi sebab tak nak rushing. Lagi pon tiket banyakkan?" Soalku sedapkan hati.

Hari ni hari sabtu, aku apply cuti sebab nak amek jubah konvo. Biasalah, kalau kerja dalam shopping mall ni , weekend pon kena kerja. Weekdays je boleh cuti.

Petang tu kawan kawan aku masa diploma yang hantar aku ke stesyen bas. Rindu diorang. Segan pon ye. Sebab kita dah tak selevel.

****

Aku scroll mencari nama seseorang dalam inbox.

Tak tau kenapa tetiba teringat dia. Ya, aku mencari Nubi. Tapi tak jumpa. Guess what, aku tak ingat pon dia letak username dia as apa. Terukkan kawan macam aku ni?

Last aku berbual dengan dia 2 tahun lepas masa aku di semester ke-3. Dia da patut letak username dia jadi Chipsmore dah ni. Geram aku.

Laptop aku ditutup.

*****

Aku menoleh kekanan dan kekiri. Senyap senyap aku buka laman U-portal untuk mengetahui keputusan permohonan aku.

Tempat kerja aku ni diharamkan guna komputer untuk tujuan lain selain kerja. Kalau kena tangkap, siap la. Bos bos cina, memang strick sikit. Tapi nasib baik dorang ngam dengan aku. Mungkin aku tak banyak cekadak kot.

'TANIAH.....'

Melihat perkataan ni je dah cukup membuatkan air mata aku menitis. Ingin sekali aku melutut dan bersujud syukur ke hadrat Illahi. Nak menjerit gembira tapi kat tempat kerja. Aku menahan gembira ni untuk diluah kat mak.

****

Aku
Khai, saya nak bagi tahu sesuatu ni. Saya rasa nak menangis.

Khai
Ya, apa dia. Pasal apa tu?

Aku
Pasal result tawaran

Khai
Ok camni, apa pun keputusan dia, tu ketentuan Allah. Dia da rancang cantik untuk awak. Ok? So, apa keputusannya?

Khai? Dia boyfriend aku. Guess what. Setahun muda juga. Mungkin aku suka anak ikan? Her her her.

Jap, apa aku maksudkan dengan ayat aku tadi? Macam aku sedang menyamakan khai dengan sesorang..

Aku
Saya dapat tawaran tu wak!!!!! Huarrrrggh

Khai
Wahhhh taniah Yayang. Saya tau awak dapat punyaaa!!

Aku kenal Khai ni baru 3 bulan. Jumpa pon baru dua kali. Romantik. Pernah bagi aku sekuntum mawar pink masa mula mula jumpa. Ni lah first time aku terima bunga dari orang.

*****

"Hye Anis, awak juga tanya jalan tadi, bila saya bagi direction awak tak nak dengar" bebelnya depan aku.

Mata aku masih ligat memikir masalah yang bakal aku alami kejap lagi. Aku drive datang jumpa dia tapi aku tak tau nak balik rumah macam mana. Dia punya la terang kat aku belok sini belok sana, tapi aku cuma dengar angin mendayu dayu depan aku ni. Satu pon aku tak dengar. Kepala aku pikir masalah tapi tak nak berusaha dengar penyelesaian.

" Ha jap jap nak waze".. tangan aku mencapai phone dan menekan apps waze. Nasib aku ade download apps ni, kalau tak, tidur sini la jawabnya!

"Ya Allah budak ni, orang tunjuk jalan tadi kemain lagi. Depan tu jelah, tu je, terus masuk kiri, tak yah la nak waze!"

Sekali lagi ibarat mencurah air kedaun keladi. Ibarat menerobos masuk telinga kanan, mantul keluar balik.

Ya. Aku jenis gelabah dalam tenang. Nampak je tenang. Bila aku gelabah, aku susah nak digest apa saja information yang orang cuba nak sampaikan. Tu aku.

Tangan aku masih ligat menekan area taman aku.

"Ok dah" balas aku yang baru sahaja mengacuhkan apa yang Khai sampaikan tadi.

"Haish suka hati awak la". Muka dia jelas kelihatan kesal. Dia mengundur kebelakang. Aku masih setia duduk ditepi pintu belah driver.

"Nah." tiba-tiba Khai hulurkan bungkusan.

"Apa ni?"

TBC

Interpretasi CINTAWhere stories live. Discover now