2ILYSN** FIRST NIGHT

213 8 3
                                    

Baju tidur di bahagian luar aku buka dan cuma memakai baju tidur bahagian dalam paras lutut yang tak berlengan itu saja. Rambut aku lepaskan sebelum aku sikat rapi. Kuambil moisturizer muka dan aku calit ke pipi, dagu dan dahi sebelum aku ratakan ke seluruh bahagian muka. Setelah itu, losyen Nivea pula aku sapu ke tangan dan kaki yang terdedah. Bedak Carrie Junior  pula aku ambil dan sapu ke leher. Aku tak suka letak losyen ke leher. Aku lagi suka letak bedak sebab kering je nanti. Untuk menjaga bibir supaya tak kering, aku sapu lip balm Nivea berwarna biru.

Kuang asam punya Ariel! Dialah yang paksa aku pakai baju eeeuuwww eeuuwww ni.  Aku rasa dia ni sewel agaknya. Tiba-tiba kau! Angin monsun mana yang serang dia ni? Well, bila ingat balik, aku rasa dia tak kesah kot kalau aku pakai. Dia mana ada perasaan kat aku. Lagipun, takkanlah aku nak pakai baju kurung+ tudung kat dalam bilik. And... Aurat aku dengan dia dah takde.

🙄🙄🙄🙄

Erkk...asal rase tiba-tiba nak muntah😒😒😒

Ariel Hakim keluar dari toilet dengan hanya bertuala. Aku pandang sekilas sebelum aku pandang semula ke cermin. Gila ke pakai tuala je? Terperanjat aku tahu tak? Jantungku berdegup kencang dan tiba-tiba aku rasa seram sejuk.

Wei, wei. Korang jangan salah faham pulak. Aku bukan fall in love at the first sight dekat pakcik ni. Dan aku pun bukan berdebar sebab tunggu first night. Erkk, nak muntah lagi sekali...

Actually, aku terkejut je. Dahlah aku ni tak pernah ada abang. Ayah pun dah lama meninggal dunia. Jadi aku tak biasa nampak half nude body seorang makhluk berjantina lelaki ni. Kalau perempuan, pakai bra dengan panties depan mata pun... Aku bolela buat derk. Ni lelaki wei. Lelaki...

Malas nak layankan hati yang berdegup kencang, dan Ariel yang aku kira sedang tukar baju kat almari sana tu, aku terus naik ke atas katil untuk tidur. Penat! Ngantuk! Ramai gila tetamu yang datang tadi. Lepastu basuh pinggan, periuk, belanga apa semua. Well, raja sehari cuma siang je, malam dah kena jadi bibik. Hestek. Sis sendu.

Hurmm...dah pukul 11 lebih dah. Memang ngantuk gilela aku. Aku letak bantal di tengah-tengah katil dan  tepuk beberapa kali. Seperti menepuk seorang bayi yang hendak tidur. Bantal peluk aku letak ke sisi dan aku tepuk bantal peluk pula.

"Woi, woi. Kau tidur tengah-tengah habistu aku nak tidur mana?" tegur Ariel dengan bercekak pinggang. Aku terkebil-kebil. Ya ampuuunnnn. Aku ingat dia dah pakai baju!

"Astagfirullah... Astagfirullah... Astagfirullah..." aku tutup mata dengan kedua belah tangan.

"Apesal kau? Nampak hantu ke?" Ariel pandang ke belakang.

"Pergi pakai bajulah!"

"Eh, sukati akulah nak pakai baju ke tak."

"Tolong jangan cemarkan mata aku boleh tak!"

"Ahhh, lantaklah!" Ariel naik ke atas katil dan terus berbaring di tengah-tengah katil. Aku masih menutup mata tapi aku rasa tilam yang sedikit terhenyak dan seseorang sedang berada di depanku. Aku membuka mata.

"Astagfirullah hal azim!!" aku tutup mata kembali dan berpaling ke kanan.

"Kau ni dah kenapa?"

"Kau buat apa kat sini?!" aku menjerit kuat. Kuss semangat!!! Habis terbang semua semangat aku!!

Weiiiii... Malu gile aku nampak dada dia yang tak bertutup tu kottt!!!

Erkk...tapi muscle diaaaa...

Astagfirullah....astagfirullah... Tolong jangan cemarkan otak suci sis puhlissshhh...

"Tidurlah," jawabnya pendek.

Dia tidur sini? Habis aku nak tidur mana?

Tiba-tiba aku merasa helaan nafas di tepi pipiku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Rupanya Ariel sedang tersengih sinis memandang aku.

"Kenapa pakai seksi-seksi ni? Wangi pulak tu. Kau tunggu first night kau eh?"

I LOVE U? SILA NINGGAL!!Where stories live. Discover now