Dari jauh kelihatan seseorang sedang duduk di atas tanah. Aku mengerutkan dahi. Odah ke tu? Kenapa dia macam kesakitan? Aku lantas mempercepatkan langkah.
"Odah! Kenapa ni?"
"Arieeelll!! Firstly, jangan panggil aku Odah. Second, tolong aku. Kaki aku sakit gile ni," rengeknya sambil menyeringai kesakitan. Dia memegang pergelangan kakinya.
Ok....kau dah sakit macam ni pun still nak kesah dengan panggilan tu... Hurmm... Silly girl.
"Kau jatuh ke apa? Ya Allah, macam mana boleh jatuh ni?" aku lantas melutut di hadapannya. Perlahan-lahan, aku menyentuh kakinya.
"Auch, sakit!!!" jeritnya lantang. Terhenjut bahu aku mendengar jeritannya. Rasa macam.... Ruh aku terbang kejap tadi.
"Kau boleh bangun tak?"
"Pergelangan kaki aku sakit... Ariieelll... Tolong aku..."
Dengan perasaan geram, aku terus bercekak pinggang. "Kan aku dah cakap, tengah- tengah hari buta ni jangan panjat pokok. Aku ajak balik tak nak balik. Haaa... Degil! Tu makan dia."
Odah menunduk mendengar bebelanku. Bibirnya dicemik-cemikkan.
"Haa... Nangis! Nangis!"
"Aku tengah sakitlah, Ariel. Nak bebel tunggu nantilah..." balasnya perlahan.
Aku mengeluh panjang. Haii... Payah betul.
"Dah, jom," aku terus meletakkan tangan ke bawah ketiaknya dan sebelah lagi tanganku ke bawah lututnya.
"Eh.. Eh... Nak buat apa ni?"
"Angkat kaulah. Bawak balik rumah. Walaupun aku rasa macam nak campak masuk lombong," aku menggulingkan anak mata ke atas. Hurmm.. Menyampah! Rasa nak tinggal. Tapi kang kalau dimakan dek rimau, aku jugak yang susah.
Aku terus memandang kiri kanan. Ha, bacul mulut tu! Sekali muncul, mati kau, Ariel.
"Eh, tak payah, tak payah. Aku ni berat," Odah menolak tanganku.
"Tahu pun berat. Lepas ni jangan nak menyusahkan aku lagi. Dah cepat. Aku nak balik. Panas tahu tak kat sini," aku terus mencampung tubuhnya.
"Eh, kejap. Buah rambutan tu," tangannya menunjuk ke arah buah rambutan. What? Sekarang ni un masih nak fikir pasal rambutan ke?
"Biar jela."
"Alaaa... Penat aku ambik tadi.."
Aku mengeluh perlahan...
"Iyela.. Iyela.."
Aku lantas meletakkan Odah semula ke tanah dan mengutip rambutan yang terkeluar dari plastik pink tersebut. Setelah itu, aku mencampungnya kembali dan membawanya ke kereta.
Hurmmm... Menyusahkan betul!
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...