6 ILYSN- KELUARGA ARIEL

154 6 2
                                    

POV RAUDHAH

Aku tersengih melihat muka cekodok basi milik Ariel. Baru kejut bangun subuh dah merajuk. Pigidah!!

"Hai, Ariel. Kenapa monyok je ni? Penat sangat ke?" tegur mama di meja makan. Aku yang sedang mencedok mee goreng untuk 8 orang makan sembunyikan senyuman. Kalau mama tahu aku kejut anak dia guna kuali, mesti mama gelak sampai sakit perut.

"Tak de apapelah, mama. Anyway, papa mana?"

"Papa kamu dengan Pak Long dari subuh tadi ke surau. Tak muncul-muncul sampai sekarang. Berbual dengan jemaah masjid lah tu."

"Ha, Ariel. Awal bangun harini," tegur Mak Long Ariel bersama senyuman. Dan sekarang Mak Long aku jugaklah. Mak Long mengambil tempat di sebelah mama. Apa? Bangun awal pun salah ke?

"Mestilah. Dah ada bini kejut bangun pagi. Nak tak nak, kena bangun jugak," jawab Ariel sambil tersenyum. Setelah itu, ekor matanya menjeling tajam ke arah aku di sebelahnya. Hihi, aku menyorok senyuman.

"Ha. Baguslah kalau gitu. Tak delah Ariel nanti bangun lewat kalau nak pergi kerja. Raudhah boleh kejutkan," kata mama lagi.

"Bole je, mama. Lagipun kejut Ariel ni senang je," jawab aku dengan double meaning. Hahaha.

"Amboi... Sedapnya makanan hari ni. Long, jemput duduk," kata papa pula sambil duduk di kerusi kepada Pak Long. Kopiah putihnya diletakkan ke atas meja. Pak long ikut mengambil tempat di sisi mak long.

"Mana Nasha dengan Nasir? Tak makan sekali ke?"

"Entah ya. Mana ye dia orang?"

"Hurmm... Masih tidur lagilah dua orang tu. Nanti kalau matahari dah terpacak atas kepala, baru nak ingat bangun," jawab mak long sambil menceritakan perihal dua orang anaknya itu. Kami semua cuma tergelak mendengarnya.

Ouh, sebelum aku lupa. Nasha dan Nasir ialah sepupu kembar Ariel. Keluarga Ariel cuma ada dia seorang je sebagai anak tunggal dan saudaranya cumalah pak long yang menjadi abang kepada papa dan mak long.

Selepas majlis nikah dan persepsi majlis perkahwinan, aku tinggal di rumah mama dan papa. Mak dari semalam lagi dah balik. Tinggallah aku sorang dalam rumah ni. Uhuk, uhuk. Sediyhhh...

Aku tak risau sekarang ni. Apa yang aku risau.... Bila kitorang dah balik Kelantan nanti. Maksud aku... Tempat aku belajar dan dia mengajar. Weiiiii... Risauuuuu!!!!!

Macam mana aku nak buat?  Aku nak tinggal mana? Sebelum ni aku tinggal kat kolej je. Senang. Tapi ibu dah warning awal-awal dah, habis je cuti midsem, aku kena+ wajib untuk tinggal di rumahnya!!!

Mohon sendu berjemaah😥😥😥😥

I LOVE U? SILA NINGGAL!!Where stories live. Discover now