5 ILYSN- KUALI VS SUDIP

160 7 2
                                    

Alunan bacaan al-Quran kedengaran mendayu-dayu di dalam bilik. Bilik pulak terang-benderang. Aku menarik comforter menutupi seluruh tubuh, mengelak dari terkena sinaran cahaya. Aku paling tak suka tidur terang-terang macam ni.

Hishhh, siapa ajelah yang pasang ayat al-Quran pagi-pagi ni. Tak tahu ke orang tengah tidur? Pasanglah siang sikit!

Ouh, aku lupa. Bukan aku sorang yang duduk dalam bilik ni sekarang. Ada lagi sorang manusia yang duduk dalam bilik ni. Errmmm!

Kedengaran pula bunyi azan yang agak kuat. Aku kira,mungkin dari handphone Raudhah. Sebab masjid atau surau jauh dari sini. Tak pernah pulak dengar azan kat rumah ni kan.

Aku bersabar lagi. Dan mula lelapkan mata untuk tidur. Dalam beberapa hari ni, aku kena bersabar sikit je. Ya, aku tak suka ada bunyi ketika tidur walau bunyi jam berdetik sekalipun. Sebab aku senang terjaga. Aku benci bunyi bising!

"Ariel... Ariel..." terasa satu tepukan pada bahuku.

"Ariel..." kini suaranya kian kuat. Aku mendengus dan menarik comforter ke bawah.

"Nak apa?!"

"Bangun, solat. Dah azan subuh dah," ucap Raudhah lembut bersama senyuman. Kini dia sudah bertelekung putih. Tidak seseksi tadi.

"Aku tahulah! Nanti aku sembahyanglah!"

Aku menarik comforter ke atas kembali.

Kedengaran bunyi tapak kaki Raudhah meninggalkan aku. Hurmmm... Mungkin pergi sembahyanglah tu.

Aku sambung tidur kembali.

🐝🐝🐝🐝🐝

"Ariel. Bangunlah! Ariel!" kejut Raudhah lagi.

Aku membuka sebelah mata. Kini dia sudah memakai baju kemeja dan bertudung. Ishh, nak apa lagi perempuan ni?!

"Bangunlah! Dah pukul 6.50 dah. Pukul 7 lebih nanti syuruk dah. Kau nak pergi gosok gigi apa semua, nanti habis waktu. Bangunlah!"

"Kau ni bising ajelah!" tengkingku. Aku terdiam seketika. Aku... tertengking dia ke.

Raudhah terdiam seketika. Mesti dia terasa dekat aku kan? Jujur, aku tak sengaja tadi.

Aku sambung tidur balik. Hurmm...nak pujuk dia. Memang taklah. Nanti dia fikir lain pulak an?

Tiba-tiba aku terdengar paluan yang tak henti-henti. Aku terus membuka mata dan menekup telinga. Bingit oi!

"Bisinglah oi!"

"Aku tak kira, kau bangun jugak sekarang! Kalau tak aku ketuk lagi kuali ni!"

Mataku terbuntang melihat kuali dan sudip di tangannya. Aku menenyeh-nenyeh kedua-dua kelopak mata. Mana tahu kot-kot aku yengah bermimpi atau berhalusinasi sekarang ni. Likeee...Seriously? Mana datang kuali dengan sudip tu woi??!!

"Diamlah! Bising tahu tak?!" marahku lagi. Aku ingat dia diam tadi sebab kecik hati. Rupanya sebab dia pergi cari kuali dan memekak kat sini. Mana dia dapat kuali tu pun aku tak tahulah.

"Tak de, tak de. Mulai sekarang aku akan bising setiap pagi untuk kejut kau bangun solat subuh. Well, mama kau yang bagi aku tugasan ni. Dan aku memang suka buat bising pagi-pagi buta. Hahahahah!" Raudhah ketawa bagai nak gila. Aku rasa dia dah kena sampuk dengan jin subuh. Ketuk kuali sambil ketawa terbahak-bahak. Ngeri aku tengok!

"Kau diam boleh tak?!"

"Tak nak! Selagi kau tak bangun, selagi tu aku bising. Hahahaah..." ketawanya lagi.

Ya ampunnnnn.... Dengan siapalah bapak aku kahwinkan aku ni woi?!!

I LOVE U? SILA NINGGAL!!Where stories live. Discover now