"Despacito
Quiero respirar tu cuello despacito
Deja que te diga cosas al oido
Para que te acuerdes si no estas conmigo""Lagu benda sia kau nyanyi..." tegur Ariel. Eleh...lagu Despacito pun tak kan tak pernah dengar...
"Pasito a pasito, suave suavecito
Nos vamos pegando, poquito a poquito""Oi. Diamlah! Tak nampak ke aku tengah buat kerja ni," Ariel menjeling aku dari meja kerjanya. Aku yang sedang meniarap sambil menggoyang-goyangkan kaki ke atas di atas katil menoleh padanya. Aplikasi Instagram yang baru tadi aku scrool, aku tutup dan aku letak handphone ke atas katil.
"Kau buat apa tu?"
"Dua hari lagi aku nak masuk kerja dah. Nak ajar chapter baru. Jadi aku kena sediakan notes barulah...."
Aku terus meloncat dari katil dan datang kepadanya yang sedang sibuk di hadapan lap topnya.
"Wahhh... Apa love-love ni?"
"Ni bentuk cardiod."
"Dalam math pun ada formula buat bentuk love ke? Romantik sia mathematician dulu."
"Apa? Kau ingat orang math cuma tahu nombor je ke?"
Aku cuma mengangguk. Gambar rajah - gambar rajah yang dihasilkan dari laptop Ariel itu aku perhatikan.
"Kau tak belajar?"
"Lek ah...cuti an..."
Tukk!!! Satu ketukan mengena di kepalaku. Atau yang lebih tepat lagi, pada tempat tersimpannya memori sifir aku. Ciss kau, Ariel! Selamat aku dah masuk U, boleh pakai calculator. Kalau tak macam mana aku nak kira 2x2 dapat berapa?
"Patut bengap! Malas belajar!"
"Sakitlah, sengal!"
"Naik cuti nanti aku nak bagi kuiz. Siap kau kalau fail!"
"Bila kau nak buat?"
"Kelas hari ahad kita nanti. Aku nak buat pop kuiz kat kelas. Belajar satu bab, pastu terus buat kuiz. Hahahaha..." aku memandangnya bengang. Ariel kini gelak ketawa mengalahkan setan tertelan selipar.
"Gile ahh. Mana bole camtu! Aku bangkang!"
"Asal lak? Bukan masa tu otak fresh ke sebab baru belajar."
"Tak boleh! Kami para siswa dan siswi perlukan waktu untuk menghadam setiap pembelajaran. Perlu study balik, buat latihan. Baru faham. Kau ingat dengar kau membebel 3 jam kat depan tu kitorang faham?"
"Eh, sekarang ni siapa lecturer? Ekau ke aku?"
"Kau..." nadaku menurun. Mata aku gulingkan ke atas. Menyampah seh. Guna kuasa veto konon.
Aku berpusing semula ke arah katil. Hurmm... Dari layan pak cik sorang ni. Baik aku landing atas katil layan video Sajat.
"Eh, eh. Nak pergi mana tu?"
"Tidola."
"Aku suruh apa tadi?"
"Suruh apa?"
"Hishh, budak ni!" Ariel meletakkan sehelai kertas di hadapanku bersama sebatang pen. "Amek kerusi tu letak sini."
"Nak buat apa?"
"Amek jela."
Aku terus mengangkat kerusi di hadapannya dan meletakkan kerusi di sebelahnya.
"Calculus kau sem lepas dapat berapa? C, kan?"
Astagfirullah hal azimmmmm!!!! Aku menekup wajah. Malu weiiiii!!!!
MACAM MANA DIA BOLEH TAHU RESULT CALCULUS AKUUUUU?!!!!
"Hurmm... Tak payah nak malu sangatlah. Kalau nak sorok, ni... Masuk bawah meja ni. Dah kalau test 1 fail, test 2 cukup-cukup makan, memang final hancurlaaa.." sambungnya lagi.
Astagfirullah hal azim!!!!!? Aku kini sudah mula memasukkan muka dalam baju sendiri dah. Apesal ayat 'kini' tu macam skema sangat. Ermmm...
"Ehemm... Ehemm... Bak kata orang putih, let bygones be bygones. Yang dah lepas usah di kenang, kalau dikenang merana diri," aku mula mengangkat wajah dengan riak tenang.
"Haah. Tapi orang ada jugak cakap, kita perlu mempelajari sejarah supaya tak mengulangi kesilapan yang lepas."
Ok. Deep, Ariel. Deep.
"Kau nak apa sebenarnya?" aku mengeluh panjang.
"Aku nak ajar kau Calculus. Kau ingat aku tak tahu yang kau selalu tidur dalam kelas aku," ujarnya lantas tersengih sinis. Sengihan kemenangan.
Aku yang ibarat ditembak menggunakan revolver berulang kali terus kehilangan kata-kata.
Nasiblah dapat laki lecturer cal😴😴😴😴😴
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...